Bab 15: Bersalah (TW) edited

301 32 13
                                    

Jef, Rina, Lisa dan Fiza selamat tiba di sebuah Kasino. Kembali semula mereka di tempat yang sudah menjadi mimpi negeri buat mereka semua. Mereka bertiga menarik nafas berat dengan kekuatan yang masih tersisa.

Keadaan Kasino di situ sangat sesak dengan kehadiran VVIP yang mereka sendiri tidak pernah lihat. Pelbagai jualan juga turut di jual di luar kasino. Tidak tahu apa yang barang yang dijual tetapi tiada satu pun menarik minat mereka.

Jef melihat ada jualan yang menarik minatnya. Tanpa berlengah dia terus ke tapak jualan itu. Satu bentuk cincin yang bertatah permata biru kelabu yang menarik minatnya dari jauh. Kelipan batu permata itu sangat cantik pada pandangannya.

Rina, Lisan dan Fiza hanya mengikuti gerak geri Jef ke arah tempat jualan itu.

Tangan Jef mengambil cincin itu sambil menghulurkan kepingan duit ke arah jurujual itu.

"Kau beli cincin untuk siapa, Jef?" bekerut dahi Fiza bertanya kepada Jef.

Jef hanya membisu sambil mengangkat sedikit bahunya keatas dengan soalan yang diajukan oleh Fiza. Keningnya sedikit terangkat sambil mengukir sebars senyuman.

Jef mendekatkan dirinya ke arah penjual lelaki tua itu lalu membisikkan sesuatu kepadanya. Penjual lelaki itu hanya mengangguk dengan permintaan Jef. Rina, Fiza dan Lisa hanya memandang pelik kearah Jef.

Tidak sampai beberapa minit, apa yang Jef pinta pada penjual lelaki tua itu, cincinnya sudah siap dibungkus olehnya lalu memberi bungkusan itu pada Jef lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Kepala Jef diturunkan sedikit tanda terima kasih kepada penjual itu.

Hatinya cukup gembira dan tidak sabar untuk memberi cincin itu kepada orangnya. Semestinya dia sudah terbayang reaksi perempuan itu. Mungkin dia akan tersenyum manis.

................................................................................................................

Jef, Rina, Fiza dan Lisa berada di sebuah meja bersama-sama dengan dua lagi tetamu vvip. Pakaian mereka bertiga sangat mewah dengan dress berwarna hitam manakala Jef juga turut mengenakan suit berwarna hitam yang menampakkan perwatakkan maskulin dalam dirinya.

Mereka semua dihidangkan minuman dan makanan yang sangat mewah dan bertaraf tinggi walaupun hidangannya agak sedikit tetapi harganya boleh mencecah ribuan ringgit.

Mata mereka melilau sekeliling di Kasino itu. Sangat mewah majlis kali ini.

Rina yang mahu mencapai garpu untuk menyantap makanan itu terus tangannya dipegang oleh Jef untuk memberhenti tindak tanduk Rina itu. Jef mendekatkan bibirnya ke arah telinga Rina dan membisikkan sesuatu.

"Aku rasa kau tahu apa yang terjadi dalam Kasino ini. Jadi jangan sesekali makan makanan yang mereka hidang mahupun minuman. Aku bagi warning awal-awal....." bisik Jef pada telinga Rina.

"...dan..Kau yakin? daging dihadapan kau ni bukan daging manusia? Hurm??'" sambung lagi Jef pada telinga Rina dengan penuh amaran.

Kata-kata Jef membuat Rina pucat seperti tiada darah di wajahnya. Dia terlupa apa yang telah terjadi di sini. Silap dirinya tidak berhati-hati. Tekaknya mula terasa mual dengan kenyataan Jef sebentar tadi

"Selamat datang kepada semua tetamu yang dihormati. Kita akan mulakan agenda kita pada hari ini yang telah ditunggu- tunggu oleh semua pelanggan dan tetamu terhormat kita yang sudah menjadi pelanggan tetap di Kasino ini. Tidak lagi membuang masa, kita terus kepada gadis yang pertama yang bakal di bida oleh tetamu kita pada malam ini" ujar Alex dengan penuh gaya dan bersungguh-sungguh. Ketika itu sorakkan demi sorakkan bergema di dalam kasino itu. Semuanya terdiri dari 'orang gila'.

The Poison Blood: ACE  Where stories live. Discover now