𝐥 𝐚 𝐩 𝐚 𝐧 : accompany me ?

28 41 0
                                    

:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・. ::・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:

Jam yang dipakai pada tangan kanannya di pandang. Andra menilik jamnya itu.

Pukul 4:30 petang.

Andra melihat ke sekeliling. Pandangannya dialihkan daripada melihat ke kiri lalu ke kanan.

" Mana Semesta ni ? " ujar Andra menyoalkan dirinya sendiri apabila tidak melihat kelibat jejaka yang ditunggunya dari tadi itu.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 hampir sejam Andra menunggu Semesta datang, tetapi jejaki yang ditunggu-tunggunya itu tidak juga datang.

Andra mengeluh. Akhirnya, dia pulang sahaja ke rumah dengan perasaan yang hampa.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Setibanya di rumah, Andra terus berlari menuju ke biliknya yang terletak di tingkat dua. Tombol pintu biliknya dipulas sehingga terbuka.

Setelah itu, Andra memasuki biliknya lalu menutup kembali pintu biliknya yang terbuka itu.

Andra memandang ke hadapan, matanya tepat melihat tingkap bilik Semesta yang terbuka itu.

Andra tersenyum. Kelihatan Semesta sedang duduk di kerusi meja belajarnya di hadapan tingkap bilik sedang menulis sesuatu.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Tangan Semesta yang sedang menulis terus terhenti apabila terdapat kapal terbang kertas mendarat di meja belajarnya tepat di atas kertas di mana dia sedang menulis sesuatu.

Semesta memandang ke hadapan. Dia melihat Andra sedang tersenyum manis ke arahnya.

Semesta tersenyum. Kapal terbang kertas di atas meja belajarnya itu dipandang kembali. Lipatannya terus dibuka.

" 𝙏𝙚𝙧𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙎𝙚𝙢𝙚𝙨𝙩𝙖, 𝙠𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙠 𝙥𝙚𝙧𝙜𝙞 𝙠𝙚 𝙩𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙞𝙣𝙞 ? " - 𝘼𝙣𝙙𝙧𝙖

Semesta terus mengalihkan pandangannya memandang Andra di hadapan setelah membaca kertas itu. Kelihatan riak wajah Andra bertukar sedih.

" Kenapa ? " soal Andra seraya mengangkat kedua-dua tangannya paras bahu membuat gaya seperti orang yang tidak tahu.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Sehelai kertas diambil oleh Semesta. Dia menuliskan sebab mengapa dia tidak pergi ke taman petang ini pada kertas itu.

Kertas itu kemudiannya dilipat menjadi seperti kapal terbang lalu diterbangkannya masuk ke dalam bilik Andra melalui tingkap biliknya yang terbuka.

Andra yang berdiri di hadapan tingkap biliknya sudah bersedia untuk menangkap kapal terbang kertas yang diterbangkan oleh Semesta itu.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Andra menangkap kapal terbang kertas itu, lipatannya terus dibuka.

" 𝙈𝙖𝙖𝙛𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝘼𝙣𝙙𝙧𝙖, 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙩𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙠𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙞𝙣𝙞 " - 𝙎𝙚𝙢𝙚𝙨𝙩𝙖

Andra memandang Semesta. Dia tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. " Takpa, saya faham, " ujar Andra.

Satu lagi kapal terbang kertas milik Semesta diterbangkannya masuk ke dalam bilik Andra.

Sekali lagi Andra menangkapnya, lipatan kapal terbang kertas itu dibukanya.

" 𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙖𝙙𝙖 𝙟𝙖𝙣𝙟𝙞 𝙩𝙚𝙢𝙪 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙙𝙤𝙠𝙩𝙤𝙧 𝙚𝙨𝙤𝙠, 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙣𝙖𝙠 𝙩𝙚𝙢𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖 ? " - 𝙎𝙚𝙢𝙚𝙨𝙩𝙖

Bersinar-sinar mata Andra setelah membaca perkara yang dituliskan oleh Semesta pada kapal terbang kertas itu.

Dengan pantas Andra menganggukkan kepalanya. " Saya akan teman awak esok ! " ujar Andra kegembiraan. Nasib baiklah esok Sabtu.

𝙏𝙚𝙧𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙎𝙚𝙢𝙚𝙨𝙩𝙖,
𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙠𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙥𝙖 𝙨𝙖𝙝𝙖𝙟𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙖𝙬𝙖𝙠. 𝙄𝙣𝙜𝙖𝙩, 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙖𝙙𝙖 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙣 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙖𝙮𝙖. 𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙣𝙩𝙞𝙖𝙨𝙖 𝙖𝙙𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙖𝙬𝙖𝙠.

- 𝗡𝗲𝘅𝘁 𝗢𝗻 𝑻𝒆𝒓𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒆𝒔𝒕𝒂 -

" Awak nak lepak rooftop hospital ni ? " soal Semesta.

" Saya nak tengok bintang, " ujar Semesta.

Tanpa Andra sedar, air matanya mula menitis membasahi pipinya.

Andra terus mengelap matanya yang dipenuhi dengan air mata. Kemudian, air mata yang jatuh ke atas pipi dikesatnya.

" Kenapa panggil saya Semesta ? "

:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・. ::・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:

[C] Teruntuk Semesta Where stories live. Discover now