"Sampai hati Thafiq buat mummy macamni..mummy kecewa, kecewa sungguh. Mummy besarkan Thafiq bukan untuk jadi macamni.. mummy minta Thafiq carikan menantu untuk mummy tapi bukan menantu yang sama jantina dengan kamu, Thafiq. Kamu tau Allah laknat kaum nabi luth. Semua orang dah mengata macam-macam pasal kamu, mummy tak percaya pada mulanya tapi Allah dah tunjuk depan mata mummy sendiri apa yang kamu buat. Tolong putuskan hubungan kamu dengan Zayad. Mummy kecewa sangat Thafiq. Jangan jumpa mummy selagi kamu tak putuskan hubungan kamu dengan lelaki tu."
tegas datin Zara. Air mata tak berhenti mengalir."babah pun kecewa. Babah tak sangka anak lelaki sulung abah ni bernafsu songsang. Kawan-kawan abah dah tahu pasal kamu, semua orang tahu pasal kamu sekarang. Kalau nekma kamu tau, apa babah dengan mummy nak jawab? kamu pernah tak fikir tindakan kamu ni tak masuk akal? babah tak pernah ajar kamu jadi macam ni. Ya allah..apa salah babah sampai anak sulung babah jadi macamni..? apa dosa yang babah dah buat dapat anak tak tau bersyukur macam kamu ni, Thafiq? babah kecewa..jangan balik lagi rumah ni. Bagi babah dengan mummy tenangkan fikiran dulu." dato Thafif memandang ke arah anak sulung nya dengan pandangan kecewa.
Thafiq memandang ke arah Thaufiq dan Tyna dengan pandangan memohon kepercayaan daripada mereka. Wajah Tyna dipenuhi dengan air matanya, mata langsung tidak memandang ke arah Thafiq malah sebaliknya memandang ke arah mummy yang sudah terduduk di atas lantai.
Thaufiq menggeleng ke arah Thafiq dengan pandangan sangat kecewa. Tidak dia sangka abang yang selama ini mendidik dan menjaganya bagai menatang minyak yang penuh ternyata bernafsu songsang.
"Tyna kecewa dengan along, betul kata abah dengan mummy, abang memang tak layak duduk rumah ni dah. Tyna tak sangka abang macam tu, Tyna sedih, sakit hati, sebak, marah. Tapi Tyna sayang along. Tyna sayang along sangat-sangat tapi Tyna tak boleh nak terima kenyataan yang pahit untuk di telan ni. Bagi kami masa, along boleh pergi dari rumah ni" luah Tyna sebak. Tiada niat di hati mahu melukakan abang nya dengan kata-katanya tetapi apakan daya. Kecewa.
Thafiq cuba mendekati Tyna tetapi Tyna menapak kebelakang dan menggeleng.
"don't touch me. Stop look at me that way. Jangan buat Tyna rasa bersalah." kata Tyna lalu berlalu naik ke atas.
Thaufiq mengikuti langkah adiknya ke atas, mau menenangkan adiknya. Adiknya baru berumur 16 tahun tapi sudah hadapi sebegini rupa. Thaufiq yang baru berumur 19 tahun pun tahu bahawa suka sesama jantina itu adalah HARAM. Sedangkan abangnya sudah berumur 26 tahun..
Thafiq meraup mukanya kasar. Kejadian kemarin kembali menayang di layar fikirannya. Dia sudah mencalar kan maruah keluarga nya. Dia juga dibuang.
Dia tiada hala tuju. Hanya satu destinasi yang terlintas di fikirannya sekarang ini. Rumah kawannya, Amer. Amer sahaja yang mampu beri dia nasihat sekarang ini.
ding dong
Dengar sahaja loceng rumah berbunyi lantas kaki menapak ke arah pintu rumah utama. Daun pintu dikuak, terkejut dia melihat Thafiq di hadapan rumahnya dengan wajah yang kusut.
Amer membawa Thafiq masuk ke ruang tamu. Thafiq menceritakan kesemuanya kepada Amer.
