• Juruhebah Pujaanku - HunJun (AU)
○ Hunter sebagai Juruhebah Hunterkorn Radio
○ Yujun sebagai penyanyi solo muda yang meningkat naik
○ Junmin sebagai Yujun's personal assistant
.
.
" Hyuuuung , harinya dah tiba !
Hari ni saya akan ditemu bual di Hunterkorn Radio ! Tak sabarnya ! " , ujar Yujun penuh antusias.
Sang lawan bicara, Junmin hyung iaitu pengurus peribadinya yang sudah masak dengan keceriaan Yujun itu mengangguk mengiyakan .
Namun hari ini Yujun kelihatan gemuruh semacam .
" Yujun, kamu okay ?
Nampak pucat sangat. " , kata Junmin"Jangan risau hyung. Saya okey saja, cuma letih sikit. "
" Kamu tahu kan temu bual untuk album terbaru kamu ni boleh ditangguhkan ?
Kalau kami tak larat tak apa, boleh tangguh ke hari esok atau lusa.
Temu bual Hunterkorn Radio tu kan pre-record . " , balas Junmin .
" Tak nak ! Saya nak jumpa Hunter sunbaenim hari ni juga ! "
Setelah berkata begitu, Yujun terdiam dan menutup wajahnya malu.
" Oh, pucat dan gemuruh terlebih sebab nak jumpa Hunter rupanya. Celebrity crush dialah katakan. Hihi. " , usik Junmin.
" Ish , hyung ni. Shhhh, diam-diam tau. "
" Yalah, hihi.
Sudah, mari siap . "" Baik ! "
Semoga sesi temu bualnya pada hari itu baik-baik sahaja.
.
.
Apakan daya, Yujun hanyalah seorang manusia biasa.
Kata 'baik-baik sahaja' sebentar tadi terpesong jauh.
15 minit sahaja sebelum pra pengambaran bermula, Yujun rebah.
Sejak pagi dia sudah sedar bahawa badannya teramat lelah dan panas namun dia hanya mengendahkan saja hal itu.
Fikirnya hanya dengan memakan panadol dan vitamin, dia mampu menempuh hari ini dengan baik. Namun jangkaannya salah.
Dengan tergesa, Junmin menyerahkan tubuh Yujun yang melemas itu ke arah staf berdekatan kerana dia akan memandu keretanya dari parking bawah ke pintu belakang bangunan supaya lebih mudah untuk dia bawa Yujun ke hospital.
YOU ARE READING
[✓] Sketsa Mini xikers (bab pendek)
Fanfictionbxb fluff & Malay | Bahasa Melayu These might be silly drabbles/shorts/one-shot ff but wwehe, saya suka. ✉