:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・. ::・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:
" Macam mana ? " soal Andra sebaik sahaja Semesta membuka pintu lalu melangkah keluar dari bilik doktor yang dijumpainya itu.
" Okay je, " balas Semesta tersenyum. Tetapi senyumannya tidak ikhlas, seperti senyuman palsu yang sedang menutup kesedihan.
Andra turut tersenyum.
' Rileks Andra, mungkin dia memang okay, ' ujar Andra di dalam hatinya seraya menghembuskan nafas.
𝗣𝗘𝗟𝗜𝗧𝗨𝗣 muka berwarna hitam yang disimpan di dalam kocek seluar dikeluarkannya. Semesta terus memakai pelitup muka tersebut.
Andra hanya diam melihat Semesta. Dia tidak tahu apa yang Semesta rasakan sekarang ini. Adakah dia sedang berasa gembira atau sebaliknya ?
Riak wajah Semesta tidak menunjukkan perasaan gembira, senyumannya tadi juga palsu dan tidak ikhlas seakan-akan seperti senyuman yang dipaksa.
" Awak nak lepak rooftop hospital ni ? " soal Semesta sambil memandang Andra di hadapannya.
Andra tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. " Nak ! " balas Andra.
• ✧ ☽ ✧ ☽ ✧ •
Semesta mendongak ke atas memandang langit.
Andra yang duduk di sebelah kiri Semesta dan berjarak satu meter itu turut mendongak ke atas memandang langit.
Langit berwarna jingga dan kemerah-merahan berserta pemandangan matahari yang terbenam itu dilihat oleh Semesta dan Andra.
" Saya nak tengok bintang, " ujar Semesta tiba-tiba, kedengaran nada suaranya bertukar sedih.
Andra menurunkan kepalanya, pandangannya terus dialihkan kepada Semesta yang duduk di sebelah kanannya dan berjarak satu meter itu.
" Kita tunggu bintang muncul okay ! Lepastu kita tengok sama-sama, " balas Andra tersenyum.
Semesta mengalihkan pandangannya kepada Andra. Dia turut tersenyum setelah melihat senyuman Andra.
Entah kenapa Andra berasa matanya seperti dimasuki habuk apabila bertatapan dengan Semesta. Rasa ingin memeluk jejaka itu pun ada.
Tanpa Andra sedar, air matanya mula menitis membasahi pipinya.
" Andra, " panggil Semesta.
Andra terus mengelap matanya yang dipenuhi dengan air mata. Kemudian, air mata yang jatuh ke atas pipi dikesatnya.
" Ya, " sahut Andra tersenyum.
" Kenapa panggil saya Semesta ? " soalnya.
Andra terdiam mendengar soalan yang disoalkan oleh jejaka yang dipanggilnya dengan panggilan Semesta itu.
•
•
𝙏𝙚𝙧𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙎𝙚𝙢𝙚𝙨𝙩𝙖,
𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙗𝙖𝙣𝙜𝙜𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙖𝙬𝙖𝙠. 𝘼𝙬𝙖𝙠 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙪𝙖𝙩. 𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙝𝙖𝙧𝙖𝙥 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙣𝙩𝙞𝙖𝙨𝙖 𝙠𝙪𝙖𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙢𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙪𝙩𝙪𝙨 𝙖𝙨𝙖.
𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙬𝙖𝙠, 𝙎𝙚𝙢𝙚𝙨𝙩𝙖.•
•
- 𝗡𝗲𝘅𝘁 𝗢𝗻 𝑻𝒆𝒓𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒆𝒔𝒕𝒂 -
" Cantik, " ujar Semesta.
✧
" Semesta ! Kenapa ni ? " soal Andra risau.
☾
" Jauh, pergi jauh ! " pinta Semesta.
" Tolonglah Andra, " ujar Semesta, air matanya mula menitis.
✧
" Semesta ! Semesta ! " jerit Andra.
:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・. ::・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:
YOU ARE READING
[C] Teruntuk Semesta
Romance❝ 𝙏𝙀𝙍𝙐𝙉𝙏𝙐𝙆 𝙎𝙀𝙈𝙀𝙎𝙏𝘼 ❞ - For the Universe - • " 𝑇𝑒𝑟𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑆𝑒𝑚𝑒𝑠𝑡𝑎, 𝑠𝑢𝑟𝑎𝑡 𝑖𝑛𝑖 𝑘ℎ𝑎𝑠 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑡𝑢𝑙𝑖𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑎𝑤𝑎𝑘. 𝑆𝑎𝑦𝑎 ℎ𝑎𝑟𝑎𝑝, 𝑠𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝑎𝑤𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑐𝑎 𝑠𝑢𝑟𝑎𝑡-𝑠𝑢𝑟𝑎𝑡...