𝐭 𝐢 𝐠 𝐚 : nice to meet you

34 41 0
                                    

:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・. ::・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:

" Ya ! Saya ada penyakit ! " balas lelaki itu dengan suara yang kuat. Riak wajahnya juga berubah menjadi seperti kemarahan.

Terdiam Andra mendengarnya, tetapi tidak terkejut. Dia memang sudah agak bahawa lelaki yang berdiri di hadapannya ini menghidap penyakit.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜 lagi, Andra mencuba untuk berjalan mendekati lelaki itu. " Kalau ye pun ada penyakit, kenapa saya takkan dapat jadi kawan awak ? " soal Andra.

Kedengaran lelaki itu mengeluh. " Penyakit saya berjangkit. Saya menghidap tuberkulosis, " balas lelaki itu. Jelas terdengar kesedihan di sebalik suaranya itu.

Andra ternganga. " Sebab itu je ? " soal Andra. Dia tidak sangka bahawa mereka berdua tidak boleh menjadi kawan hanya kerana lelaki itu menghidap penyakit itu je.

Terbeliak mata lelaki itu apabila mendengar Andra berkata seperti itu. " Sebab itu je kata awak ? Awak nak kena jangkit ke ? " soal lelaki itu, kelihatan keningnya terjongket saat menyoalkan soalan itu.

Andra tersenyum. " Kalau orang lain mungkin dia dah lari, tapi ni Andra. Andra ikhlas berkawan dengan awak, " ujar Andra.

Lelaki di hadapannya itu bagaikan tidak percaya dengan apa yang telah di dengarnya.

Seseorang ingin berkawan dengannya. Selalunya, orang lain akan lari daripadanya apabila mengetahui tentang penyakit yang dihidapnya.

" Kita kawan ? " soal Andra tersenyum.

Lelaki itu terdiam menatap wajah Andra, dia tidak tahu harus menerima permintaan kawan daripadanya atau tidak.

" Okay ! Kita kawan, " ujar Andra kegembiraan. Belum lagi lelaki itu menerima permintaan kawan daripadanya tetapi dia sudah mengatakan bahawa mereka berdua adalah kawan.

" Baiklah, " balas lelaki itu.

Andra dapat merasakan lelaki itu sedang tersenyum di sebalik pelitup muka yang dipakainya itu. Pasti dia berasa gembira kerana mempunyai seorang kawan yang baik seperti saya, Andra !

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Sekali lagi Andra mencuba untuk berjalan mendekati lelaki itu. Mana lah tahu kan dia nak dekat, sebab kami kan dah jadi kawan !

Ternyata sangkaan Andra salah, lelaki itu masih lagi mengundurkan dirinya ke belakang apabila Andra mencuba untuk mendekatinya.

" Boleh tak awak jangan undurkan diri ke belakang, " pinta Andra, kedua-dua tangannya dilipat di dada. " Awak tu pakai pelitup muka, takkan berjangkit lah, " sambungnya.

Lelaki itu terdiam, dia menganggukkan kepalanya perlahan. " Baiklah, " balas lelaki itu.

Andra tersenyum, kedua-dua tangannya yang dilipat di dada dijatuhkan ke bawah.

Tangan kanan terus dihulurkan kepada lelaki itu. " Nama saya Andra, " ujar Andra memperkenalkan dirinya.

Lelaki itu tersenyum, dia terus menggenggam tangan kanan Andra yang dihulurkannya. Kini, mereka berdua berjabat tangan.

" Saya, Lukas, " balas lelaki itu turut memperkenalkan dirinya.

Andra tersenyum lebar. Dia tidak sangka dia akan berkawan dengan seseorang seperti lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang ini.

𝙏𝙚𝙧𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙎𝙚𝙢𝙚𝙨𝙩𝙖,
𝘽𝙚𝙧𝙩𝙚𝙢𝙪 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣𝙢𝙪 𝙨𝙖𝙝𝙖𝙟𝙖 𝙨𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙪𝙖𝙩𝙠𝙪 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖, 𝙖𝙥𝙖𝙡𝙖𝙜𝙞 𝙟𝙞𝙠𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙠𝙚𝙣𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣𝙢𝙪. 𝙋𝙚𝙧𝙠𝙚𝙣𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙪𝙖 𝙢𝙚𝙧𝙪𝙥𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪 𝙥𝙚𝙧𝙠𝙖𝙧𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙞𝙣𝙙𝙖𝙝 𝙗𝙖𝙜𝙞𝙠𝙪. 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙗𝙚𝙧𝙠𝙚𝙣𝙖𝙡𝙖𝙣. 𝙎𝙚𝙧𝙤𝙣𝙤𝙠 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙟𝙪𝙢𝙥𝙖 𝙖𝙬𝙖𝙠, 𝙎𝙚𝙢𝙚𝙨𝙩𝙖.

- 𝗡𝗲𝘅𝘁 𝗢𝗻 𝑻𝒆𝒓𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒆𝒔𝒕𝒂 -

" Duduk, " ujar Andra.

" Dekat sangat, saya tak nak awak kena jangkit, " ujar Semesta.

" Hm, " Andra mengeluh.

" Banyak benda saya nak tanya dekat awak, "

" Apa ? Tanyalah, " balas Semesta.

:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・. ::・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:

[C] Teruntuk Semesta Where stories live. Discover now