Minggu depan yang ditunggu-tunggu Amira sudah pun tiba. Hari ini adalah penamat kepada keluhannya yang tidak berpenghujung.
Aku dan Amira pergi ke perpustakaan dengan niat yang ikhlas untuk berjumpa Nai. Sekeping coklat Ferrero Roche berada di tanganku kerana stok coklat Cadbury Amira dah habis.
Kami melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Kejap, kenapa aircond dia macam lebih sejuk daripada biasa ni.
Amira terus duduk di meja.
"So plan dia gini.. Kau kasi coklat tu okay. Tu je," putus Amira.
"Lepas tu aku akan kasi dua keping coklat kat kau. Senang je."
Aku berjalan menuju kaunter perpustakaan. Memegang coklat yang diberi Amira. Perlahan-lahan.
"Camne aku nak kasi?"
"Kau pegang coklat tu. Kau hulur pada dia. Kau cakap ni dari Amira 4 Pearl. Senang kan?"
Langkah aku makin lama makin lambat. Makin lambat. Dan makin lambat. Aku rasa aku dah kena sumpah jadi kura-kura. Akhirnya aku tiba di depan kaunter.
"Simple je." Amira tepuk bahu aku perlahan.
"Jangan nervous sangat tau," dia menasihatiku.
Tak, sekarang ni kenapa aku rasa macam dia tengah nasihat aku tentang cara nak kasi barang kat orang yang aku suka pula. No, kenapa dia nasihat aku. Baik dia pergi sendiri.
Tiada orang yang sedang meminjam buku.
"Hai."
Aku menegur Nai. Dia menoleh ke arahku.
"Hai," balasnya sambil tersenyum. Lesung pipitnya kelihatan sedikit.
Kenapa tangan aku rasa ragu-ragu pula nak kasi coklat ni.
Senyuman dia tu. Memukau.
"Ada apa?" tanya Nai.
Aku terdiam sebentar.
Memikirkan mana yang perlu kupilih. Dua keping coklat. Atau Nai. Kejap, kenapa aku perlu pilih Nai. Dia siapa nak dibandingkan dengan coklat.
Okey, keputusan aku tetap.
Aku letakkan coklat itu di atas kaunter.
"Untuk-.." aku terdiam lagi.
Kenapa aircond dia tak rasa. Tadi bukan main sejuk.
Aku nak cakap apa ni.. Kau? First time tegur kot. Awak? Macam tak sesuai je. Anda? Itu baku sangat. Takpelah, biarlah.
"Untuk?" Nai bertanya. Dia seperti terpinga-pinga dengan situasi ini.
"Simple je."
"Untuk awak."
Sumpah geli cakap 'awak' pada dia.
"Dari Amira kelas 4 Pearl." Aku menuturkan perkataan itu satu persatu seperti robot.
"Thank you?" Nai berfikir sebentar, "siapa Amira tu?"
"Kau pegang coklat tu. Kau hulur pada dia. Kau cakap ni dari Amira 4 Pearl. Senang kan?"
Ikut senario Amira takde pula dia nak tanya siapa Amira ni. Nai ni tak ikut skrip la. Apa aku nak jawab ni.
"Kawan aku?" Kenapa cara aku jawab macam aku tak pasti yang Amira ni kawan aku. Maybe lepas ni aku akan putus kawan kot.
"Senang kan?"
"Tu je."
Terngiang-ngiang suara Amira sewaktu menjelaskan pelan untuk memberi coklat.
"Kawan kau?" tanya Nai lagi. Dia seperti nak tahu lebih jauh dari sekadar kawan aku.
Okey, jujur aku cakap. Situasi ni awkward. Serius. Aku tak tahu nak buat apa. Apasal dia ni banyak tanya. Cuba terima pastu bersyukur je.
"Haah?"
Tangan aku buat simbol peace di bawah meja. Cepatlah Amira, selamatkan aku..
"Abang, nak pinjam buku ni," celah seorang murid lelaki. Dia meletakkan buku itu di atas kaunter.
Nai menoleh ke arah lelaki itu. Aku mengundurkan langkahku perlahan-lahan.
Amira berjalan keluar dari perpustakaan apabila dia melihatku selesai menjalankan tugas.
YOU ARE READING
Nice To Meet You
RomanceSetelah tiga minggu, Amira melihat dia dari jauh, sudah tiba masanya untuk Amira membuka langkah pertama. Siapa mangsanya? Aku. Akulah yang kena jadi orang tengah untuk merisik Nai menjadi boyfriend Amira. By the way, kawan Nai tu handsome juga eh...