DENGAN langkah gembira Humra pergi ke arah bilik pejabat papanya. Tangannya menjijit beg kertas yang berisi bekal makanan untuk papanya makan tengah hari nanti. Sengaja dia nak bagi kejutan pada papanya. Sudah lama dia berniat mahu menghantar bekal makanan pada papa tetapi disebabkan terlalu busy di bakery, dia jadi tidak sempat pula. Hari ini baru bekesempatan untuk menghantar ke pejabat papanya tanpa lelaki itu tahu akan kedatangannya ke sini.
Dari jauh dia melihat pintu pejabat papanya terbuka sedikit. Kakinya semakin laju melangkah ke bilik papanya. Tangannya yang mahu menolak pintu yang sedia terbuka itu terhenti apabila mendengar butir bicara papanya dengan seseorang dari dalam.
"Jadi selama ni papa tahu yang Aunty Sarah dalang disebalik apa yang berlaku? Papa tahu yang Aunty Sarah yang fitnah mama?"
Humra kenal sangat dengan suara orang yang menyoal itu. Elhan buat apa dekat sini? Tak adalah pula Elhan bagitahu padanya yang dia pergi ke pejabat papa.
"Papa tahu... Lama dah papa tahu sebelum mama meninggal. Papa diamkan sebab papa tak nak kecohkan lagi keadaan. Papa nak bagi dia peluang tapi dia tetap juga bertindak jahat. Papa tahu dia yang upah orang untuk langgar Humra dulu," kata Tuan Ardin serba salah.
Humra tergamam. Bibirnya terketar-ketar menahan rasa. Kecewanya pada lelaki itu semakin berganda. Luka yang baru sembuh kembali berdarah bila mendengar kenyataan yang papa berikan.
Ya Tuhan... Dugaan apa lagi yang engkau mahu beri pada hamba-Mu ini?
"Kenapa papa-"
"Sampai hati papa, kan?" cantas Humra dengan linangan air mata sebaik saja menolak kasar pintu bilik papanya.
Tuan Ardin dan Elhan menoleh ke arah pintu dengan riak wajah risau.
"Papa tahu... Papa tahu semuanya tapi papa tak bertindak untuk tuntut keadilan mama. Papa cuma diam bila dapat tahu siapa yang khianat mama. Sampai hati papa!"
"Humra mati-mati ingat papa baru tahu mungkin sebab Maya yang cerita. Tapi hakikatnya, papa dah lama tahu?" Humra menunduk kecewa.
Dadanya turun naik menahan rasa marah yang kian bermukim.
"Humra..." Tuan Ardin mati kata. Dia tahu dia salah. Dia tahu dia sudah mengkhianat anaknya.
Elhan segera menghampiri isterinya lalu hanya membiarkan isterinya meluah apa yang isterinya rasa. Dia langsung tak halang sebab dia sendiri pun jadi marah bila dengar kebenaran yang bapa mentuanya beritahu.
"Dua kali papa! Dua kali papa kecewakan Humra. Kali ni lebih sakit pa bila dapat tahu kebenaran. Humra dengan mama hidup dalam kebencian papa sebab mama kena khianat." Humra menggeleng kesal.
"Berkali-kali papa buat Humra kecewa dengan papa. Humra takut pa, Humra takut Humra benci papa di sebabkan kebenaran yang Humra baru dengar ni!"
"Tak adil pa! Langsung tak adil bagi Humra. Kalau Aunty Sarah papa dapat beri peluang kedua untuk berubah, tapi kenapa mama tak dapat peluang kedua walaupun hakikatnya mama tak salah!" Humra menangis teresak-esak.
Sakitnya kali ini lebih parah.
"Papa sanggup jadi buta untuk tutup kesalahan Aunty Sarah!"
Humra melutut. Kakinya lemah. Terlalu lemah untuk menampung dirinya tang dihurung kecewa. "Apa salah Humra dan mama, pa? Apa salah kami sampai jadi mangsa kejam manusia?" Humra mengongoi di atas lantai. Elhan mencangkung lalu memeluk isterinya erat. Memberi kekuatan pada bunganya yang kian layu itu.
"Maafkan papa Humra. Papa tahu papa salah. Papa jadi buta sebab papa tak nak anak papa dalam bahaya." Tuan Ardin menunduk kesal.
"Kenapa papa sanggup buat macam ni?" Suara Humra bergetar dengan kemarahan yang hampir tak mampu dia kawal. Air matanya mengalir deras, tetapi tangannya dikepal erat, seolah-olah cuba menahan dirinya daripada melepaskan segala yang terbuku di hati.

YOU ARE READING
Mawar Untuk Elhan©
Storie d'amoreClarissa Humra, seorang wanita ceria yang tidak tahu malu, hidup dalam kesukaran setelah dibuang oleh ayahnya hanya kerana ibunya difitnah. Dengan hanya ibunya yang sakit sebagai keluarga yang tersisa, hidup Humra dipenuhi dengan dugaan besar. Satu...