bab 6

1.4K 93 8
                                    

Tok tok tok

Pintu bilik Adlyeana diketuk beberapa kali. Tiada sebarang respon. Sudah hampir seminggu Adlyeana tidak keluar dari bilik tidurnya. Datin Areana mula resah dengan tindakan anak daranya itu.

"Adly sayang..keluar kejap. Makan dulu ya? kesian you tak makan dah berapa hari tak lapar ke sayang?"

Namun masih sama tiada sahutan atau balasan daripada Adlyeana. Datin Areana melepaskan keluhan berat. Dia rindu akan wajah anak dara kesayangannya yang satu satunya itu.

Datin Areana melangkah turun ke dapur menyiapkan makanan untuk di letakkan di atas dulang untuk Adlyeana. Dulang di bawa ke atas, datin Ariana meletakkan dulang di lantai di hadapan pintu bilik Adlyeana. Pintu nya di ketuk sekali lagi.

"mama letak dekat depan bilik ya, jangan lupa makan" ucap datin Areana dan berlalu dari situ.

Adlyeana hanya membiarkan ketukan di pintu nya yang sudah berkali-kali di ketuk oleh mama nya, datin Areana. Sungguh dia tidak marah kepada mamanya, dia hanya perlukan masa untuk berehat dan menenangkan fikirannya yang sedang berserabut.

Usai mendengar tapak kaki datin Areana melangkah menjauhi dari biliknya dengan patas dia bangun berlalu ke bilik air untuk bersihkan diri.

Usai bersihkan diri, Adlyeana buka pintu biliknya perlahan-lahan. Dulang di lantai di pandang, senyuman nipis terukir di bibir munggilnya. Dulang di ambil lalu di letakkan di atas meja solek.

'mama sayang Adly ' surat di atas dulang itu dibaca di dalam hati. Terasa panas tubir matanya ketika ini.

"Adly minta maaf mama, Adly anak derhaka, tak sedar diri, pendosa, bodoh. Adly bodoh sangat. Mama dengan papa besarkan Adly untuk jadi anak yang solehah tapi Adlyeana ingkar. Adlyeana ingkar arahan mama, ingkar arahan Allah. Adlyeana buat benda terkutuk tu. Adlyeana suka sesama jenis. Ampunkan Adly mama, Adly minta maaf" surat itu di genggam erat. Dia tidak mampu berhadapan dengan mamanya.

Tanpa dia sedari datin Areana mendengar kata-kat yang baru saja keluar dari mulut Adlyeana tadi. Badannya rebah di hadapan bilik Adlyeana. Kedua tapak tangan menekup mulut supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Kenapa ianya masih terasa sakit sedangkan dia sudah tahu dari lama? Mungkin kerana ianya keluar dari mulut Adlyeana sendiri walaupun pengakuan itu bukan di hadapannya.

Datin Areana berlari masuk ke dalam biliknya, punggung di labuhkan di birai katil.

"Allahuakhbar..apa saya nak buat ni bang? ya Allah kau bantulah anakku..bawalah dia ke jalan yang benar," teresak esak datin Areana menangis mengenangkan bahawa dia gagal mendidik anaknya sebagai seorang ibu.

Datin Areana mengambil wudhu untuk menunaikan solat asar. Telekung di sarung dan sejadah di hampar.

Sudah hampir sebulan juga Thafiq berada di rumah sahabatnya, Amer. Angin sepoi sepoi menyapa kulit wajah Thafiq yang sedang santai duduk di balkoni biliknya.

Keluhan berat di lepaskan. Dia rindu dengan keluarganya, tidak sepatutnya dia mengikuti kehendaknya dengan ingkar arahan Allah. Inilah namanya makan diri.

Lamunanya terhenti apabila bunyi ketukan pintu menyapa gegendang telinganya.

"masuk" kata Thafiq sepatah.

Amer ukir senyuman nipis buat Thafiq. Pintu bilij Thafiq dibiarkan terbuka, rusing adiknya ingat mereka buat benda yang kuban kuban. eh bukan bukan.

