Aku tidak aku berada di mana.
Di mana tempat ini? Macam mana aku boleh ada di sini.
Sebaik saja aku mencelik mata, terus aku melihat kawasan yang sangat asing di memori mahupun mata. Aku tidak pernah ada kat tempat begini namun kenapa dan bagaimana aku boleh berada di sini?
Aku lihat kiri dan kanan, ada pelbagai bunga yang menghiasi dengan penuh warna-warni. Aroma wangi cecah masuk ke hidung. Aku angkat kepala pandang hadapan pula, ada air terjun yang mengalir dan bersinar air itu.
Aku pandang belakang pula, ada satu pokok yang besar dan kelihatan gagah di situ. Aku pandang atas, ada langit biru yang cerah serta awan yang melengkapi keindahan langit itu.
Hinggalah mataku jatuh turun ke badan aku sendiri. Aku sedang memakai tudung dan dress serba putih. Hujung kain dress jatuh sampai menyentuh tanah manakala di seluruh tempat pakaian bagai ada lip lap yang menyinari kecantikan dress ini.
Aku amat terkejut dengan semua yang masih mentah di pandangan ini. Tempat apakah ini? Sangat tenang dan damai saja. Indah dan menyejukkan mata apatah lagi hati. Angin yang berderusan laju tak membuat aku peluh dan berasa panas. Angin sejuk itu berlalu menambahkan kententeraman jiwa.
Aku tutup mata rapat, mengambil peluang yang seketika ini. Aku hirup udara itu dan lepaskan apabila mata sepenuhnya terbuka.
Aku ambil langkah dekati pokok besar itu tadi. Ada satu buaian yang tergantung pada salah satu pahan pokok itu. Aku duduk ayu saja lalu kaki terus menolak tanah bagi buaian bergerak ke depan ke belakang.
Aku senyum manis apabila dapat merasakan lagi angin yang sejuk semasa buaian ini bergerak semakin laju. Sambil itu juga kaki aku aktif menolak tanah supaya buaian tidak berhenti.
Namun secara tiba-tiba, tanpa kakiku berhenti. Buaian itu berhenti perlahan, membuat mataku yang tertutup rapat terbuka. Aneh dirasakan. Kenapa berhenti sendiri?
"Hanni..." Aku dengar suara lembut perempuan menyeru namaku. Terus kepala laju terangkat.
Aku terlopong. Mataku dapat menangkap sosok tubuh yang memanggil namaku tadi. Dia...dia...
Sampai aku turun dari buaian tanpa mengalihkan pandangan ke arah wanita itu. Tanpa kedipan mata sekalipun. Alangkah terkejutnya aku apabila wanita yang berpakaian serba putih serta bercahaya itu adalah ibu...
Ibu...itu ibuku...
Jangan cakap berapa banyak rasa terkejut aku sekarang ini. Apatah lagi rasa sedih dan rindu sedang menggelegak dalam hati.
Lutut berasa lemah, pandangan mula redup dan air mata sudah pun bertakung.
Apabila sosok ibu hanya senyum ke arahku, badanku terduduk di tanah. Ya Allah, rindunya senyuman itu...
Hatiku bercampur aduk sekarang ini. Sudah tidak mempersoalkan lagi masalah di dunia, fikiran yang serabut dan hati yang terluka kala mata sudah dapat melihat ibu sekali lagi dalam hidupku.
Air mataku jatuh juga akhirnya tanpa henti. Sehingga basah pipiku dibuatnya.
Ibu dengan cepat datang ke arahku yang sedang duduk di lantai. Mataku tak lepas dari memandangnya. Dia dekati aku terus lenganku di capai untuk berdiri.
Keindahan dan kebahagiaan apakah ini?
Badan sudah berjaya berdiri dengan tegak dengan muka yang masih lemah.
Tangan lembut itu mengusap air mata di pipiku. Tanpa suara aku masih terkejut dengan kehadirannya walau wajahku masih lemah sekarang ini.
"Ibu..." Akhirnya suara aku keluar juga. Rasanya sudah lama panggilan ini tidak terdengar dari mulutku. Namun kali ini aku dapat menyebutnya lagi.
YOU ARE READING
Love From Mr. Perfect
RandomHanni Clarissa n Kameel Elhasiq For fun. ★separated how many years, no matter how he changes, even if there are big obstacles, he still wants to be mr. perfect for her★ Mereka pernah mengukir kisah yang indah pada masa silam. Hanni yang selalu meng...