PAKAIAN milik Elhan dia ambil didalam wardrobe. Selesai makan tengah bersama keluarga Elhan tadi, mereka berdua terus meminta diri untuk masuk ke dalam bilik untuk menunaikan solat zohor. Mereka berdua masih duduk dirumah keluarga Elhan atas permintaan ibu mentuanya. Ibu mentuanya masih mahu mereka berdua duduk disini kerana masih risau tentang dirinya yang belum pulih sepenuhnya.
Dia yang tidak mahu menghampakan permintaan ibu mentuanya hanya bersetuju. Dia tahu, ibu mentuanya terlalu risaukan dirinya.
Bunyi pintu bilik air dibuka dari dalam menarik perhatian Humra. Dia menoleh ke arah bilik air. Terpancul sosok tubuh Elhan yang baru saja selesai mandi. Lelaki itu mandi terlebih dahulu sebelum menunaikan solat zohor sebentar nanti.
"Abang dah ambil wudhu terus eh?" tanya Humra pada Elhan yang baru keluar dari bilik air sambil menggosok rambutnya dengan tuala kecil.
"Dah, Humra pergilah ambil wudhu. Kita solat sama-sama. Abang tunggu tau," ujarnya dengan senyuman.
"Okey, tunggu tau. Baju abang Humra dah sediakan." Humra bangkit dari katil lalu menunjuk ke arah pakaian suaminya yang telah dia sediakan di atas katil.
"Terima kasih, sayang." Elhan mengangguk lalu tersenyum manis.
Humra masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhu.
Tidak sampai beberapa minit, dia selesai mengambil wudhu. Keluar saja daru bilik air, dia ternampak suaminya tengah menghampar sejadah di atas lantai. Kain telekungnya sudah disediakan suaminya di atas katil.
Humra tersenyum senang hati lalu mengambil telekung yang telah disiapkan Elhan lalu memakainya dengan tenang. Hatinya terasa lapang setiap kali melihat layanan suaminya yang begitu mengambil berat tentangnya.
"Terima kasih, abang." Humra bersuara perlahan sambil membetulkan tudung telekungnya.
Elhan yang sedang berdiri di hadapan hanya menoleh sekilas sebelum tersenyum. "Terima kasih untuk apa?"
"Untuk semuanya." Humra tersenyum kecil.
Elhan tidak menjawab, sebaliknya mengangkat tangan memberikan isyarat untuk memulakan solat. Humra segera berdiri di belakangnya.
Mereka berdua menunaikan solat Zohor bersama, dalam suasana yang tenang dan penuh ketenangan. Setiap bacaan Elhan jelas dan menenangkan hati Humra. Dalam sujudnya, Humra sempat berdoa agar Allah merahmati rumah tangga mereka dan memberikan mereka kebahagiaan yang berkekalan.
Selesai memberi salam, Elhan menoleh ke arah Humra dan tersenyum lembut. "Humra…" panggilnya perlahan.
Humra yang masih dalam posisi duduk menadah tangan untuk berdoa, membuka mata dan menoleh ke arahnya.
"Kenapa abang?" tanyanya lembut.
Elhan tidak menjawab. Sebaliknya, dia menghulurkan tangan lalu menggenggam tangan Humra dengan erat.
"Abang bersyukur kerana Allah hadirkan Humra dalam hidup abang." Nada suaranya ikhlas dan penuh makna.
Humra tersentuh dengan kata-kata itu. Dia menggenggam tangan suaminya kembali dan mengangguk perlahan. "Humra pun bersyukur, abang."
Mereka saling berpandangan, seakan-akan berbicara melalui mata tanpa kata-kata. Sesaat kemudian, Elhan mendekat dan mencium ubun-ubun Humra lama, tanda kasih dan syukur yang tidak terucap.
Humra menutup mata, menikmati kehangatan kasih sayang suaminya. Dalam hati, dia berdoa lagi semoga kebahagiaan ini kekal selamanya.
"Abang..." panggil Humra meleret lalu duduk bersimpuh dihadapan Elhan.

YOU ARE READING
Mawar Untuk Elhan©
RomanceClarissa Humra, seorang wanita ceria yang tidak tahu malu, hidup dalam kesukaran setelah dibuang oleh ayahnya hanya kerana ibunya difitnah. Dengan hanya ibunya yang sakit sebagai keluarga yang tersisa, hidup Humra dipenuhi dengan dugaan besar. Satu...