BAB 3

25 3 3
                                    

Baju blouse dan diikuti shawl berwarna hijau muda menjadi pilihan aku untuk ke majlis hari lahir mamat itu. Tiada langsung hendak menghias muka dengan lipstick mahupun pemerah pipi. Apatahlagi maskara. Aku malas hendak berpakaian lawa selayaknya pergi ke parti. Cukup kemas dipandang dan menutup aurat sempurna.

Kakiku mengambil langkah menuju ke pintu yang agak besar itu, diikuti Kamelia yang setia memaut lenganku. Aku lihat wajahnya yang berseri dari samping. Habis senyum dia dari tadi kerana hendak jumpa si buah hati di banglo ini.

Aku julingkan mata ke atas saja apabila nama 'Aryan' yang selalu menjadi topik bualan Kamelia. Bukannya aku cemburu atau apa. Aku tahu Aryan itu bukan lah lelaki yang baik malah sekepala saja dengan si Zarul. Dua-dua playboy!

Namun aku mampu buat apa. Kamelia sudah terkena hasutan lelaki bangsat itu hanya kerana ayat manis dan perhatian yang diberikan oleh lelaki itu. Nak lagi senang cinta buta lah. Huh!

Aku cuma harap kebahagiaan selalu muncul di setiap hari Kamelia. Sangat sayang sahabatku itu.

Perlahan-lahan suasana mewah menerpa di pandangan aku, dengan hiasan yang amat menakjubkan. Pelbagai hiasan dan alat yang berada di dalam banglo ini terlihat sangat terpesona. Maklumlah, Zarul kan anak datuk. Memang tak terkejut kalau rumah macam istina di langit kerajaan.

Eh! Wujud ke?

Sambil itu ada juga beberapa orang yang terlihat. Ada yang dari kampus dan ada orang yang tak pernah dilihat mataku. Ada segelintir kanak-kanak yang berlarian di sekeliling.

Dan kelibat tuan punya majlis masih belum kelihatan. Lagipun aku tak nak mahu tengok pun muka dia.

Tapi laju saja lenganku ditarik hingga aku terpaksa berlari juga mengikuti dia. Eh minah ni! Terkejut kita.

Dan terus bola hitam mataku naik ke atas apabila ada dua orang mamat sedang berdiri di tepi dinding. Siapa lagi kalau bukan Zarul dan Aryan.

Ish! Kamelia ni!

"Assalamualaikum." Kamelia memberi salam pada keduanya. Aku hanya diam menunduk di belakang Kamelia.

Kamelia, tolonglah! Aku nak menjauh sangat ni!

"Waalaikumussalam." Dengan nada lembut keduanya menjawab. Menyampah saja kalau didengar.

"Yang kat belakang itu, asal?" Terus terangkat kepalaku apabila Zarul memaksudkan aku. Menyampah betul lah!

Aku hanya balas dengan pandangan endah tak endah. Suka hati aku lah nak macam mana pun! Menyibuk aje!

"Dia malu lah kut." Terus aku siku lengan Kamelia. Sedap saja nak tambah usikan Zarul.

Aku lihat Zarul senyum kerang busuk sambil melihat aku. Tidak teralih mata itu hingga aku rasa terganggu.

"Mel tak best lah duduk sini! Rasa macam jadi nyamuk pulak. Jom-jom." Terus bulat mata aku bila Aryan bersuara dan selepas itu kedua orang itu meninggalkan aku dan Zarul sahaja. Sempat aku lihat Kamelia kenyit mata ke arahku. Hatiku menjerit memarahi Kamelia.

Kau tunggu nanti ya...

Tanpa tunggu masa terus aku beredar dari situ. Malas aku nak berhadapan lama dengan Zarul. Yang Kamelia pun satu, tak habis back-up Zarul.

Lihat saja ada meja kosong di tengah meja yang dipenuhi keramaian orang itu, terus aku bergerak ke situ. Rela duduk seorang diri. Aku malas mengambil makanan yang sudah beratur. Sangat banyak dan terlihat sangat lazat.

Tapi aku tahan diri aku untuk ambil, sebab aku tak sudi jadi tetamu di majlis ini. Aku tak nak!

Kalau dilihat dari jauh sekarang ini memang aku terlihat agak lonely. Ya lah, tiada langsung peneman di meja bulat putih yang agak besar itu namun aku tak kisah mana.

Love From Mr. PerfectWhere stories live. Discover now