BAB 2

1K 66 23
                                    

PERLAHAN langkah kaki Humra masuk ke dalam bilik mamanya. Mamanya tengah berehat setelah makan ubat. Dia hanya mahu menjenguk mamanya sekejap sebelum berangkat pergi ke bakery mamanya. Ada tempahan yang harus dia buat dengan pekerja mamanya.

Pada mulanya dia tidak mahu pergi kerana risau akan mamanya yang tidak sihat. Tetapi mamanya memaksa dia pergi menolong pekerja mamanya menyiapkan tempahan untuk doorgift.

Humra melangkah perlahan ke katil mamanya. Dia berdiri di sebelah katil tempat mamanya berbaring. Dia menunduk lalu muka pucat mamanya di elus perlahan. Wanita kesayangan tengah menahan sakit. Dia tahu mamanya tengah sakit tetapi mamanya hanya beriak tidak sakit apabila di hadapannya.

"Mama, Humra pergi dulu tau," bisik Humra perlahan di telinga mamanya.

Perlahan mata Puan Aileena terbuka apabila ada bisikan di telinganya. Sebaik saja dia buka mata, matanya bersambung dengan anak mata anaknya. Serta merta bibirnya mengoyak senyuman nipis untuk anaknya.

"Yalah, nanti Humra hati-hati pergi kerja," pesan Puan Aileen perlahan.

Humra angguk lalu tangan mamanya di salam penuh hormat.

"Mama jaga diri dekat rumah. Kalau mama rasa sakit, mama terus call Humra tau." Humra turut berpesan kepada mamanya.

"Yalah, pergilah kerja nanti tempahan lambat siap. Kesian dekat perkerja mama tak cukup tangan." Arah Puan Aileena.

"Baik mama, Humra pergi dulu." Sebelum Humra turun kerja, dia mencium kedua belah pipi mamanya.

Puan Aileena hanya senyum melihat kemanjaan anaknya. Dia hanya menghantar langkah anaknya melalui ekor mata sahaja.

Humra keluar dari rumah mahu menghidupkan enjin kereta terlebih dahulu. Kereta Toyota Vios merah miliknya di hampiri. Kereta yang di belinya dari hasil titik peluhnya sendiri. Setelah menghidupkan enjin kereta. Humra melangkah ke arah pintu mahu mengunci pintu utama. Sewaktu dia mengunci pintu rumah, dia di tegur Najiha yang merupakan jiran sebelah rumahnya.

"Hai Humra." Sapa Najiha mesra.

Humra menoleh ke arah suara yang menegurnya. Automatik bibirnya melebar apabila memandang muka Najiha.

"Hai kak." Humra turut menyapa Najiha ceria.

"Nak pergi mana?" tanya Najiha ramah. Mereka sudah berjiran lima tahun. Jadi mereka agak rapat antara satu sama lain.

"Bakery mama, ada tempahan nak buat." Humra berdiri di hadapan tembok yang menghalang dia dengan Najiha. Serupa orang nak bergosip pun ada juga.

"Oh, tak ada photoshoot ke hari ni?" Humra menggeleng tanda tiada.

"Esok baru ada kak, untuk event. Lusa pula untuk wedding." Najiha mengangguk.

"Mama masih tak sihat ke?" tanya Najiha prihatin.

Dia sememangnya tahu yang ibu kepada gadis di hadapannya ini menghidap sakit kanser payudara.

"Tak kak, akak pun tahukan kanser mama dah melarat," lirih suara Humra menjawab pertanyaan Najiha.

Najiha turut bersimpati dengan nasib Puan Aileen.

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now