"Could you open it for me, please?"
Darlisya menghulurkan sebatang ais krim yang masih berbalutkan plastik ke juruwang dihadapannya. Gadis yang berumur 4 tahun itu melangkah keluar dari sebuah kedai serbaneka, kedua belah telapak tangan yang halus menggengam sebatang ais krim. Dirinya tidak ditemani sesiapa, mahupun oleh seorang pengawal peribadi.
"Hmm... Takpelah. Aku boleh balik sendiri."
Darlisya menoleh dari kiri ke kanan sebelum berjalan balik ke restoran uncle Theo yang tidak jauh dari kedai serbaneka yang disinggah. Anak mata Darlisya merenung ais krim Paddle pop itu. Sampaikan air liur meleleh boleh mengalahkan orang yang tak makan seminggu. Haish, dah lama tak makan ais krim paddle pop sejak ikut uncle ke Itali.
Perut pun dah mengaum ni, kalau lah aku dapat ngap ais krim ni semua sekali...
"Sabar, sabar... Jangan gelojoh," gumam Darlisya dengan sayup-sayup. Ais krim digigit sedikit demi sedikit. Langkah kaki di perlahankan sebab takut nanti ais krim terjatuh. Mahal ni harga dia! Bukan macam kat Malaysia, harga murah seringgit dua ringgit aje. Sini harga dia dah boleh di kategori kan harga yahudi terus, hah.
"Jangan jatuh eh ais krim! Kalau kau jatuh juga, siap kau."
Hmm, dah namanya pun budak-budak, ais krim pun nak di nasihatkan. Tanpa disedari, rupa-rupanya Darlisya sudah terlajak langkah kerana terlalu leka menikmati ais krim yang sejuk, manis, serta berperisa pelangi itu. Darlisya menyedari yang ia bukan lagi berjalan ditepi bangunan...
"Aik, aku... Kat mana ni?" Tapi dia dah tersesat kat taman rupanya!
Ditambah lagi dengan orang ramai yang berada dikeliling, Darlisya hampir menumpahkan kola air mata di depan khalayak umum. Hah tulah, degil. Siapa suruh keluar tak bagitahu, kan dah sesat kat tengah-tengah bandar!
Tiba-tiba, ada yang menyapa dirinya dari belakang.
"Stai bene?"
(Are you okay?)Darlisya memutarkan seluruh tubuh badan dengan pantas.
Alamak, siapa dia ni? Dia nak culik aku ke?
"Dove sono i tuoi genitori?"
(Where are your parents?)Wanita yang memakai pelitup muka itu menyoal Darlisya.
Uh, apa aku nak buat ni? Kenapa dia tiba-tiba tegur aku? Hah, jangan-jangan minah ni musuh uncle agaknya!
"Non preoccuparti. Non sono..."
(Don't worry. I'm not...)"Ah, lantak lah kau!"
Dalam kiraan satu, dua...
Zap!
Darlisya memecut lari dan meninggalkan wanita itu di belakang. Ais krim yang kian mencair di masukkan ke dalam mulut secara paksa.
"Dove stai andando?! Non sono un cattivo ragazzo!"
(Where are you going?! I'm not a bad guy!)"Hey!"
Beberapa saat kemudian, Darlisya berhenti di tepi bangku panjang. Nafasnya kedengaran tercungap-cungap. Ais krim dikeluar kan dari mulut dan digenggam dengan erat. Haih, nasib baik ais krim emas ni selamat.
"Mana restoran uncle eh?" lima minit kemudian, Darlisya mencari jalan balik sambil menikmati ais krim. Darlisya menoleh ke belakang buat beberapa kali dan memeriksa sekitar kawasan taman itu. Mana lah tau kalau perempuan jahat tu cuba kejar dia dari belakang ke apa.
Pap!
Dah lah nak kena kejar dengan orang jahat tadi semata-mata nak selamatkan ais krim ni, tiba-tiba Darlisya terlanggar lagi budak lelaki yang berada di hadapannya secara tidak sengaja. Memang nasib malang dah jadi seribu kali malang lagi harini!
"Aah!"
Ais krim yang dipimpin akhirnya jatuh ke tanah. Darlisya turut terduduk dan melihat ais krim yang mencair dilantai seperti hatinya.
"Ais... Ais krim..."
Darlisya memandang budak lelaki yang tercegat di hadapan dengan pandangan tajam yang menusuk, perasaan amarah dan kecewa bercampur-aduk mengambil alih hatinya. Darlisya mengerling dari atas ke bawah. Orang dah jatuh ditimpa tangga ni, takkan dia nak tercegat macam tu je kan?
"Hmm."
Budak lelaki itu hanya tercegat dengan reaksi dingin, kedua belah tangan kekal di dalam kocek seluar seraya merenung ke dalam anak mata Darlisya yang kian jelas makin memerah, tetapi dirinya tetap tidak menunjukan walaupun sedikit rasa belas kasihan terhadap gadis malang tersebut.
Pada akhirnya, mereka saling membalas pandangan mata, dan di sebalik setiap pandangan mata di antara manusia sesama manusia, tersiratnya seribu satu rahsia yang bermakna...
-PROLOG-
YOU ARE READING
My 'Everlin Darlisya'
ActionBunyi peluru yang menembusi ke batang leher Uncle Theo, itulah satu-satunya bunyi peluru yang tak akan pernah terpadam dari fikiran Darlisya, buat selama-lamanya. Bahagia dan senyuman Darlisya, bagaikan telah mati tanpa jasad. Seluruh kenangan indah...