PREVIEW BAB 20: Penjaga

140 8 4
                                    

Lelaki itu mendekati Alex yang tidak jauh darinya sambil mencengkam kolar baju Alex. 

“Heii!!!! Aku…langsung tak sama dengan kau!!!” lantang dia bersuara.

“Masa kau deal dengan aku…kau pun dah bunuh kawan-kawan aku. Kau seksa kawan-kawan aku. Pilihan yang kau bagi pada aku, langsung tidak adil. Menyelamatkan wanita yang masih hidup atau wanita yang sudah pun menjadi mayat. Tidak sama nilainya. Jadi, jangan buat keputusan yang hanya menguntungkan kau saja”. matanya mencerlung tajam. Jiwanya berombak menahan marah. 

Ketawa kecil kedengaran dari Alex.

“Kau tak nak tahu ke apa yang aku buat pada kawan-kawan kau Huh? They had such a perfect body.”sinisnya

Terkaku lelaki itu mendengar apa yang dikatakan oleh Alex. 

“Maybe selepas ini aku boleh try body Ace…..---”

“Kau– jangan berani sentuh dia.” kolar di genggam kemas dan lebih kuat.

Tertera sebaris senyuman di wajah Alex tanda kemenangan.


Harap2 ada yang masih setia dgn author🥰 kalau tak ada pun tidak mengapa..thank you

The Poison Blood: ACE  Where stories live. Discover now