10 tahun yang lalu...
"It's pretty nice, huh?" ujar uncle Theo pada Darlisya yang sedang duduk disebelahnya, tengah menikmati keindahan bandar Los Angeles disebalik tingkap tinted.
"Wah, betul la!" Darlisya yang berumur 14 tahun ketika itu benar-benar merasa teruja selepas dapat melihat bandar yang terkenal dengan gelaran 'The Hollywood Dream' oleh hampir kesemua para remaja, buat pertama kalinya.
Tetapi dalam masa yang sama, Darlisya juga turut merasa pelik. Takkan lah uncle Theo tiba-tiba bawa dia ke Amerika Syarikat tanpa ada sebab, kan? "Tapi, kenapa uncle bawa Erlin kesini?" tanya Darlisya, saja sebab dah curious sangat.
"Oh, uncle sebenarnya nak jumpa kawan lama uncle kat sini. Tapi takpe, nanti lepas uncle jumpa kawan lama tu, uncle janji uncle terus bawa Erlin jalan-jalan round satu bandar, okay?"
Darlisya menunjukkan jari pinky promise kepada uncle Theo sebagai tanda dirinya tidak akan memungkiri janji. Iyalah, kalau setakat main cakap je mana cukup!
"Promise ni?"
Mattheo Denaro tersenyum melihat gelagat gadis itu. "I promise you."
Pap!
"Mak kau hijau! Adoih!"
Selepas Darlisya terbangun dari mimpinya, dia pergi ke bilik mandi untuk menyuci muka. Setiap kali Darlisya menutup mata, wajah ayahnya masih terngiang-ngiang didalam fikiran angkara kejadian semalam. Tapi bila cakap pasal semalam, Darlisya baru tersedar lalu turun kebawah menggunakan lif dan terus menuju ke ruang tamu.
Macam mana aku boleh tidur kat atas eh? Bukan aku tertidur kat kerusi ni ke semalam?
Selama 20 minit Darlisya termenung, fikirannya tetap menjadi kosong. Kalau dah cctv pun tak menunjukkan apa-apa bukti, maknanya tak ada orang yang pecah masuklah kan? Lagipun, cctv dan perangkap yang Darlisya dah pasang kat sekitar rumah bukannya calang-calang. Kalau sebelum nak masuk kedalam rumah, mesti kena scan fingerprint kat tepi pintu dulu. Kalau betul ada perompak yang nak pecah masuk walaupun dari luar pagar, sah-sah house alarm akan berbunyi. Jadi, kalau ada perompak yang dah pecah masuk sekalipun kat halaman rumah, belum sempat nak buat kerja confirm innalillah kena tembak pakai sniper terus.
Darlisya mengusap dahi, kenapa dia langsung tak boleh ingat apa yang dah jadi semalam?
She know she will never let her guard down!
Pring!
Darlisya meluru kearah gambar yang terjatuh keatas lantai. Serpihan kaca yang bertabur ke merata tempat diketepikan sedikit menggunakan kaki, lalu gambar tadi dicapai dengan berhati-hati.
"Uncle..." Bingkai gambar itu ditilik kebawah. Perkataan Rusia ditulis dengan cursive ditepi bingkai gambar itu. Ah, Rusia. Selepas kematian uncle Theo, Darlisya tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Rusia selama bertahun-tahun. Darlisya menggantung gambar yang berada ditangannya dan meraup wajah sebelum mencapai telefon bimbit yang berada diatas meja ruang tamu. Nombor adiknya diketik dua kali sebelum telefon ditekap dekat ke telinga.
"Eh, akak. Ingatkan siapalah tadi," jawab Adelina seraya menutup bilik dengan pantas. Kalau ayahnya tahu yang Adelina masih lagi berhubung dengan Darlisya, sah-sah beg pakaian dia dah kena baling dari atas tingkap!
YOU ARE READING
My 'Everlin Darlisya'
AzioneBunyi peluru yang menembusi ke batang leher Uncle Theo, itulah satu-satunya bunyi peluru yang tak akan pernah terpadam dari fikiran Darlisya, buat selama-lamanya. Bahagia dan senyuman Darlisya, bagaikan telah mati tanpa jasad. Seluruh kenangan indah...