𝐭 𝐮 𝐣 𝐮 𝐡 : paper plane

30 41 0
                                    

:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・. ::・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:

" Awak ! " jerit Andra memanggil Semesta dari biliknya.

Tingkap bilik Semesta yang terbuka itu dipandangnya. Tetapi, kosong. Semesta tiada di dalam biliknya. Mungkin dia sedang makan ?

Andra mengalihkan pandangannya kepada jam yang tergantung di dinding sebelah kirinya di atas meja belajar. Jam itu ditiliknya.

Pukul 8:10 malam.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ 𝗦𝗔𝗔𝗧 sedang memandang jam, Andra berasa kepalanya seperti dicucuk oleh sesuatu.

Pandangannya terus teralih daripada memandang jam kepada melihat kapal terbang kertas yang jatuh di atas kakinya itu.

Andra tersenyum. Dia terus melihat ke hadapan, memandang tingkap bilik Semesta yang terbuka itu.

Orang yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul. " Semesta ! " panggil Andra. Rasa gembira memenuhi dirinya setelah melihat jejaka itu.

Semesta tersenyum. Dia dan Andra saling bertatapan. Kedua-dua anak mata yang berwarna hitam bertemu dengan kedua-dua anak mata yang berwarna coklat.

Semesta mengangkat tangan kanannya lalu melambaikannya ke arah Andra yang berdiri di hadapannya.

Andra tersenyum lalu turut mengangkat tangan kanannya kemudian dilambaikannya ke arah Semesta.

" Buka tu, " ujar Semesta.

Tidak kedengaran sehingga bilik Andra, tetapi Andra tahu kerana dia membaca pergerakan mulut Semesta.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Andra terus membongkokkan badannya lalu mengambil kapal terbang kertas yang jatuh di atas kakinya itu.

Setelah itu, Andra mengangkat badannya kembali lalu memandang Semesta. Lipatan kapal terbang kertas itu terus dibukanya.

" 𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙡𝙪𝙥𝙖 𝙣𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙖𝙬𝙖𝙠, 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙥𝙖 𝙪𝙢𝙪𝙧 𝙖𝙬𝙖𝙠 ? " - 𝙎𝙚𝙢𝙚𝙨𝙩𝙖

Andra tertawa membacanya. Kedua-dua tangan sebelah kiri dan kanannya di angkat.

Jari telunjuk tangan kanannya di tunjuk. Kemudian, seluruh jari tangan kirinya di tunjuk berserta dengan jari telunjuk di tangan kanannya yang bermaksud umur Andra ialah 16 tahun.

" 16 tahun ? " soal Semesta terkejut. " Kita sebaya ! " sambungnya kegembiraan. Jelas terukir senyuman manis di bibirnya.

Andra tertawa. " Saya dah agak, " ujar Andra sambil mengenyitkan matanya.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ " Kejap, " ujar Andra lalu berlari menuju ke arah meja belajarnya.

Sehelai kertas dan sebatang pen diambilnya, Andra menulis sesuatu di kertas itu. Setelah itu, kertas itu dilipatnya menjadi origami kapal terbang.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Andra berlari menuju ke arah tingkap biliknya sekali lagi. Kapal terbang kertas yang berada di tangannya itu sudah bersedia untuk diterbangkan.

Dalam kiraan satu hingga tiga, Andra terus menerbangkan kapal terbang kertasnya itu sehingga masuk ke dalam bilik Semesta melalui tingkap biliknya yang terbuka.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Semesta menangkap kapal terbang kertas itu. Hampir terkena tepat pada dadanya.

Semesta membuka lipatan kapal terbang kertas itu lalu membaca perkara yang ditulis oleh Andra di dalamnya.

" 𝙏𝙚𝙧𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙎𝙚𝙢𝙚𝙨𝙩𝙖, 𝙚𝙨𝙤𝙠 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙜𝙞 𝙩𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙜𝙞 𝙮𝙖 ! 𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙩𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪 𝙖𝙬𝙖𝙠. " - 𝘼𝙣𝙙𝙧𝙖

Tersenyum Semesta membacanya. Kepalanya terus diangkat untuk memandang Andra di hadapannya itu.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Tingkap bilik terus ditutup.

Terdiam Andra setelah melihat Semesta tiba-tiba menutup tingkap biliknya.

𝙏𝙚𝙧𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙎𝙚𝙢𝙚𝙨𝙩𝙖,

𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙙𝙞𝙝, 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙙𝙖. 𝘽𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖𝙝𝙪𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙟𝙞𝙠𝙖 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙖𝙙𝙖 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝, 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧. 𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙖𝙙𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙖𝙬𝙖𝙠.

- 𝗡𝗲𝘅𝘁 𝗢𝗻 𝑻𝒆𝒓𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒆𝒔𝒕𝒂 -

" Mana Semesta ni ? " ujar Andra menyoalkan dirinya sendiri.

" Maafkan saya Andra, " - Semesta.

" Takpa, saya faham, " ujar Andra.

:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・. ::・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:

[C] Teruntuk Semesta Where stories live. Discover now