"Allahuakhbar...kenapa aku tak tau kau ada hubungan dengan lelaki sebelum ni?" terkejut beruk Amer selepas mendengar luahan hati Thafiq.
"Aku terlalu ikutkan nafsu aku..aku tau aku salah..aku minta maaf" Thafiq menunduk memandang lantai kayu di rumah itu.
"bukan aku yang patut kau minta maaf..tetapi kepada Allah. Tindakan kau ni salah, berdosa besar kau sendiri tau kan Thafiq?" ucap Amer. Dia memandang Thafiq dengan pandangan sayu.
Tidak dia sangka sahabat nya ini gila. Dia fikirkan Thafiq normal seperti manusia yang lain, ternyata tidak.
Melihat Thafiq diam membisu, dia menggeleng. Tanpa dia sedari, air mata jantannya jatuh. Cepat-cepat dia seka.
"Aku tau..susah untuk kau hadam situasi kau yang sekarang ni tapi apakan daya, benda dah jadi kan? Kita tak dapat nak putar balik masa. Kau dah putus dengan Zayad?"
Soalan Amer dijawab dengan anggukan. Lega hati Amer melihat anggukan daripada Thafiq sebagai jawapan.
"jom, aku ajar kau buat solat taubat..kau duduk dulu rumah aku buat masa sekarang..nanti kau dah pulih sepenuhnya, kembali kepada pangkalan keluarga kau." Amer melangkah naik ke atas diikuti dengan Thafiq.
"Mama masak apa tu?" sapa Adlyeana mesra ke arah mamanya.
Pucat saja wajah tua itu. Lantas Adlyeana menekup kedua belah pipi mamanya.
"kenapa pucat ni? mama sakit ke? nak pergi klinik tak? pucat sangat ni mama.." tidak keruan Adlyeana dibuatnya.
"mama okay..demam sikit aje ni nanti mama makan ubat okay lah tu" ucap datin Areana tidak mau menyusahkan anak daranya. Senyuman tipis di beri.
"mama pergi rehatlah..biar Adlyeana sambung masak" Tangan datin Areana di tarik menuju ke bilik.
"mama duduk sini diam-diam, nanti Adly buat bubur okay? rehatla" datin Areana di baringkan.
Tidak lama kemudian Adlyeana kembali bersama mangkuk bubur dan air putih di tangan. Adlyeana hadiahkan senyuman buat datin Areana.
"Mama nak Adly suapkan tak?" Adlyeana duduk di tepi katil.
"letak je situ, mama takde mood lagi nak makan." kata datin Areana.
"mama kena juga makan, biar Adly suapkan" Adlyeana menyuakan sudu ke arah datin Areana.
"taknak, bagi mama rehat" tegas datin Areana.
"makan sikit je mama, sikitttt je" kata Adlyeana memaksa.
"mama kata taknak tu taknak la!!" suara datin Areana naik satu oktaf.
Terkedu Adlyeana dibuatnya. Buat pertama kali mama naikkan suara kepadanya. Badan Adlyeana mengeras. Sudu yang dia pegang sebentar tadi sudah hilang dari pandangan, jatuh ke lantai mungkin.
Datin Areana juga terkejut dengan tindakan melulunya.
"b..baik, Adly keluar ya..nanti mama jangan lupa makan tau, Adly sayang mama" Adly bingkas bangun dari duduknya dan masuk ke dalam bilik. Pintu dihempas kuat.
Pemergian Adlyeana ditatap sayu. Dia demam selepas mendapat sampul surat berwarna coklat yang dihantar oleh seseorang pagi tadi.
Sampul surat yang berisi tiga keping gambar Adlyeana bersama seorang perempuan tinggi lampai.
Di dalam gambar itu mereka kelihatan seperti sepasang kekasih yang sedang berpegangan tangan dan berpelukan.
Datin Areana menangis tersedu sedan. Begitu juga dengan Adlyeana yang sedang menangis di birai katil sambil memeluk kedua belah kakinya.
YOU ARE READING
Prince Hazel's : His Princess
Fanfictiondon't trust everything you see, my lady. even salt looks like sugar. - Putera Thafiq Hykal