Bab 12: Sumpah

458 19 9
                                    

"Banyak-banyak tentera dekat situ, kenapa aku juga yang kau orang jadikan tebusan? Hurm?" soal Karl dengan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan Rina yang tiba-tiba menangkap dirinya. Kedua-dua tangannya diikat belakang dan badannya di hadapkan di hadapan Rina dan juga Fiza.

Karl tidak sangka maruahnya boleh ditukarkan dengan maruah Kaum Ruth, Dato Mahdi. Sedangkan nilai dirinya lebih tinggi dari orang tua itu.

Ace memerhati Karl yang duduk bersama Jef dan Lisa. Terdiam seribu kata antara mereka berlima dengan memikirkan apa akibat tindakan mereka itu.

"Kerana kau adalah orang kuat Tentera Kaum Ruth. Kalau kau tentera biasa, aku rasa mereka tak kesah kalau kau masih bernyawa ataupun tidak. Mungkin mereka tidak akan menyelamatkan kau dan biarkan kau mati kering di sini." ujar Fiza dengan selamba sambil mengukir senyuman mengejek.

"Aku bawa kau ke sini, sebab aku tahu kau boleh dipercayai, Karl. Jangan risau, aku takkan bunuh kau" jelas Ace dengan tenang.

'Kalau aku dekat sini, bagaimana dengan nasib Jasmin?' soal hati Karl. Wajah Karl menampakkan dia sangat risau dengan keadaan Jasmin yang cedera dan lesu. Dia berharap Jasmin dapat keluar dari hutan itu. Tetapi dengan keadaan Jasmin seperti itu, adakah Jasmin berjaya keluar dari pulau itu?

'Mungkin aku boleh minta pertolongan mereka'. Cetus pertanyaan di dalam fikirannya.

Ace perasan Karl seperti memikirkan sesuatu kerana riak wajahnya tidak seperti biasa yang dia kenali.

"Ada apa-apa yang menganggu fikirkan kau, Karl?" soal Ace dengan nada risau.

Karl yang sedang mengelamun terus tersedar dan menatap wajah Ace yang tidak jauh darinya.

"Aku nak minta tolong kau, Ace "

"Kaum kita. Ada yang masih berada di sana" jelas Karl dengan riak risau.

Terkejut Jef, Lisa , Fiza, Rina dan juga Ace dengan kenyataan dari Karl.

"Tak mungkin! Kami pasti yang kami sudah pindahkan kesemua Kaum Hera" ujar Lisa dengan matanya menatap wajah Karl. Dia yakin, semua Kaum Hera telah dipindah ke tempat selamat.

"Bukan di penempatan itu, tetapi di tempat lain" jawab Karl dengan nada serius.

Fiza yang berada berdekatan dengan Karl, terus memotong ikatan tangannya dan melepaskan ikatan itu dengan menggunakan pisau belatinya.

"Bagaimana kau tahu yang Kaum Hera masih ada yang tidak diselamatkan?" soal Ace sambil matanya memandang tepat ke arah Karl.

"Aku jumpa salah satu mangsa di sana yang cuba selamatkan diri dari ditangkap oleh Kaum Ruth. Kaum kita terseksa di sana. Salah seorang dari mangsa telah terlepas. Keadaan dia sangat teruk. Jadi berkemungkinan tempat mereka akan dibongkar. Aku harap kita dapat selamatkan mereka sebelum mereka dipindahkan ke tempat lain.. Atau..."

"Berkemungkinan mereka semua akan dibunuh..." ujar Karl dengan nada risau.

Mereka yang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Karl membuat jiwa mereka berombak. Berbagai perasaan dan rasa marah berada di dalam jiwa mereka. Ace tidak tahu sejauh mana kebenaran yang diceritakan oleh Karl. Tetapi meletakkan kepercayaan kepadanya adalah satu pilihan yang melibatkan nyawa.

"Kau tinggalkan perempuan tu seorang diri, keluar dari pulau ini?" soal Jef dengan nada risau.

Karl mengelengkan kepalanya. " Aku tunjuk jalan keluar dan jauh dari tempat itu. Kau tak perlu risau. Dia tahu selok belok Pulau ini. "

Tidak tahu kenapa tetapi jawapan Karl membuatkan Jef menarik sedikit nafas lega.

"Berapa ramai Kaum kita yang masih di sana?" soal Jef.

The Poison Blood: ACE  Where stories live. Discover now