KRINGGG!!!....(Bunyi loceng)
Loceng rehat telah berbunyi.Kesemua pelajar Francesca Academy mula keluar dari kelas untuk ke kantin bagi menjamu selera setelah berpenat lelah memerah otak ketika belajar.Ini lah masa untuk merehatkan minda walaupun sementara.Masa bagi waktu rehat di sekolah ialah 1 jam kerana faktor tidak mahu membuat terlalu banyak sesi bagi menengah rendah dan menengah atas.Walaupun semua tingkatan bercampur dalam satu masa yang sama namun tidak berlakunya pergaduhan kerana ketua pengawas tahun ini tegas orangnya.Kalau sesiapa melanggar peraturan sekolah,nama anda berada di bilik disiplin dengan serta - merta.
Bella,Maria dan Elea berjalan ke kawasan pondok berhampiran dewan bagi meletakkan buku - buku latihan kimia.Mereka baru beredar makmal kimia yang berjarak sekitar 30 meter dari kantin.Jadi,mereka tidak mahu membazirkan masa untuk naik ke kelas yang terletak di tingkat 4.Walaupun akademi ini ada lift tetapi MASA ITU EMAS.Blok form mereka hanya mempunyai 6 tingkat.Kalau dibandingkan blok lain, blok ini agak rendah kerana pelajar form lain lebih ramai daripada form 5.Kedudukan kelas mereka ini tidak tinggi dan tidak rendah.Sederhana tapi mengambil masa untuk turun dan naik kerana lift pada blok ini hanya ada tiga.
Setelah mereka meletakkan barang - barang mereka di pondok,mereka menuju ke kantin bagi membeli makanan dan minuman.Kelihatan ramai pelajar mahu membeli makanan.Mereka beratur dan Ada daripada mereka sedang berbual bersama rakan - rakan sambil menunggu giliran mereka tiba.
Sesampai sahaja giliran mereka,mereka mengambil pesanan makanan dan menunggu di tempat menunggu.
Kantin akademi ini ada tempat pesanan dan tempat menunggu.Tempat - tempat ini dicipta agar keadaan pelajar - pelajar semasa membeli makanan tetap teratur.Sistem ini boleh dikatakan seperti di cafe atau restoran di luar sana.Sebagai contohnya,KFC dan McDonald's.
Apabila pesanan siap,mereka mengambil makanan dan bergerak ke pondok.Kawasan pondok berhampiran dewan ini adalah tempat yang sesuai bagi sesiapa yang menginginkan ketenangan dan keselesaan kerana kawasan ini tidak mempunyai ramai orang dan kawasan ini mempunyai taman bunga mini yang menyerikan lagi kawasan yang luas ini.
Mereka memakan makanan yang dipesan penuh berselera disertai dengan gurauan dan gelak ketawa.Tidak lupa juga,Lucas yang turut menyertai mereka menjamu selera bersama - sama.
Pasti ramai yang tertanya - tanya kenapa Lucas berada di sini.Ini kerana dia merupakan pelajar Frostburgh University yang terletak di sebelah Francesca Academy.Bagaimana dia boleh masuk ke akademi ini? Dia memberi alasan mahu melawat adik - adik.Of course,semua tahu siapa adik - adik yang dimaksudkan.
Bella's pov
"Umm...Guys,kamu semua tak rasa bahawa keputusan daddy agak terlalu cepat?Sebab aku masih muda lagi.Sekolah pun belum habis lagi.Tahu - tahu kahwin.Tambahan lagi,dia lebih tua daripada aku.Dalam anggaran 4 tahun lebih tua daripada aku."kataku dengan penuh rasa hairan.
"Saya tak rasa umur boleh menjadi masalah sebab umur hanya sekadar angka.Saya juga rasa keputusan daddy awak terlalu cepat tetapi mungkin daddy awak ada sebab tertentu mengapa dia menjodohkan awak ketika awak masih sekolah.Lagipun kita semua akan habis sekolah dalam beberapa bulan sahaja lagi.Betul tak,semua?"ujar Elea
"Betul cakap Elea itu.Aku pun ada sebab daddy kau buat macam ni.Jadi,kau tak perlu risau.Kau ikut sahaja daddy minta.Kalau ada apa - apa tak kena,share sahaja dengan kita orang.Baik?" kata Maria sambil memegang tangan Bella.
"Kau,jangan nak pendam masalah pulak lepas ni.Kau je kita orang.Kita orang pasti akan tolong kau.Aku dan Calix pasti akan melindungi kau dengan baik macam adik sendiri."pesan Lucas
"Thanks,guys.Aku bersyukur ada sahabat - sahabat yang baik macam kau orang.Aku janji tak akan masalah selepas ini.Kalau berlaku apa - apa,aku beritahu kau orang.Terima kasih sebab menjadi sahabat aku."ujarku dengan penuh tanda terima kasih dan syukur.
