Usai solat asar berjemaah bersama Amer, Thafiq turun ke dapur untuk basahkan tekaknya. Air kosong di tuang di dalam gelas kaca. Air itu diteguk rakus.
Tiba-tiba fikirannya melayang tentang keluarganya. Tanpa dia sedari, sudah 3 minggu dia berada di rumah Amer. Amer juga tidak lelah mengajar dia banyak ilmu tentang agama.
Fikiran kembali melayang dengan perkataan yang keluar daripada mulut keluarga dia.
"bagi babah dengan mummy masa"
"Tyna kecewa"
"keluar dari rumah ni"
Allahuakhbar..sebak rasanya bila mengingat kembali situasi dia ketika itu. Jauh sungguh dia terpesong sehingga tidak kenal lagi erti halal dan haram.
Memang patutlah babah dengan mummy kecewa, ibu bapa mana saja tidak kecewa dengan tindakan anak nya yang begini?
Muka kacaknya diraup kasar. Air matanya hampir jatuh tapi masih dapat di tahan.
"tak berdosa pun kau nangis, beban kau terlalu banyak untuk dipikul. Menangis bukan bermaksud kita lemah, tapi untuk lepaskan segala beban dalam otak. Nangislah, Thafiq. Aku faham." suara garau Amer dari belakang menyentak lamunan Thafiq.
Amer tersenyum tipis ke arah Thafiq. Kuat sungguh lelaki di hadapannya ini. Bahu Thafiq di tepuk perlahan.
"kalau kau dah bersedia, kau boleh kembali kepada keluarga kau" ujar Amer tenang.
"halau aku nampak?" sinis Thafiq dengan nada gurauan.
Amer ketawa terbahak-bahak. Apa yang kelakar pun tak tau.
"tak ada lah..nampak macam ketara sangat dah kau mengelamun sana sini tak kira tempat, risau la pulak aku." Amer mengambil tempat di sofa berbentuk L di ruang tamu.
Thafiq membuntuti langkah Amer, punggung dilabuhkan di sebelah sahabatnya.
"aku rindu babah dengan mummy, aku rindu angah, aku rindu Tyna yang selalu manja dengan aku" luah Thafiq sayu.
Amer hanya tersenyum lalu menepuk perlahan bahu sahabatnya.
"aku tau, dorang pun rindu kau"
Thafiq senyum sendiri, teringatkan senyuman manis si adik.
'i'll come back with the new version of me, Tyna ' getus hati Thafiq.
Dia akan pastikan babah dengan mummy bangga dengannya begitu juga dengan Tyna dan Thaufiq.
Thafiq yang sebenarnya bekerja di syarikat Prince Holding iaitu syarikat dato Thafif. Namun, kerana dia masih malu untuk bersua muka dengan dato Thafif jadi dia cuti buat masa sebulan.
Bunyi ketukan pintu dan loceng di rumah Amer bergema. Mereka pandang satu sama lain sebelum Amer melangkah ke arah pintu utama.
Terpampar lah seketul Aiman Hilman di hadapannya. Adik kepada Amer Halim.
Aiman tersengeh seperti kerang busuk, Amer pula sekadar menjulingkan bebola matanya.Thafiq tercengang sebelum menapak mendekati dua beradik itu. Aiman ternganga melihat perubahan Thafiq yang bersongkok dan memakai kain pelikat. Fulamak..dah boleh jadi laki orang nampak gaya.
"bang tapik!! lamanya tak jumpa, rindu bangpik" Aiman memeluk Thafiq melepaskan rindu.
Bangpik atau tapik gelaran manja dari Aiman untuk Thafiq. Sejak kecil lagi mereka bersama dan terpisah kerana haluan masing-masing.
"bukan main dah bersongkok sekarang..nak menangis aku tengok perubahan kau ni bang tapik" Thafiq ketawa kecil.
Ya, dulu dia tidak pernah bersongkok mahupun memakai kain pelikat. Dulu dia sangat terpesong, pergi kelab dan minum air setan.
YOU ARE READING
Prince Hazel's : His Princess
Fanfictiondon't trust everything you see, my lady. even salt looks like sugar. - Putera Thafiq Hykal