4

4 2 0
                                    

Harini sepatutnya aku kena cerita tentang peristiwa coklat tu pada Amira. Tapi aku ada berita lagi gempak daripada tu.

"Amiraa.. tengah buat apa tu?"

"Tengah makan la."

Okey. Dia macam tengah merajuk je.

"Nak tau something tak?"

Diam.

"Tentang Nai?"

"Apa? Apa yang kau tahu pasal Nai?"

"Kau merajuk ke? Kenapa?"

"Tak ada pape. Cerita lah cepat."

Aku menghela nafas sebentar. Tidak sabar melihat reaksi Amira nanti.

"Nai.."

"Apa!! Jangan buat aku tertanya-tanya boleh tak?" Amira hilang sabar.

Kenapa dia begini? Aku baru nak cakap, dia dah potong. Nak kasi saspen pun tak boleh.

"Dia kasi surat pada kau! Akhirnya, setelah kau menunggu sehari," kataku.

"Surat? Seriuslah?" Muka Amira berubah. Seperti tidak percaya dengan apa yang kusampaikan.

"Haah."

"Mana? Nak baca," kata Amira. Suaranya kuat sedikit kerana teruja.

"Sorry.. aku tertinggal surat tu kat kelas tadi."

Aku menggaru kepala. Kasihan, Amira.

"Tapi.. aku boleh je cerita apa isi surat tu kalau kau nak."

"Kejap, kau baca surat tu ke? Weh, dia kasi benda tu kat aku kot. Kenapa kau baca? Amanah tau.."

Suara dia bergetar sewaktu berkata denganku. Ini bukan respon Amira yang aku nak. Sumpah bukan. Aku mengharapkan muka dia yang gembira, terjerit kecil atau ketawa terharu.

Tapi bukan yang ini.

"Aku..," aku terkelu. Tak tahu nak cakap apa.

"Sorry..," kataku lagi.

Jeda. Hanya bunyi kunyahan Amira mengisi suasana.

"Lah, kau percaya ke? Jadi eh lakonan aku?"

Lakonan? Lakonan? Ahah. Bodohnya aku.. bukan main aku gelabah. Rupanya lakonan je. Tak sangka Amira dah pandai berlakon sekarang.

"Baik betul kau berlakon. Meremang bulu roma aku." Aku ketawa kecil.

"Tulah, lain kali jangan tipu aku lagi."

"Tipu? Tipu apa?"

"Surat tu kau tipu je kan. Jangan fikir aku akan tertipu lagi. Cukup-cukup la tu.. Sebab tu kau kata kau tertinggal surat tu."

"Eh, laa.. kau fikir aku tipu ke pasal surat tu? Benda betul la. Kau tak percaya esok aku boleh bawa la."

"AKU TAK TIPU KAU," tegasku lagi.

"Tapi semalam..-"

"Kenapa aku nak main-main pasal benda ni. Semalam kau dah sampai nangis. Takkan aku nak buat lagi."

"Aku ada surat tu. Dia tanya kau nak jadi girlfriend dia ke tak. Esok aku bawa okay!" kataku lagi.

Kejap. Sekejap!

Aku dah terlepas. Aku dah terlepas cakap.

"Girlfriend?"

"Takde papelah."

"Tak, aku dengar kau cakap girlfriend tadi," ulang Amira.

"Apa yang kau dengar?"

"Aku tak dengar full tapi kau memang ada sebut perkataan girlfriend tadi."

"Kau salah dengar tu," aku cuba meyakinkan Amira.

"Eh, dah lambatlah. Aku pergi dulu tau."

"Aku dengar kau cakap girlfriend tadi. Khyra! Ceritalah apa jadi.."

Suara itu sayup-sayup kedengaran di telingaku setelah aku beredar.

Nice To Meet YouWhere stories live. Discover now