𝐝 𝐮 𝐚‎ ‎ 𝐛 𝐞 𝐥 𝐚 𝐬 : Teruntuk Semesta

53 41 0
                                    

:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・. ::・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:

Senyuman manis terukir di bibir. Tersenyum Andra melihat dua orang kanak-kanak iaitu seorang lelaki dan seorang lagi perempuan sedang bermain kejar-kejar di taman yang terdapat di perumahannya itu.

Sudah dua tahun berlalu, Andra yang dulunya berusia 16 tahun kini sudah berusia 18 tahun. Begitu juga dengan Semesta, yang seumur dengannya.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ 𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔 mendongak ke atas memandang langit. Dia melihat sekawan burung sedang bertebangan ingin pulang ke sarangnya.

Melihat langit jingga dan kemerah-merahan itu mengingatkan Andra kepada seseorang. Seseorang yang mungkin tidak akan dijumpainya lagi.

Andra mengeluh, kepala terus diturunkan kembali. Langkah yang terhenti tadi diteruskan. Andra berjalan ke hadapan.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Langkah Andra terhenti sekali lagi apabila melihat seseorang sedang duduk di buaian yang terletak di hadapan sebelah kanannya.

" Semesta ? " ujar Andra perlahan.

Kemudian, kelihatan seorang remaja perempuan yang masih lagi memakai pinafore sekolah berlari menuju ke arah remaja lelaki yang sedang duduk di buaian itu.

Andra tersenyum. Melihat kedua-dua remaja itu mengingatkan dia saat dia masih lagi bersama dengan Semesta.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Tangan seseorang menutup kedua-dua mata Andra. Andra terkejut, dia tidak tahu siapakah yang sedang menutup matanya sekarang ini.

" Siapa ni ?! " soal Andra terkejut.

Kedengaran orang itu ketawa. " Cuba teka, " ujarnya. Orang tanya, dia bawa main teka-teka pula.

Andra mula teringat akan sesuatu. Daripada suara orang itu, Andra berasa seperti dia kenal akan pemilik suara itu. ' Takkanlah, ' ujar Andra di dalam hatinya.

" Semesta ? " soal Andra.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Seseorang yang menutup kedua-dua mata Andra itu terus menurunkan tangannya agar Andra dapat melihat kembali.

Andra terus memusingkan badannya ke belakang, dia ingin melihat siapakah orang yang menutup matanya tadi.

Andra terkejut, dia turut terdiam setelah melihat siapakah orang itu.

" Awak, " ujar Andra, terbeliak kedua-dua matanya.

Kelihatan Semesta sedang tersenyum sambil menatap wajah Andra. Senyuman manis seorang Semesta yang sudah lama tidak dilihat oleh Andra.

" Akhirnya, kita berdua bertemu lagi Andra. " Semesta mula bersuara.

Wajahnya, senyumannya, suaranya, semua daripada Semesta dirindui oleh Andra. Tetapi sekarang, rindunya terubat apabila melihat Semesta kembali.

" Saya dah sembuh, Andra ! " beritahu Semesta kegembiraan. Kelihatan matanya bersinar-sinar kerana gembira, Semesta juga kelihatan sudah sihat.

Andra tersenyum lalu memeluk Semesta. Semesta terus membalas pelukan Andra.

" Terima kasih Semesta, sebab awak sudah bertahan dan kuat selama ini, " ujar Andra sambil mengeratkan pelukannya.

Semesta tersenyum.

" Terima kasih juga, sebab awak selalu memberikan semangat kepada saya, " ujar Semesta lalu turut mengeratkan pelukannya.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Akhirnya, mereka berdua bertemu sekali lagi buat kali kedua. Di tempat yang sama dan di bawah langit yang sama seperti saat pertama kali mereka berjumpa.

" Semesta, sebenarnya saya sayangkan awak. "

" Saya pun sayangkan awak sebenarnya, Andra. "

𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧

:・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・. ::・゚✧:・.☽˚。・゚✧:・.:

18/10 - 25/11/2023

[C] Teruntuk Semesta Where stories live. Discover now