"Semalam apa cerita?"
Amira bertanya. Dia sedang menyiapkan kerja sekolah sambil makan coklat
"Nak coklat." Aku mengambil terus tanpa menunggu jawapannya.
"Semalam.. se. ma. lam. Aku.."
"Cerita lah betul-betul."
"Sabar lah. Semalam.. okey, semalam, aku.. Eish, aku tak nak cerita la kalau boleh."
"Kenapa? Apa jadi semalam?"
Aku tahu dia curious tentang apa yang berlaku semalam. Tapi kalau kau jadi aku pun, kau nak ke cerita benda paling awkward dalam hidup.
Siapa suruh dia tak nak kasi sendiri.
"Cakap lah apa jadi semalam. Nai cakap apa. Aku nampak dia senyum semalam."
"Kau nampak eh. Kau nampak tak aku buat simbol peace tu?"
"Aish, yang budak lelaki datang nak pinjam buku tu apa."
"Lambat sangat la. Kau tahu tak situasi tu sangat.. ermm.."
"Cepatlah cerita.." minta Amira.
"Nak tahu ke?"
"Nak!" angguknya penuh semangat.
"Serius?"
"Serius!"
"Nai.."
"Nai apa?"
"Nai. reject. kau."
Mulut dia terbuka sedikit. Matanya berkedip-kedip. Amira masih memproses maklumat yang diterima.
"Weh, sumpahlah. Jangan main-main! Tak lawak la." Nadanya kasar. Mata dia berkaca-kaca.
"Ermm.. serius lah tak lawak. Aku fikir lawak tadi."
Entahlah aku pun tahu yang ini tak lawak. Tapi for some reason aku nak balas balik apa yang kena kat aku semalam. Dengan cara aku.
Bila nampak dia nak menangis, aku rasa aku macam keterlaluan sangat pula.
"Maksudnya.. dia tak reject aku kan?" tanya Amira untuk memastikan. Tangan kanannya mengesat air mata yang bergenang.
Aku mengangguk.
"Sorry, sorry... Aku tak sangka pula yang kau akan nangis."
"Apasal kau main-main? Kau cakap dengan nada serius tu yang buat aku takut. Aku fikir benda tu.. betul tau."
"Janganlah main-main pasal Nai. Aku dah la suka dia," kata Amira lagi.
"Sorry."
"Dah, takpe. Kalau kau nak aku maafkan, cerita dulu apa jadi semalam."
"Sekarang dah pukul berapa?" Saja aku ingatkan Amira untuk melihat jam tangannya. Tersedar dia yang waktu rehat sudah habis.
"Esok jangan lupa cerita tau," jerit Amira. Dia melambaiku dari jauh.
Nah, sorry Amira. Aku tak nak cerita juga esok.
Jangan lupa vote dan comment!🐦
YOU ARE READING
Nice To Meet You
RomanceSetelah tiga minggu, Amira melihat dia dari jauh, sudah tiba masanya untuk Amira membuka langkah pertama. Siapa mangsanya? Aku. Akulah yang kena jadi orang tengah untuk merisik Nai menjadi boyfriend Amira. By the way, kawan Nai tu handsome juga eh...