BAB 20

24 1 0
                                    

Senyuman yang amat manis di mataku dan itu dari Kameel Elhasiq... Mata yang indah sentiasa diberikan padaku kini sedang ada kesedihan dan keperitan di dalamnya. Darah melimpah bagaikan tanda pengakhiran bagi kami.

Kepala sudah disandarkan ke stereng. Dengan lemah dan sakit, aku membalas senyuman itu. Sakit dirasai tapi aku hanya mampu melihat figura itu yang sudah memakan nyawa.

Tidak dapat dirungkai melalui sebuah kata-kata, tidak dapat ditunjukkan dengan gerakan tetapi mata tidak pernah menipu.

Mata itu... Hatiku berbisik sesuatu dan ianya bagaikan pesanan dan petunjuk untukku. Wajah ibu muncul di minda. Sedang tersenyum dan seperti menunggu aku memeluknya. Wajah Mak Ngah bermain di minda, seoalah memberi aku peringatan. Wajah Hisyam tiba pula selepas itu, wajahnya beriak seperti harapan dan tanggungjawab yang besar terhadapku. Kemudia, wajah Kamelia pula, dapatku lihat matanya seolah memberikan kekuatan. Setelah itu wajah ayah, ayah datang dengan senyuman dan lengannya dibuka supaya aku memeluknya.

Minda kuat melawan mata dari terus tertutup. Aku menatap Kameel lagi. Mulut bergerak bagai mengatakan sesuatu namun rasa sakit yang terasa menghalangku dari memahaminya.

Dan tiba-tiba, perkara terakhir yang aku lihat ialah senyuman itu...

----

Perlahan-lahan cahaya masuk ke celah mataku. Menganggu kelopak mataku dari terus tertutup. Badan terasa lemah dan saat aku bangun dari baringan, kesakitan mula menumbuh di bahagian kepala. Cepat aku memegang kepala dengan tangan sendiri.

Apa yang terjadi? Mimpi burukkah tadi?

Aku melihat sekeliling. Aku berada di...di...

Pintu dibuka deras, terpapar sosok ayah yang jelas cemas sekali mukanya. Kakinya terus dilanglah laju ke arahku. Badanku dipeluknya kemas. Rambut aku digosok-gosok perlahan oleh tangan kanannya.

Kenapa ayah cemas? Apa yang terjadi? Kenapa aku boleh masuk hospital?

Ayah jauhkan diri. Dilihatnya aku dengan penuh kerisauan di wajahnya.

"Hanni okey?" soalnya jelas gelisah sekali mimik wajahnya.

Keningku bersatu.

"Hanni... Hanni..." Tekakku terasa sakit. Suara pun serak. Dahaga yang amat sekarang ini.

"Apa dah jadi ayah?"

Bukankah aku baru sahaja bersama Kameel? Memandu kereta pada waktu malam? Dan kemudian... Laju rasa perit masuk ke dalam kepala.

Aku pegang erat di bahagian dahi. Dan dapat aku rasa sesuatu yang membalut di bahagian kepalaku.

"Hanni, Hanni bertenang dulu. Ayah ada di sini. Hanni rehat dulu," ujar ayah lembut. Bahuku ditolak perlahan supaya aku baring.

Saat kepala ditoleh ketepi, banyak sekali wayar dan peralatan lainnya yang tidak aku ketahui apa fungsinya.

Aku memandang sekeliling sekali lagi. Sungguh denyut di kepala makin kuat jadinya. Kenapa dan bagaimana aku boleh di sini? Kenapa kepalaku dibalut? Di manakah sosok Kameel? Bagaiman dengan Mak Ngah, Sury dan Hisyam? Di mana mereka sekarang ini? Pelbagai soalan bermain di minda.

Sungguh tidak dapat aku ingat langsung apa yang terjadi. Dan apa yang hanya aku ingat ialah...

Hanni!

I love you, Hanni...

Goodbye...

Pantas aku berdiri dengan nafas lengah. Bahu tercungap-cungap. Terus tangan naik ke dada. Terasa jantungku berdegup amat kencang. Seketika mataku membutang apabila memori malam itu terjah ke minda. Lebih tepatnya aku sudah mengingati apa yang terjadi!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love From Mr. PerfectWhere stories live. Discover now