:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・. ::・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:
Andra tersenyum, kepalanya didongakkan ke atas. Pandangannya terus dialihkan kepada langit yang hampir gelap itu.
" Semesta, " ujar Andra.
Semesta hanya diam sahaja sambil memandang Andra, mendengar sebab mengapa gadis itu memanggilnya dengan panggilan itu.
" Apabila bersama dengan awak, saya berasa sangat gembira, selesa dan selamat, " ujar Andra.
Terdiam Semesta mendengarnya, dia berasa terharu. Baru pertama kali ini seseorang berasa selamat dan selesa apabila bersama dengannya.
" Dalam banyak-banyak nama panggilan lain, kenapa Semesta ? " ujar Andra.
" Sebab, Semesta itu seluruh, segenap, segalanya ! " sambung Andra.
" Awak segalanya bagi saya, Semesta, " sambungnya lagi. Pandangan terus dialihkan kepada Semesta. Kelihatan matanya sudah berkaca-kaca.
Tersentuh hati Semesta mendengar perkara yang dikatakan oleh Andra, dia terus bangkit daripada duduk lalu berjalan mendekati Andra.
Tangan kanan Andra dipegangnya. Andra yang duduk itu terus diangkatnya supaya berdiri.
𝗦𝗘𝗠𝗘𝗦𝗧𝗔 memeluk Andra, pelukannya dieratkan. Air mata yang ditahan dari tadi sudah tidak dapat ditahan, ia terus jatuh menitis.
Andra membalas pelukan Semesta, dia turut menitiskan air mata.
" Terima kasih Andra, sebab sudi jadi kawan saya dengan ikhlas, " ucap Semesta sambil menangis teresak-esak.
Andra tersenyum. " Sama-sama, " balas Andra.
" Saya nak ucap terima kasih juga. Terima kasih sebab dah tak larikan diri daripada saya, " ucap Andra.
Semesta tertawa mendengarnya, begitu juga dengan Andra.
Semesta meleraikan pelukannya. Setelah itu, Andra turut meleraikan pelukannya.
Semesta terus mengesat air mata yang membasahi pipi Andra. " Dah. Jangan nangis, " ujar Semesta masih lagi tersedu-sedu.
Andra tersenyum. " Awak pun janganlah nangis, " ujar Andra.
Semesta berhenti mengesat pipi Andra, tangan kanan yang digunakannya terus dijatuhkan ke bawah.
Andra mengalihkan pandangannya melihat langit.
" Bintang ! " ujar Andra kegembiraan sambil jari telunjuknya menunjuk salah satu bintang yang bersinar terang di langit malam itu.
Semesta turut mengalihkan pandangannya melihat langit. Di sebalik pelitup muka yang dipakainya itu, segaris senyuman terukir di bibirnya.
" Cantik, " ujar Semesta terpegun apabila melihat langit malam itu dipenuhi dengan bintang yang bersinar terang.
" Cantik sangat-sangat, " ujar Andra.
Tiba-tiba Semesta mula batuk-batuk. Tangan kanannya menutup mulutnya walaupun dia sudah memakai pelitup muka.
Andra terus memandang Semesta, rasa risau mula memenuhi dirinya. " Semesta ! Kenapa ni ? " soal Andra risau apabila Semesta batuk tanpa henti.
" Jauh, pergi jauh ! " pinta Semesta meminta Andra untuk menjauhkan diri daripadanya.
" Tak ! Saya takkan pergi tinggalkan awak seorang diri ! " Andra berkeras tidak mahu meninggalkan Semesta.
" Tolonglah Andra, saya tak nak awak kena jangkit, " ujar Semesta, air matanya mula menitis lagi.
Andra turut menitiskan air matanya sekali lagi buat kali kedua. Semakin lama, tangisannya semakin kuat. Sedih hatinya apabila melihat orang yang dia sayang sakit seperti ini.
Kelihatan Semesta mula lemah, dia terus jatuh melutut di sebelah kanan Andra.
Tidak lama kemudian, Semesta terus terbaring tidak sedarkan diri.
" Semesta ! Semesta ! " jerit Andra sambil menggoyangkan badan Semesta mencuba untuk membangunkannya, tetapi tidak berjaya.
" Doktor ! Tolong ! "
•
•
𝙆𝙚𝙝𝙞𝙡𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙞𝙩𝙪 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪 𝙥𝙚𝙧𝙠𝙖𝙧𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙚𝙙𝙞𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙖𝙠𝙞𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙩𝙞.
•
•
:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・. ::・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:
YOU ARE READING
[C] Teruntuk Semesta
Romance❝ 𝙏𝙀𝙍𝙐𝙉𝙏𝙐𝙆 𝙎𝙀𝙈𝙀𝙎𝙏𝘼 ❞ - For the Universe - • " 𝑇𝑒𝑟𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑆𝑒𝑚𝑒𝑠𝑡𝑎, 𝑠𝑢𝑟𝑎𝑡 𝑖𝑛𝑖 𝑘ℎ𝑎𝑠 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑡𝑢𝑙𝑖𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑎𝑤𝑎𝑘. 𝑆𝑎𝑦𝑎 ℎ𝑎𝑟𝑎𝑝, 𝑠𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝑎𝑤𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑐𝑎 𝑠𝑢𝑟𝑎𝑡-𝑠𝑢𝑟𝑎𝑡...