BAB 29

3.8K 148 9
                                        

HUMRA dengan Noah pergi ke Hotel Clariss's secara berasingan atas permintaan Humra. Yang sebetulnya bukan permintaan, tetapi ugutan dari Humra. Saat tiba di parking hotel. Humra terus memakirkan kereta di ruangan letak kereta yang kosong.

Setelah memakirkan kereta, Humra terus keluar dari kereta.

Noah yang sudah selesai memakirkan keretanya si sebelah kereta milik Humra segera menghampiri isteri bosnya yang sudah berjalan masuk ke dalam lobi hotel.

Humra terus berjalan ke dalam lobi hotel milik papanya tanpa menanti Noah. Langkah Humra terhenti mendadak saat pandangannya jatuh pada dekorasi hotel milik papanya. Senyuman pahitnya terukir di bibir saat terpandang ruangan lobi hotel. Banyak kenangan manis yang terukir di sini sebelum semuanya musnah dalam sekelip mata saat mamanya difitnah.

Sewaktu dia bersekolah dulu, setiap kali musim cuti sekolah tiba, pasti dia akan datang ke sini bersama dengan papa untuk membantu pekerja papa bekerja. Hampir semua kerja di hotel, dia sudah merasa. Dari menjadi penyambut tetamu di bahagian reception, houskeeper dan bekerja di bahagian office.

Semuanya bukan kerana dia dipaksaan, tetapi atas kemahuan dirinya sendiri. Dia sendiri yang menawarkan diri untuk membantu. Papa pada mulanya melarang dia dari bekerja, tetapi dia pujuk papanya untuk membiarkan dirinya bekerja di hotel papanya untuk menghilangkan bosan sewaktu cuti sekolah menjelang.

Dulu, hampir kesemua staff papa kenal akan dirinya. Tetapi sekarang, dia sendiri tidak pasti. Adakah staff papanya masih kenal akan dirinya ataupun tidak. Hampir 10 tahun dia tidak menjejakkan kaki ke hotel setelah dia kejadian hitam yang menimpa dia serta mama.

Keluhan kecil terlepas dari bibirnya saat terkenangkan semuanya. 

Dia kembali melangkah ke arah lift. Noah hanya mengekorinya tanpa bersuara. Dia menekan butang nombor sepuluh, kerana pejabat papanya berada di tingkat itu.

Humra menoleh ke arah Noah yang berdiri tegak di sebelahnya. 

"Berapa umur awak, Noah?" tanya Humra, memecah kesunyian di antara mereka berdua.

"29 tahun," jawab Noah ringkas.

"I see... maksudnya awak muda tiga tahun dari Elhan. Kalau diikutkan dengan saya pula, awak tua empat tahun dari saya." Terangguk-angguk kepala Humra saat menghitung jarak umur mereka.

Noah pula hanya mengangguk kepala tanda mengiakan jawapan Humra.

"Saya panggil awak Noah jelah walaupun awak tua dari saya. Kalau saya panggil awak Abang Noah, tergeliat pulak lidah saya. Lagipun kalau saya panggil awak Abang Noah, mahu kena jeling sedas dari Elhan," ujar Humra lalu menggeleng kepala saat terbayangkan jelingan tajam dari Elhan. Fuh! Jelingan suaminya itu boleh tahan seram. Takut mak nyah!

Noah hanya simpan senyuman apabila mendengar ujaran Humra. Dia faham apa yang diberitahu oleh wanita itu. Sebelum dia muncul di hadapan wanita itu, dia sudah diberi warning oleh Elhan agar menjaga jarak dan batas pergaulan di antara dia dan juga isteri lelaki itu.

Noah juga tahu, lelaki itu akan lakukan apa saja jikalau melibatkan wanita itu.

Humra teringat akan sesuatu. Dia toleh ke arah Noah yang sedang sembunyikan senyuman.

"Noah," panggil Humra sambil memetik jari di hadapan muka lelaki itu.

Noah tersedar dari teringatkan amaran dari bosnya.

"Ya, puan?" Noah memandang wajah Humra.

"Tak ada apa, saya cuma nak bahasakan diri kita ni saya awak je. Lepas tu awak tak payah panggil saya puan. Rasa macam janggal pula bila awak panggil saya, puan. Awak panggil je saya, Humra. Boleh?" Humra menanti jawapan Noah.

Mawar Untuk Elhan (Revamp)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang