Biadap - 13

2.6K 146 4
                                    

Khemah-khemah yang sedang dipasang oleh orang kampung hanya diperhatikan oleh Uqasha dari dalam kereta.

Rumah siapa yang dibawa oleh Amir dia pun tidak tahu. Amir hanya diamkan diri apabila dia bertanya nak ke mana. Yang dibalas Amir

"Kita nak pergi berkelah, ada orang buat kenduri tengah hutan"

Sakit hati dan akhirnya dia hanya diam sehingga ke destinasi. Lihat sahaja suaminya menutup enjin, terus dia buka pintu tanpa menunggu apa-apa arahan Amir.

"Ehh! Abang Cami!" Tiga sekawan budak kecil yang sedang bermain tuju selipar terus terhenti apabila melihat Amir keluar dari kereta. Laju sahaja mereka berlari untuk mendapatkan Amir terlebih dahulu.

Salah sorang budak kecil lelaki terus memeluk Amir minta dukung.

"Wah! Daniel dah berat!" Tubuh kecil Daniel berumur 4 tahun itu didukung bersama sebelah kiri tangannya digenggam oleh seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun.

Seorang lagi agak sudah besar dari mereka berdua. Tidak pedulikan dukung dan pegang tangan bermanja. Anak sulong dari mereka tiga beradik. Azmi namanya.

"Zulaikha! Amboi, pandai sungguh nak bodek hati abang Amir" seorang nenek yang sedang menganyam ketupat diatas lantai berusia 72 tahun itu mula menegurnya. Digelarkan Nekma kerana dialah orang yang paling berumur disitu.

Segan silu Uqasha dibuatnya. Tiada seorang pun yang dia kenal disitu, semuanya asing sangat. Rumah kampung yang agak tebal-tebal belaka pokoknya membuatkan rumah itu tampak redup.

Sejuk tuan rumah ada rumah yang redup sentiasa, esok hari kenduri pun tak seberapa penat dengan cuaca yang panas.

Perlahan-lahan nenek itu berdiri untuk menyambut kedatangan mereka berdua. Nak kata tok atau tokwan Amir, kedua belah tok tokwannya sudah meninggal.

"Nek, maaf lambat sampai" Daniel didalam dukungannyan dibawa turun untuk menyalam nenek tua itu. Kelihatan sangat mesra, tiada rasa janggal langsung Amir ketika itu.

Uqasha pula menyambut huluran bersama senyuman.

"Orang rumah kamu ke Amir? Cantik orangnya. Tak salah pilih, sepadan, Uqasha Zahra namanya?" bahu Uqasha diusap lembut.

Uqasha pula bagai diawangan. Tersenyum sehingga ke telinga mendengar pujian orang tua itu. Dia hanya menggangguk dengan pertanyaan sebentar tadi.

Melalui kad jemputan yang tertera nama Uqasha membuatkan Nekma masih ingat nama Uqasha. Bersyukur Allah tidak memberikan penyakit nyanyok kepadanya.

"Panggil Nekma, Nekma pengasuh Amir waktu Amir kecil dulu. Nekma minta maaf tak dapat pergi majlis kahwin haritu. Nenek tak berapa sihat dah sekarang" kepala Uqasha diusap lembut meminta maaf kepada Uqasha.

Penyakit darah rendah dan kencing manis yang dialami oleh Nekma membuatkan dia berasa takut untuk ke merata tempat dek kepalanya asyik suka pitam tak tentu waktu.

"Tak apa" Uqasha menjadi kaku dengan situasi yang dihadapinya. Allahuakbar tengok suaminya yang santai bersembang dengan pakcik-pakcik yang ada di sekitar situ membuatkan Uqasha lebih berasa rendah diri.

"Assalamualaikum makcik" Uqasha menghulur tangan minta salam namun diabaikan oleh makcik itu.

"Salam jelah Yati" Nekma menggeleng kepala melihat tingkah laku Yati yang tiba-tiba menjadi sombong dengan Uqasha.

Sakit hati pada Uqasha, entah dari mana tiba-tiba berkahwin dengan lelaki pilihan anaknya. Yati juga turut berkenan dengan Amir. Namun, tidak sangka Uqasha terlebih dahulu menghuni menjadi orang rumah Amir.

Aura Bawah Umur | CWhere stories live. Discover now