PPPPanggggg!!!!! Bergema bunyi tamparan di ruang bilik itu.
Terasa kebas di pipi kiri Ace akibat tamparan yang sangat kuat dari seseorang lelaki sehingga mengeluarkan cecair merah di celahan bibirnya. Ace hanya mengukir senyuman sinis. Rina, Fiza dan Lisa hanya berdiri tegak di sisi Ace.
Mereka tidak mampu untuk mempertahankan Ace jika orang tua di hadapan mereka mula bertindak. Kalau mereka melawan, Ace mungkin akan lagi teruk dikerjakan oleh orang tua itu.
Ini sebabnya dia tidak suka dengan agensi perisikan Kaum Ruth. Menggunakan kekerasan tanpa memperdulikan jantina lelaki atau perempuan. Mata helang Ace menikam lelaki itu dengan penuh rasa tidak puas hati dengan tindakannya itu.
Seperti biasa, Ace hanya menayangkan muka tidak bersalah dan tidak langsung terkesan dengan tamparan yang diberikan.
"Setiap kali misi, kau selalu rosakkan plan. Asal kau selamatkan budak tu? Berlambak CCTV dekat situ. Kalau mereka dapat tahu tindakkan kau tadi, agensi ini akan musnah. " ujar tegas Kapten Fazil. Matanya mencerlung melihat Ace.
Walaupun Kapten Fazil sudah berumur 50-an namun tenaganya masih ada. Ace tidak suka akan sikap Kapten itu kerana dia sering menggunakan kekerasan. Bukan sekali Ace ditampar olehnya, namun sudah berkali-kali dia sudah ditampar.
Baginya ini adalah perkara biasa hadap sikap panas baran Kapten Fazil sebaik sahaja misi telah selesai. Walaupun kesalahan agent-agent disitu tidaklah sebesar mana, namun kekerasan juga yang dia pilih untuk menghukum orang orang sepertinya.
"Saya selamatkan budak tu sebab saya tak nak dia dibunuh sia-sia." jawab Ace dengan tegas sambil matanya tidak terlepas memandang tajam Kapten Fazil. Fiza, Rina dan Lisa terkejut dengan kata-kata Ace yang berani melontarkan pandangannya.
"Kalau budak tu mati sekali pun, tak ada kena mengena dengan kau."
Lisa yang berdiri di sebelah Ace memegang pergelangan tangan Ace untuk menyuruh dia berhenti menjawab kerana mereka takut yang Ace akan dikenakan hukuman berat.
"Kalau budak tu anak Tuan, apa Tuan akan buat? Sama ada tanggungjawab dan kerja. Yang mana satu pilihan Tuan ada ketika itu." ujarnya lagi.
Ketawa kecil Kapten Fazil.
"Tanggungjawab? Tanggungjawab kita hanya ada satu, iaitu kerja kita. Dunia kita tak sama dengan dunia luar, Ace. Budak tu patutnya bersyukur kerana dia tak perlu hadap seorang ayah yang mempunyai kegiatan penjualan budak-budak bawah umur. Bila dia sudah membesar, dia akan faham kenapa ayah dia dibunuh. " sinis Kapten Fazil jawab.
Tangan Ace mengepal sebuah tumbukan. Mata Ace jelas menikam wajah jejaka lelaki tua itu.
"Faham? Tuan yakin yang dia akan faham?" sinis Ace sambil mengukir senyuman menjengkelkan.
"Saya yakin, budak tu akan membesar dengan penuh rasa dendam, sama seperti saya. Dendam yang bertahun-tahun lamanya yang akhirnya akan menjadi satu bara api yang semakin marak sehingga kegelapan tenggelam dengan cahaya api yang semakin membesar. "
"Dan ketika itu, yang hanya dia lihat, cuma rancangan yang ingin menghumban orang-orang yang mengkhianatinya ke dalam api itu, seolah-olah dia mencipta nerakanya sendiri." sambungnya lagi dengan penuh sinis.
Betul, apa yang dikata olehnya adalah diri dia sendiri. Keinginan untuk menghumban Kaum Ruth ke dalam 'neraka' ciptaannya. Itu tujuan asal dia hidup sehingga ke hari ini.
Jelas riak wajah Kapten Fazil tidak berpuas hati dengan sikap Ace. Ya betul.
"Disebabkan kau hampir menggagalkan misi kita kali ini, aku akan hukum kau selama 12 bulan. Aku akan hantar kau ke Kem Kententeraan mulai minggu depan. Kau akan berkhidmat di sana. Muktamad."
YOU ARE READING
The Poison Blood: ACE
Mistério / Suspense[TAKE THE RISK OR LOSE THE CHANCE] Satu demi satu kematian yang di hadapi oleh Ace akan menemukan Ace dengan Bunga Red Spider Lily. 'Atau lebih dikenali sebagai Bunga Kematian' Apakah kaitan bunga itu dengan dirinya. Adakah diri dia di perhatikan o...