Tenaganya sudah kembali seperti biasa. Dia tidak pasti sampai bila badannya bertenaga tapi dia perlu segera. Dia perlu mencari jalan untuk tidak bergantung kepada arak tak guna itu.Setakat ini, Alex sahaja yang mampu menjawab segala persoalan yang ada difikirannya.
Tanpa pertolongan sesiapa, Ace sendiri yang akan dapatkan Alex.
Mata helangnya memerhati sebuah kenderaan pacuan empat roda memasuki ke perkarangan restaurant mewah. Senyumannya terangkat sedikit. Tidak sia-sia dia meminta pertolongan Amar untuk meletakkan alat GPS pada kenderaan Alex. Selebihnya, biar dia yang uruskan.
Ace yang sudah bersiap dengan dress merahnya dan rambutnya dibiar lepas sehingga melebihi paras bahunya.
Sebaik sahaja Alex keluar dari keretanya, dia terus melangkah ke arah kereta itu. Matanya tidak terlepas melihat kiri dan kanan. Khuatir jika ada yang memerhati.
ZZZZZZ!!!!
Pemandu kereta itu terus pengsan setelah dia menghala alat renjatan elektrik pada pemandu itu. Tanpa menunggu dia terus menolak lelaki itu ke bahagian penumpang lalu dia yang mengambil alih di bahagian pemandu.
Tidak sampai 30 minit, Alex keluar dari restaurant lalu mengambil tempat duduk di bahagian belakang.
“Jalan” arahnya dengan tegas.
Ace hanya senyum senget tatkala melihat wajah Alex tertera di cermin pandang belakang. Tanpa menunggu, Ace terus memandu seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Tidak lama kemudian, Alex bersuara.
“Woii lahanat!!! Jalan mana yang kau bawa ni? BODOHHHH!!! Satu kerja pon kau tak reti nak buat ke sialll!!!” berangnya.Ace masih membisu sambil matanya memerhati reaksi Alex yang tidak berhenti memakinya.
Kesah pulak aku.
“Woi!!! Kau dengar tak-” terkelu lidah Alex bila melihat pemandu itu bukanlah dari orang kanannya.
Sebaliknya Ace yang sedang memerhatinya dari cermin hadapan. Tanpa berdiam diri lagi, Alex terus mencapai telefon bimbit dan ingin mendial. Namun pergerakkannya terhenti kerana..
PAKKK!!!!!
Tepat pistol terhala tepat pada celah kangkang Alex. Wajahnya sangat terkejut dengan kehadiran Ace dihadapan matanya.
Ace terus berhentikan kereta di sebuah tempat yang lapang.
“Kau gerak seinci, aku tembak celah kangkang kau!!” ujarnya dengan tegas.
“Kau tak mati lagi rupanya?” balasnya dengan sinis. Walaupun jantungnya berdegup laju namun reaksinya tidak seharusnya menampakkan dirinya lemah di hadapan wanita ini.
Ace hanya membalas dengan bibirnya terjungkit ke atas.
“Bukan ajal aku lagi. Mungkin tunggu kau mati dulu baru aku mati agaknya” sinis Ace menjawab. Tangannya tidak berganjak menghala pistolnya.
Tanpa Ace sedar, Alex mencapai sebilah pisau belati yang telah disisip di kakinya lalu dihalakan di hadapan Ace.
Sempat Ace mengelak dengan pantas. Mereka berdua bergelut sehingga pisau belati itu terhiris sedikit di bahagian lengan Ace dan juga pipinya.
Pistol di tangannya terlepas kerana bergelut dengan Alex. Tanpa pistolnya, Ace masih membalas segala serangan Alex dengan tangan dan kakinya.
Ace yang berada di hadapan cuba mengelak serangan Alex yang cukup pantas. Nafasnya di atur untuk membalas serangan. Dia menghayun satu tumbukan di wajah Alex lalu menerajang bahagian kemaluan Alex sehinga dia mengerang kesakitan yang teramat.
YOU ARE READING
The Poison Blood: ACE
Mystery / Thriller[TAKE THE RISK OR LOSE THE CHANCE] Satu demi satu kematian yang di hadapi oleh Ace akan menemukan Ace dengan Bunga Red Spider Lily. 'Atau lebih dikenali sebagai Bunga Kematian' Apakah kaitan bunga itu dengan dirinya. Adakah diri dia di perhatikan o...