"Seriously Aria?! kau buat keje macam mana? Aku suruh stay dengan dia setahun je tak lama pun. Ini baru 6 bulan dah terlepas?! Kau memang sial, ria"
bermacam-macam makian yang Aria dapat daripada Zharif atau lebih tepatnya bekas teman lelaki Adlyeana.
"a..aku tak tahu, a..ada mat saleh celup ni tetiba datang tarik dia" tergagap-gagap Aria menjelaskan situasi sebenar.
"takkan mat saleh pun kau tak boleh lawan? come on Aria! kau dah pernah bunuh membunuh sebelum ni, takkan setakat tumbuk perut jantan tu sikit pun tak lepas?" bebel Zharif panjang lebar.
"aura dia lain, Zharif. Dia bukan mat saleh biasa. Aku dapat rasa benda lain dari dia, aura dia gelap"
"lepastu, takkan macam gitu dah menggeletar lutut? ini bukan Aria yang aku kenal. Kau tak jatuh cinta betul-betul dengan minah sial tu kan?" suara Zharif naik satu oktaf.
Aria terkaku. Air liur ditelan perit, dia tidak dapat mengeluarkan suaranya.
Zharif tersenyum sinis.
"jadi betul lah..kau jatuh cinta dengan dia, Aria." saja Zharif tekan perkataan 'jatuh cinta'
Aria memejamkan matanya seketika. Dia mengeluh panjang. Nafasnya tersekat-sekat. Dia dalam bahaya.
"kau tau kan hukuman dia kalau kau langgar peraturan yang telah ditetapkan?"
Aria mengangguk perlahan. Dia terima jika dia di hukum.
"dah sedia?" Zharif mengeluarkan sepucuk pistol dari belakang kocek seluarnya.
Berpeluh hebat dahi Aria.
"kejap.."
Zharif menjongket keningnya.
"kau dah janji dengan aku..kalau kau bunuh aku, kau tak kacau Adly dah. Kau kena tepati janji kau, Zharif." kata Aria perlahan.
Dia rela jika dia mati tetapi tidak jika gadis kesayangannya yang mati.
Zharif tersenyum sinis lagi dan lagi.
"dont worry..aku tepati janji aku. now say goodbye" pistol di acukan ke arah Aria.
Aria memejamkan matanya. Dia sudah bersedia, sudah tiba masanya.
bang!Suasana hening sahaja antara Adlyeana dan Thafiq. Sejak dari kereta lagi mereka lebih selesa berdiam diri.
'ha elok lah tu..aku pandang dia, dia pandang aku, masing-masing bisu '
getus hati Adlyeana. Dia merengus kecil."thanks" ucap Adlyeana memulakan perbualan.
Thafiq menjongket kening sebelah isyarat tanda tanya.
"selamatkan i tadi" bagai faham dengan isyarat kening Thafiq, dia bersuara lagi.
Thafiq hanya mengangguk.
satu saat
dua saat
tiga saat
"memang nak diam je ke?" soal mereka serentak.
Terbuntang mata Adlyeana, begitu juga dengan Thafiq. Cepat-cepat dia mengubah riak wajahnya menjadi beku semula.
"i takde topik..you pulak diam aje dari tadi. Angguk geleng aje." luah Adlyeana.
"kau tanya soalan senang, aku angguk geleng je lah."
Adlyeana menjeling Thafiq di sebelahnya.
Apa mereka buat dekat sini sebenarnya? mereka sedang berada di tasik berdekatan dengan perumahan Adlyeana.
YOU ARE READING
Prince Hazel's : His Princess
Fanfictiondon't trust everything you see, my lady. even salt looks like sugar. - Putera Thafiq Hykal