6

3 2 0
                                    

Kebelakangan ni aku dah mula jarang jumpa Amira. Hubungan dengan rakan sekelas aku pula makin rapat.

Sekarang ni semua orang sibuk siapkan kerja Sains yang cikgu beri semalam. Waktu Sains wujud betul-betul selepas waktu rehat.

"Khyra, apa tujuan eksperimen ni?" tanya Puteri. Dia duduk di sebelah kanan aku.

"Buku teks muka surat 183," jawabku ringkas.  Tanganku pantas menulis eksperimen yang perlu dilengkapkan. Kalau mereka sibuk, aku dua ganda lagi sibuk. Tugasan minggu lepas pun aku tak siapkan lagi.

Aku fikir nak jumpa Amira sekejap lepas ni. Dia tak cakap apa-apa lagi tentang surat tu. Harapnya sempatlah siapkan kerja sekolah ni.

Aku lihat Anisah menutup buku lalu mengemas barangannya.

Oh, dia Pembimbing Rakan Sebaya dan juga orang yang duduk di sebelah kiri aku.

"Dah siap dah ke?" tanyaku pada Anisah.

"Dah.. semalam saya ada buat sekejap kat rumah."

"Wow," aku agak teruja bila melihat manusia yang rajin macam dia ni.

Okey, sepuluh minit lagi waktu rehat habis. Lagi tiga muka surat je ni. Aku kena cepat.

Aku minum air seketika untuk menenangkan diri. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum kulepaskan perlahan.

Aku memegang pen lalu menulis dengan lebih laju. Beberapa kesalahan yang aku lakukan cepat-cepat aku garis atasnya tanpa menggunakan correction tape.

Lagi sepuluh minit.

Lagi sepuluh minit.

Lagi sepuluh minit.

"Hmm.. Puteri, sekarang lagi berapa minit sebelum rehat habis?"

Puteri menoleh ke arah jam dinding sekilas, "lima minit," ujarnya sambil meneruskan penulisannya itu.

Lagi lima minit!

Aku baca bahagian yang perlu aku salin kuat-kuat agar aku tidak perlu melihat buku teks banyak kali.

"Kesimpulan, perempuan mempunyai nadi yang lebih tinggi dari lelaki kerana.."

Kenapa dalam buku teks aku tulis sampai kerana je? Mana perkataan seterusnya? Aku tak salin ke waktu cikgu cakap?

Lah.

Aku pandang ke kiri dan ke kanan. Puteri masih menyalin eksperimen itu dari buku teks.

Eh, kejap. Apa yang dia buat ni? Ini takde dalam skop kerja sekolah.

"Puteri, itu kerja sekolah juga ke?"

"Ni.. taklah. Tiba-tiba jadi rajin sekejap. Saya habiskan je latihan untuk bab ni sekali."

"Ehmm.. Kesimpulan dia, awak buat kerana apa?" tanyaku mengharapkan jawapan.

"Kerana jantung perempuan berdegup lebih cepat daripada lelaki."

Aku terus menyalin ayat Puteri ke dalam buku tulis. Aku mengangkat kepala perlahan-lahan melihat jam. Masa rehat tinggal satu minit. Memang tak sempat lah aku nak jumpa dia.

🧊🧊🧊🧊🧊🧊🧊

Amira melihat jam tangannya. Sudah berhari-hari dia menunggu kehadiran Khyra pada waktu rehat tetapi tidak muncul pun rakan baiknya itu. Dia terus bangun dari duduk lalu keluar dari bilik itu.

"Amira? Lambatnya you masuk kelas.." tegur See Hwa.

Amira tersenyum kecil.

"Nasib cikgu tak sampai lagi. You tunggu kawan you tu ke?" Sew Hwa bertanya lagi.

"Haah. Tak tahu kenapa, tiba-tiba je dia dah tak nak datang bilik tu lagi."

"Takpe la. Lepas ni you rehat je dengan kitorang. You bukan takde kawan kat kelas ni." See Hwa menepuk bahu Amira perlahan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 05 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nice To Meet YouWhere stories live. Discover now