"Ya Allah, ampunkan segala dosaku. Dosa kedua ibubapa ku. Doa seluruh keluarga ku. Dosa rakan-rakan ku. Dosa guru-guru ku. Dosa hamba Mu, ya Allah. Dosa-dosa silam, sekarang dan akan datang."
Dengan air mata yang menitis, aku tutup doa itu dengan mengusapnya di wajah. Badanku terasa bergetar hebat sekarang ini, ditambah lagi hati yang cepat layu dan lemah.
"Ya Allah, lembutkan lah hati ini, ya Allah."
"Ya Allah, aku pendosa, ya Allah."
"Ya Allah, aku rindu pada Mu. Aku rindu pada kekasih Mu."
Aku baring di atas sejadah dengan mengiring ke kanan. Tangan yang tidak tertindih menjadi tempat aku menggosok bulu-bulu di atas sejadah itu. Dan sekali lagi air mata menitik laju.
"Ya Allah, aku sangat kejam pada ayahku, ya Allah. Kenapa terlalu susah untukku memaafkannya. Sedangkan aku yang berdosa ini masih diberi peluang untuk bernafas supaya boleh bertaubat kembali ke arah Mu. Kenapa hati ini keras untuk menerimanya kembali?" Ayat itu terucap dalam bisikan. Di tengah persetiga malam.
Saat kelopak mata terbuka sendiri tanpa sebarang gangguan yang membangunkan. Aku tahu itu panggilan Allah buatku untuk bersujud kepada-Nya. Selepas sahaja solat tahajjud dan witir termasuklah habis lepas mengaji Al-Quran, babak petang tadi bermain di kepala. Aku sedih mengingatinya.
Bagaimana perasaan ayah ketika ini? Pasti dia kecewa denganku ataupun dia sedar dia layak mendapatkan itu. Tidak, ibu tak pernah mengajarkan aku untuk berbuat begitu pada ayah. Aku sudah membuat ayah sedih.
Maafkan Hanni, ayah...
Hanni terlampau kecewa dengan ayah kerana perbuatan ayah dulu...
Hanni masih belum lupakan luka ibu yang ayah ukirkan...
Hanni sayang ayah cuma perbuatan ayah pada Hanni terlalu kejam...
Hanni rindu ayah sangat-sangat tetapi ayah tak pernah ada di sisi Hanni...
Ayah tak pernah cium dahi Hanni macam ayah buat pada Juwita. Ayah tak pernah peluk Hanni macam ayah peluk Juwita dengan erat. Ayah tak pernah hantar dan ambil Hanni ketika ke sekolah macam mana ayah buat untuk Juwita.
Hanni tak pernah merasa makanan yang ayah beli. Pakaian sekolah yang ayah beli. Pergi jalan-jalan dengan ayah pun Hanni tak pernah merasa...
Kenapa? Kenapa baru sekarang? Saat Hanni dah dapat lupakan ayah dalam hidup Hanni, kenapa ayah muncul kembali? Kenapa ayah baru menyesal sekarang? Bukankah semuanya sudah terlambat?
Aku peluk tubuhku sendiri. Telekung yang menutupi seluruh badan kecuali bahagian muka membuat aku berasa selesa. Sejuk di dalam bilik pun hilang. Hati terasa tenang kerana berbaring di atas sejadah ni walhal di atas katil itu lebih lembut tilamnya. Namun sejadah lebih menyejukkan hati.
"InshaAllah..."
----
"Kau buat apa ni babi!" Aku terpinga-pinga.
"Huh? Saya..." Aku tergagap-gagap. Terkejut akan jerkahan itu.
"Saya apa?! Kau ni budak lama dah kan?! Yang teruk sangat ni kenapa?!" Marah chef itu lagi. Aku kunci mulut. Perkara biasa. Bukan aku saja yang pernah kena, semua rakanku di dalam dapur pernah mengalami pengalaman yang sama.
Sedikit makian itu sudah menjadi hidangan kami setiap hari. Nak jadi chef sempurna kan? Hahaha.
Selepas itu chef pergi begitu saja. Aku hanya mengerling dari tepi. Jujur aku takut, tetapi hilang serta merta apabila dia melangkah ke arah yang lain pula.
"Oi! Bukan macam tu!" Terdengar suara orang bertempik lagi. Aku tahu itu orang yang sama yang memarahi aku.
Saat aku pusingkan kepala ke arah kiri, dapat ku lihat seorang lelaki yang mungkin usianya lebih muda dariku. Dari wajahnya sajalah aku membaca umurnya. Sedang ketar ketir memotong lobak merah. Aku menggeleng kepala. Budak barukah?
YOU ARE READING
Love From Mr. Perfect
RandomHanni Clarissa n Kameel Elhasiq For fun. ★separated how many years, no matter how he changes, even if there are big obstacles, he still wants to be mr. perfect for her★ Mereka pernah mengukir kisah yang indah pada masa silam. Hanni yang selalu meng...