PROLOG

88 7 0
                                    

Hi! This is my first story so...ofc ada kesalahan yg akan muncul. Mohon maaf dulu dan harap maklum sebb sy baru saja start

Atas kesilapan yg anda perasan boleh ditegur dgn baik ii. Motif sebenarnya sy buat ni just nk ikut kwn ii yg juga penulis di wattpad.

Cerita ini hanya rekaan semata-mata dari imaginasi sy yg duk berangan selalu.

----

Wajahku di penuhi air mata yang tak henti jatuh dan juga hidung yang sudah merah akibat hingus yang banyak keluar. Lutut aku ditekup rapat sambil duduk di hujung katil.

Suasana yang sunyi dan gelap menjadi peneman aku di tengah malam ini. Perasaan sedih saja yang dapat aku rasakan sekarang ini.

10 minit? 1 jam? 2 jam? Entahlah berapa lama aku begini.

Sepatutnya tidak elok menangis berseorangan tengah malam seperti ini tapi menahannya juga aku tidak kuat.

Kejadian yang aku lihat di depan mata aku sendiri membuat aku menangis tak henti. Menyakitkan dan mengecewakan!

Sakitnya melihat orang yang dicintai bersama dengan orang yang kita sayangi. Seperti nightmare yang tak pernah di sangka oleh sang kekasih.

Ini bukan pengkhianatan tapi pengharapan yang berakhir kosong. Menunggu sampai bertahun-tahun bagai tidak makna sudah.

Menangis kerana cinta bukan pilihan aku tapi apalah nasib aku yang tak mampu menahan kesakitan bersendirian tanpa air mata. Air mata perempuan dapat menjelaskan segala keperitan yang di alami kerana pada masa itu kata-kata sudah tidak mampu diluahkan.

Aku membiarkan air mata aku jatuh ke pipi tanpa niat mengelapnya walaupun sudah berlambak membasahi wajah. Biarkan mereka beritahu betapa sedihnya insan ini. Bahkan dalam gelap pagi ini aku tidak merasakan ketakutan melainkan kekecewaan pada diriku sendiri dan dia...

Di sela aku yang tercungap-cungap akibat tangisan ada juga bacaan zikir yang hanya terdengar dalam hati. Meminta kekuatan dan ketenangan dari Allah.

Ya Allah, maafkan aku. Aku tak kuat menghadapi semua ini. Kau kuatkanlah aku ya Allah.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terjadi. Sesungguhnya Allah lebih baik merancang daripada kita dan hanya Allah sahaja tahu mana yang terbaik untukku.

Perlahan aku bangun dan duduk di atas katil. Aku tatap cermin yang agak sedikit jauh berada di hadapanku. Walaupun lampu tidak terpasang di bilik ini namun cahaya bulan dari tingkat bilikku membuat aku dapat melihat sosok di cermin. Aku melihat sosok yang sangat lemah itu.

T-shirt kelabu aku habis basah kerana air mata. Rambut yang selalu disikat lembut kini serabai bagai tidak terurus.

Perlahan aku baring di katil dengan perasaan kosong. Aku tarik selimut tebal itu sampai ke dada dan mendekapnya rapat. Air mata sudah berhenti dari tadi.

Selepas baca doa, aku pejam mata rapat sampai aku masuk ke alam mimpi...

Love From Mr. PerfectWhere stories live. Discover now