BAB 45

612 35 6
                                    

SEPANJANG perjalan balik dari hospital. Humra hanya diam di tempat sebelah memandu. Sudah tiga hari dia sedar dari tidur panjang. Selama itu juga dia hanya mendiamkan diri sendiri. Hanya bercakap bila perlu saja bila ditanya staff hospital dan kedua mentuanya. Kalau dengan Elhan pula, dia langsung tidak bercakap setelah dia hamburkan kemarahan pada Elhan.

Hari ini, dia dibenarkan balik ke rumah. Dia bakal berpatang di rumah mentuanya atas permintaan kedua mentuanya. Dia hanya menurut pada permintaan tersebut. Dia tahu, semua yang di atur mereka itu adalah keputusan yang terbaik untuk dirinya.

Terasa ralat? Ya, dia terasa ralat bila terpaksa berpantang tanpa anak. Impian yang di impikan selama ini, sekelip mata saja musnah.

Elhan yang berada di sebelah memandang isterinya dengan pandangan redup. Tatap saja wajah sayu itu, dia turut disapa sayu. Dia turut lemah, tetapi dia cekalkan diri demi pemaisuri hatinya itu. Dia hilang anak, dan dia turut terasa hilang isterinya yang ceria. Semuanya diragut sekelip mata tanpa dia sedari.

Kereta yang dipandu dibawa ke jalan menuju ke kawasan perkuburan Islam. Hari ini, dia membawa isterinya melawat kubur anak mereka sebelum balik ke rumah orang tuanya. Dia pada mulanya, dia risau mahu membawa isterinya ke sini, tetapi bila difikirkan balik. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk membuat semangat isterinya kembali pulih.

Sebaik saja tiba di kawasan kubur. Elhan terus turun dari kereta. Pintu di tempat Humra dibuka dari luar. Dia menanti Humra keluar.

Humra hanya pandang Elhan dengan pandangan kosong. Sekosong jiwanya sekarang.

"Baru hari ni awak nak bawa saya ziarah Amanda?" soal Humra dingin.

"Tiga hari Elhan, tiga hari saya merayu nak awak bawa saya jumpa Amanda. Tapi baru baru hari ni awak bawa saya pergi? Kalau macam ni! Baik awak tak payah bawa saya pergi langsung. Awak kejam!"
Elhan menelan kelat. Tuduhan itu menikam tepat ke jantungnya. Pandangan Humra yang dingin itu lebih tajam daripada pisau, mencarik setiap helaian kesabarannya. Namun, dia memilih untuk tidak membalas kemarahan itu dengan kata-kata. Sebaliknya, dia keluar dari kereta dan membuka pintu di sebelah Humra.

"Turun, Humra," suaranya tenang tetapi tegas.

Humra memandangnya dengan wajah penuh emosi, tetapi dia tidak melawan. Dia turun dengan langkah berat, melangkah ke arah kubur kecil yang terletak di bawah pokok rendang. Angin petang menyapu lembut wajah mereka, tetapi dinginnya suasana tidak mampu melunakkan hati Humra.

Elhan menundukkan kepalanya, berdiri di sisi isterinya yang masih membatu. "Humra, saya tahu awak kecewa. Saya tahu awak marah. Saya tak ada kata-kata untuk minta maaf yang cukup. Tapi percayalah, saya tak pernah berniat nak abaikan perasaan awak. Tiga hari ini saya cuba beri ruang pada awak... ruang untuk terima semua ini. Saya pun perlukan masa untuk hadap semua ni."

Humra menghela nafas, tangannya mengepal kuat. Matanya terpaku pada batu nisan yang tertulis nama "Amanda Elhan". Airmata mula bergenang, tetapi dia enggan menangis di hadapan Elhan.

"Saya tak perlukan ruang, Elhan. Saya perlukan anak kita. Saya perlukan Amanda!" suara Humra pecah.

Elhan menghulurkan tangan, ingin menyentuh bahu isterinya, tetapi Humra menepisnya.

"Jangan sentuh saya! Semua ni salah awak. Kalau awak tak sibuk dengan kerja awak, kalau awak ada di sisi saya waktu tu, Amanda takkan pergi!" Humra menjerit, airmata akhirnya tumpah deras.

Kata-kata itu seperti belati menikam hati Elhan, tetapi dia hanya diam. Dia tahu, apa saja yang dikatakannya sekarang hanya akan memburukkan keadaan. Dia biarkan Humra meluahkan segala yang terbuku.

Setelah beberapa minit, Humra akhirnya terdiam, teresak di hadapan kubur kecil itu. Elhan mengambil kesempatan untuk melutut di sisi kubur, tangannya menyentuh tanah yang masih merah.

Mawar Untuk Elhan©Where stories live. Discover now