Cerita ni bermula sejak Amira jatuh hati pada seorang lelaki. Dan tadi dia baru sahaja mengetahui namanya.
"Sampai bila aku nak macam ni?" Dia memejamkan matanya.
"Macam apa?"
"Aku cuma tahu nama dia je. Walaupun aku suka dia dekat tiga minggu. Aku nak tahu lebih banyak lagi," kata Amira.
"Nak aku bagitahu sesuatu tak? Pasal Nai tu."
"Apa?" Nampak sinar pada matanya setiap kali kami berbual tentang lelaki itu.
"Dia lelaki. Dia Pengawas Pusat Sumber. Dan dia-"
"Tinggi dan handsome. Okay, tu semua orang tahu," potong Amira.
"Kau tahu tak berapa ramai orang suka dia? Untuk tingkatan empat ni je enam orang yang aku tahu. Tapi semua dia tak layan."
"Yeah, sebab tu aku nak be different. Supaya dia pandang aku."
Aku ketawa kecil. "Apa maksud kau be different tu? Nak pandang dia tadi pun kau tak berani."
"Janganlah gini. Cuba support aku. Kau kan bestfriend aku."
"Okay okay, aku support kau. Tapi kau pun kena la buat sesuatu."
"Waktu rehat dah habis. Aku gerak lu," aku melambai Amira.
Aku dan dia tak sekelas. Kami hanya berjumpa waktu rehat atau balik sahaja.
💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎
"Aku fikir nak kasi benda ni kat dia.." Amira tunjukkan sekeping coklat Cadbury kepadaku."Pastu?"
"Ahaaa... aku malu la. Boleh tak kau kasikan?" Muka comel bila buat puppy eyes tu buatkan aku tak sampai hati nak tolak permintaan dia.
"Boleh. Dia kelas apa?" Ini benda paling penting yang aku kena tahu. Kalau tak, camne aku nak kasi.
"Tak tau. Aku cuma tau nama dia je. Tak boleh ke kalau kau tanyakan classmate kau. Mesti ada yang tahu," saran Amira.
"Eh, kejap. Apasal aku yang nak kena tanya benda ni. Sekarang ni siapa yang suka dia. Aku. Ke. Engkau?"
"Aaaaahh.. tolonglah. Aku kan tak reti buat benda-benda macam ni."
"Camne ni eh. Nak tolong ke tak."
"Tolonglah."
"Nak ke.. tak nak."
"Janganlah main-main." Mata dia dah berkaca sedikit.
"Ermm.. okey. Tapi kalau aku tak jumpa, aku makan eh coklat ni."
"Bolehlah. Tapi cari dulu bukan makan dulu tau."
Aku tersenyum. Tak, sebenarnya dalam hati dah tergelak. Makanan free kenapa nak cari kan..
"Wait, kenapa kau tak nak kasi benda ni dekat library. Dia kan bertugas kat situ harini." Aku pun baru teringat. Sebab tu aku baru beritahu pada Amira.
"Betul juga ek. Jom lah pergi library."
"No, no. Cuba kau tengok jam dah pukul berapa," tegurku.
Amira memandang jam tangannya. Masa menunjukkan rehat hampir habis. Sudah tiba masanya kami berpisah.
"Bye. Minggu depan lah baru Nai dapat Cadbury ni."
Muka Amira muram sedikit bila aku cakap pasal benda tu.
"Nah lah. Baik aku kasi kau je."
Okey, ini yang aku tunggu dari awal. Akhirnya...
"Thank you. Sayang kau," ucapku dengan senyuman lebar.
"Cakap jelah kalau nak," kata Amira sebelum beredar.
YOU ARE READING
Nice To Meet You
RomanceSetelah tiga minggu, Amira melihat dia dari jauh, sudah tiba masanya untuk Amira membuka langkah pertama. Siapa mangsanya? Aku. Akulah yang kena jadi orang tengah untuk merisik Nai menjadi boyfriend Amira. By the way, kawan Nai tu handsome juga eh...