Bella's 4 (handphone)

12 1 0
                                    

Alex's pov

Aku sedang berjalan keluar dari bilik tetamu berhampiran dengan dapur.Daddy aka Mr.Victor menyuruh dia menginap selama satu malam di rumahnya kerana hari sudah larut malam.Dia khawatir perkara yang tidak diingini berlaku.Yes,malang tidak berbau.Nasib baik aku selalu membawa baju spare di dalam kereta.Tidak perlu dia pinjam baju orang lain.

Dalam pada aku mahu berjalan ke ruang tamu untuk mengambil kunci kereta yang tertinggal di atas meja,aku melihat sekujur tubuh kecil sedang memanjangkan leher ke arah ruang tamu seperti mencari sesuatu.

Aku hanya berdiam sambil memerhatikan gelagat budak kecil sambil menyandarkan badan ke dinding.

‘ Kenapa papa minta aku kahwin dengan budak kecil ni?Tengok itu,dia panjat kerusi lagi.Kalau jatuh,macam mana.Haih...’ kata aku di dalam hati sambil menggeleng kepala.

Kelihatan Bella memanjat kerusi bar kerana tidak dapat melihatkan dengan jelas keadaan ruang tamu.

"Alhamdulillah.Okay,dia tak ada.Mesti dia dah balik."gumam Bella perlahan.

Perlahan - lahan Bella turun dari kerusi dengan berhati - hati.Rasa malu akibat kejadian jug air tadi masih ada.Kerusi itu ditolak ke tempat asal.Dia baru sahaja mahu berjalan ke arah dapur untuk minum air.Sebalik sahaja dari meja bar,dia dikejutkan sepasang mata tajam milik Alex.

"ALLAHU AKBAR!!!HAH?! A-awak tak balik lagi?"

Muka terkejut milik Bella ditilik dengan penuh tumpuan tanpa menghiraukan pertanyaan Bella sebentar tadi.

‘Muka putih.Mata bulat.Hidung mancung.Bibir merah jambu.Pipi tembam kemerahan.Rambut ikat dua.Pendek.Comel’kata aku di hati.

"Awak? Hello?? Awak?? AWAK?!! Awak dengar tak saya tanya awak ni..Kenapa awak tak balik lagi ni?"

Lamunanku terhenti akibat sergahan Bella.Dengan pantas,aku berdiri  dengan betul.Aku berdehem untuk menghilangkan rasa malu setelah menilik muka anak dara orang lalu berkata,

"Kenapa?"

"Saya tanya awak kenapa awak tak balik lagi?Itu pertanyaan saya tadi."

Bella terus mengulang kembali pertanyaannya tadi.

"Kenapa kau asyik tanya soalan,kenapa aku tak balik lagi? Bila aku nak balik?Apa aku buat dekat sini?Kau nak halau aku ke?"
tanyaku kerana rasa tidak puas hati dengan pertanyaan Bella sambil memandang tajam mata bulat milik Bella.

Bella berasa gelisah apabila Alex memberi pernyataan begitu.Dia terus menidakkan semua tanggapan Alex tentang pertanyaannya.

"Eh..!!Bukan bukan!!"kata Bella sambil membuat gaya tangan berbentuk huruf 'X '

"Saya bukan halau awak cuma....saya rasa awkward bila berjumpa awak.One more thing,saya rasa tak selesa apabila lelaki lain selain daddy saya berada di dalam rumah saya.Lagi - lagi lelaki ajnabi.Maaf tetapi saya tidak selesa.Arwah mommy saya selalu pesan jangan terlalu dekat dengan lelaki bukan mahram.Saya minta maaf." ujar Bella sambil menundukkan kepala.

Sebenarnya,aku sudah mengetahui tentang kematian mommy Bella sewaktu membincangkan hal perkahwinan bersama papa dan daddy.Aku turut bersimpati dengan kematian mommynya.

"It's okay.I'm not mad."

"BETUL NI?!Bahawa awak tak marah saya?"tanya Bella sambil memandangkan tempat ke arah anak mataku.

"Yes"

"Betul ni?"

"Yes"

"Awak tak tipu?"

"Betul,aku tak tipu."

"Terima kasih!!Okay,bye!!!"

Bella pun melompat kecil dan pergi dari situ sambil menyanyi kecil.

Bella's LuvWhere stories live. Discover now