BAB 57

917 45 4
                                    

TERGAMAM Humra saat terpandang air ketubannya sudah pecah. Seluar palazo warna khaki yang dipakainya sudah lebur dengan air ketuban. Dia yang tengah memasak terkejut apabila tiba-tiba terasa basah di atas lantai.

Nak kata sakit perut, dia tak rasa apa-apa. Cuma perutnya saja yang kurang selesa sebab baby sudah mula mengeras. Masuk hari ni, genap kandungannya masuk 39 minggu.

"Abang!" Humra panggil Elhan kuat kerana lelaki itu berada di luar rumah tengah basuh kereta.

Humra berdencit geram apabila suaminya tidak menyahut.

Tenang Humra, tenang.

Jangan gelabah.

Baru pecah air ketuban, so jangan gelabah.

Tenang.

Tenang.

Humra menarik nafas kemudian di hembus. Berkali-kali dia ulang benda yang sama.

Perutnya kembali mengeras di usap lembut.

"Anak ibu dah nak keluar ke sayang?" soal Humra sendiri sambil mengusap perutnya lembut.

Humra tersenyum kecil. Dia kembali bertenang bila perutnya kembali lega.

Dengan lagak tenang, dia kembali menyambung masakkan yang belum siap. Selagi sakit tak kerap, dia boleh lagi bertenang. Sebelum dia ajak suaminya pergi hospital, dia nak siapkan kerjanya dulu.

Usai siap memasak, Humra mengambil mop yang berada di bilik dobi yang berada di sebelaj dapur. Dia mencapai batang mop lalu mengemop lantai yang basah dengan air ketubannya.

Elhan yang baru selesai membasuh kereta terus pergi ke dapur untuk menemani isterinya yang sedang memasak di dapur. Masuk saja dia ke dapur, dia berkerut hairan apabila melihat isterinya sedang mengemop lantai.

"Lah, kenapa mop lantai. Kan abang dah cakap kerja ni biar abang yang buat." Elhan mula membebel lalu mengambil batang mop dari tangan isterinya.

Saat itu juga, dia terpandang seluar yang dipakai isterinya basah. "Humra kencing ke?"

Humra memadang suaminya dengan bibir tersebik-sebik. "Tak, bukan." Dia menggeleng perlahan kepalanya.

Makin berkerut wajah Elhan. "Habis tu, kenapa basah?" soalnya hairan tetapi tidak lama kemudian, matanya membuntang luas saat melihat isterinya menyentuh perutnya sendiri.

"Air ketuban?!" tanya Elhan cemas.

Humra mengangguk.

"Kenapa tak panggil abang?" Elhan mencampak batang mop ke tepi. Laju dia menghampiri isterinya lalu menyentuh perut isterinya yang terasa tegang.

"Ish! Orang dah panggil abang tadi, abang je yang tak dengar." Humra seperti mahu menangis.

Lah, sensitif pula masa ni.

"Sorry, sorry. Abang tak dengar, tak alert dengan panggilan Humra." Elhan memohon maaf.

"Okey, kalau macam tu, kita pergi hospital terus." Elhan memeluk lengan isterinya mahu memimpin isterinya agar duduk ke ruang tamu sementara dia naik ke bilik mengambil tudung dan pakaian untuk isterinya menukar pakaian.

"Tunggu dulu, Humra lapar. Nak makan dulu sebelum pergi hospital." Humra memuncung manja.

"Ada masa lagi ke nak makan?" Elhan mengelabah.

"Adalah, Humra yakin. Humra belum rasa contraction lagi, jadi lambat lagi ni." Humra berkata dengan yakin.

Dia belum ada rasa sakit apa-apa. Jadi dia rasa masih ada masa untuk dia makan dan bertenang dulu. Kata doktor, normal kalau pecah ketuban tapi belum ada rasa sakit.

Mawar Untuk Elhan©Where stories live. Discover now