BAB 2

30 3 2
                                    

Krrrk!

Pintu kereta dikuak kehadapan, tangan sebelah kanan memikul buah tangan yang dibeli dan tangan sebelah kiri lagi mencapai beg tangan yang berada dikerusi sebelah. Sebab nanti kalau balik dengan tangan kosong aje, tak pasal-pasal kena cop anak derhaka dengan jiran sebelah. Hmm, ingat anak dia orang tu pun bagus sangat ke? Dahlah hari tu anak Mak Jah pinjam 10 ringgit sebab nak temankan mak dia pergi pasar tapi sampai sekarang tak bayar-bayar lagi.

Takpe, nanti aku simbah air longkang kat jemuran kau tu!

Pagar rumah terbuka luas, lampu automatik menyala menandakan kedatangan Darlisya telah tiba.

"Awak ingat apa yang kita bincangkan semalam?"

"Ya, saya ingat... Tapi nanti bila Erlin masuk, awak tolong jangan marah dia dulu-" belum sempat isterinya menghabiskan pepatah, ayah Darlisya menepis kasar dan mencerlung dirinya dengan bengis.

"Tch, aku tau lah apa nak buat."

Dah beberapa bulan Darlisya tak menjejakkan kaki ke rumah ayahnya, salam yang ditujukan terasa bermakna buat pertama kali.

"Assamualaikum?"

"Erlin, waalaikumusalam," jawab mak tirinya, laju je baju yang dijahit tadi dia letak balik kat atas meja kaca.

Ehem!

Ayah Darlisya berdehem selepas Darlisya melangkah masuk sahaja kedalam. Darlisya mula merasakan ada sesuatu yang tak kena. Buah tangan yang dibawa tadi diletakkan keatas sofa.

"Waalaikumusalam. Hmm, reti pun kau nak bagi salam, ingat dah tak tau."

Mungkin hanya sindiran kecil dari seorang ayah yang merindukan anaknya. Maklumlah, Darlisya lah satu-satunya anak dari bekas arwah isterinya yang pertama.

"Aik, kenapa tiba-tiba ayah marah ni? Erlin baru je balik kan," pujuk Darlisya seraya tertawa kecil walaupun merasa sedikit tersinggung.

"Kau ingat aku tak tau apa yang kau dah buat?" Ayahnya merenung dengan tajam. Rentakan jantung Darlisya tiba-tiba bertukar.

"Aduh, ni mesti pasal aku terlupa bayar bil elektrik hari tu!" bisik hati Darlisya bila wajah ayahnya bertukar masam bak pekasam.

"Kau tunggu sini dulu." Ayahnya melangkah naik ke tingkat atas. Kebetulan Adelina turun untuk menyambut kedatangan kakaknya.

"Adik, apa yang ayah merepek ni?" soal Darlisya, kebingungan pada adiknya yang terdiam.

"Erlin apa kabar? Sihat? Dah makan dah?"

"Alhamdulillah, Erlin sehat."

"Oh ya, kalau nak makan mak ada masakkan lauk. Nanti Erlin makan ya."

"Eh... Takpelah. Erlin dah makan kat luar tadi." Hmm, kalau diikutkan hati memang taknak lah Darlisya bercakap baik-baik dengan mak tiri dia. Tapi apa boleh buat, terpaksa. Kalau berkasar nanti sah-sah kena makan penampar tapak kasut saiz 10 terus. Lagipun, mak tiri Darlisya merupakan mak kandung kepada Adelina. Jadi tak sesuai lah kalau nak layan dia dengan cara yang terlampau biadab, betul tak?

Tiba-tiba, ayahnya turun dengan memegang sekeping surat ditangan.

"Ini yang kau cakap kau tak tau, hmm? Kau ingat aku ni bodoh sangat?"

Darlisya terdiam. Matanya terkunci kearah surat yang ditujukan oleh ayahnya.

"Kau memang nak malukan keluarga aku kan?"

"Tak..."

"Apa yang tak?"

Darlisya memandang kearah ayahnya semula. Surat yang dihempas keatas meja itu, ialah surat perkahwinan kontrak yang disalin semula oleh ayahnya sendiri.

My 'Everlin Darlisya'Where stories live. Discover now