"Kita semua ialah sahabat baik.Sebagai sahabat,Kita mestilah saling tolong - menolong dan saling - menyayangi.Betul semua?" ujar Elea kepada kami semua.
"BETUL !!! KITA SAHABAT BAIK SELAMA - LAMANYA !!!" jerit kami bersama - sama dengan membuat gaya berpelukan bagi perempuan sahaja.Lucas pula peluk diri sendiri.Calix tidak ada.Calix Ada kelas pagi.Kesian dia lonely.Siapa nak dia?Saya bagi secara percuma berserta kelengkapan untuk menjaga teddy bear.Teddy bear ini jinak dan mudah dijaga.Kalau nak, minta restu mama dia dulu.
Sesudah makan,kami berkemas untuk naik ke kelas.Tinggal beberapa minit lagi sebelum waktu rehat habis.Kami perlu naik ke sekarang agar tidak berlaku kesesakan semasa memasuki lift.Kami mengucapkan selamat maju jaya bersama lambaian kasih kepada Lucas sebelum berlalu ke kelas.
Skip
Setiba sahaja di kelas,aku duduk di mejaku sambil mengeluarkan buku latihan matematik tambahan bersama kalkulator saintifik.Latihan di dalam buku dibuat dengan tekun sekali.Secara tiba - tiba,kelibat jejaka tinggi berbaju biru tua muncul di hadapan mejaku sambil memegang sebuah buku latihan matematik tambahan.
'Bilakah mamat berada di hadapan meja ini?Sepertinya tadi dia tidak berada di sini.'
Wajah beku jejaka itu memandangku dengan tajam sambil menghulurkan buku latihan di hadapanku lalu menanyakan soalan,"Isabella,kau boleh tolong ajarkan aku soalan ini?Aku tak faham bagaimana mahu jawab soalan ini."
Jejaka itu menunjukkan soalan yang tidak difahaminya itu.Aku mengimbas sekilas soalan itu sambil memikirkan formula - formula yang sesuai digunakan bagi menyelesaikan masalah bagi soalan matematik tambahan.
'Oh begitu.Senang je ini.'
Aku mula mengajar cara untuk menjawab soalan addmath ini dengan tekun dan mudah difahami.Aku bertanya,"Adakah awak faham cara menjawab soalan ini?"
Jejaka itu menganggukkan kepala tanda faham.Dia berterima kasih dan mahu kembali ke mejanya yang terletak berhampiran pintu kelas.
"Felix!! Are you okay? Awak sepertinya sedang tidak baik.Nak kongsi?"
Pertanyaanku membuat niatnya untuk kembali mejanya terhenti.Dia memandangku sambil menghelakan nafas.
"Aku okay cuma penat sedikit kebelakangan ini.Terdapat ramai pelajar melakukan kesalahan disiplin akhir - akhir ini serta aku perlu menghadiri mesyuarat pengawas sekolah untuk masalah murid.Banyak tugasan perlu lakukan.Itu sebab aku badmood sedikit."
Nama jejaka itu ialah Felix atau boleh disebutkan ketua pengawas sekolah pada tahun ini.Dia sedang berkongsi penyebab mengapa dia kelihatan tidak baik pada hari ini.Adakah penyebab itu teruk?Mari saksikan.
"Ok saya faham.Awak tidak perlu terlalu tekan diri awak untuk melakukan banyak perkara nanti boleh memudaratkan diri awak.Awak boleh memberitahu guru kalau awak tidak berupaya melakukannya.Awak tidak perlu segan untuk meminta tolong.Jangan pendam seorang diri.Tidak apa,Kami semua boleh bantu awak.Okay?"
"Baiklah.Kalau macam terima kasih,Bella.Aku minta diri dulu."
Aku menganggukkan kepala lalu melanjutkan aktiviti yang terkendala.Latihan addmath dibuat sehingga guru sampai.
Masalah perjodohan diketepikan.Aku kena BELAJAR dulu,baru fikir tentang BENDA LAIN. Zaman sekarang juga ada perjodohan di usia yang muda,ingatkan zaman dahulu sahaja.
To be continued.......
Sampai sini bab hari ini.Jangan lupa komen dan vote.Bye!!Selamat malam dan jangan lupa baca doa tidur.
YOU ARE READING
Bella's Luv
Teen FictionIsabella Elio Martinez Seorang gadis yang popular, bijak,paling cantik di sekolah.Seorang gadis yang menjadi gilaan pelajar - pelajar di sekolah tidak kira perempuan mahupun lelaki.Pelajar kesayangan guru kerana pencapaian akademik yang tinggi dan m...