"jauh betul termenung eh, teringatkan awek ke?" usik Amer dengan nada gurauan, namun soalannya dibiarkan sepi tanpa jawapan.

Amer mencebik. ish kita gurau boleh pulak dia pulau kita, ni yang nak mencarut dalam bahasa cina ni. Lanjiao betul.

"tak baik mencarut" tegur Thafiq tiba-tiba. Kepala langsung tidak toleh ke arah Amer di tepi nya yang sedang mengkumat kamit macam tengah mengata dia.

"ohh kau bab baca dalam otak aku boleh pula, aku tanya tak menjawab pula ya?" sinis Amer.

Thafiq ketawa macho. ceh kemain.

"aku tengah fikir pasal keluarga aku aje..itu pun nak tau ke? semua benda kau nak tau, lepasni aku nak berak pun aku nak bagitau kau la..mana lah tau kau nak tolong tadah" kata Thafiq selamba.

Amboi! ni dah melebih. Tadah ya? nanti tangan ni lah yang hinggap dekat bontot kau.

"aku sebat bontot kau karang eyy" tangan mengacah acah seperti ingin memukul kepala Thafiq.

"aku sebat bontot kau balik" balas Thafiq tidak mahu kalah.

Mereka ketawa bersama-sama.

Usai menunaikan solat asar datin Areana menadah tangan untuk berdoa.

"ya Allah ya tuhanku, kau ampunilah dosaku, suamiku, anakku dan juga ibu ayah ku. Kau bantulah anak aku untuk ke jalan yang benar, bukalah pintu hatinya untuk beristiqamah. Ampunilah dosa aku, sesungguhnya aku gagal mendidik anakku. Aku gagal menjadi seorang ibu. Berilah kami hidayah mu ya Allah. Sesungguhnya kau maha pengampun." doa datin Areana penuh dengan nama Adlyeana. Tangis di tahan.

Adlyeana menempatkan motor berkuasa besar nya di tempat parkir di AEON Mall itu. Kaki laju memasuki tempat beli belah bahagian tudung shawl dan bawal.

"welcome, ma'am. May i help you? " tanya salah seorang pekerja disitu.

Adlyeana mengukir senyuman manis, kepala di anggukan beberapa kali.

"boleh tolong suggest dekat i tudung yang sesuai untuk muka i?" kata Adlyeana, jari di tunding ke arah diri sendiri.

Pekerja itu mengganguk lalu mengarahkan Adlyeana untuk mengikutinya.

"Tudung ni nama dia shawl malas. Saya rasa memang sesuai dengan bentuk muka puan. Kalau puan baru lagi nak pakai tudung, saya memang sarankan pakai yang ni, kalau puan malas nak belit sana sini, pakai tudung sarung ataupun shawl malas, sekali lilit dah siap. Tapi kalau tudung sarung double triple senang, pakai je dah siap" terang pekerja itu panjang lebar.

Adlyeana mengangguk tanda faham. Tudung shawl malas di hadapannya di belek-belek bagi mencari warna yang diinginkan.

Shawl hitam warna coklat, hitam, royal blur dan peach di ambil.

"ini je lah, kaunter dekat mana ya?" tudung itu di hulurkan kepada pekerja yang setia menunggu di sisinya sebentar tadi.

"ikut saya cik"

Kaunter pembayaran di tuju untuk membuat pembayaran.

"berapa total?"

"rm 40"

Adlyeana mengeluarkan not berwarna purple. Baki diberi kepada Adlyeana semula.

Usai membuat pembayaran, Adlyeana ke butik di sebelah kedai itu. Kaki laju menapak ke arah butik itu.

"hai, selamat datang. Nak cari apa ya cik?" soal pekerja disitu ramah.

"i nak cari baju kurung moden boleh?"

"boleh, ikut saya ya" pinta salah seorang pekerja itu.

Baju kurung moden di hadapannya di pandang dengan senyuman lebar. Banyak pilihan, corak dan warna nya juga sangat cantik. Rambang mata dia nak pilih.

Usai membuat pembayaran Adlyeana keluar dari pusat beli belah itu dengan senyuman lebar. Dia bertekad untuk berubah. Dia mahu banggakan mamanya.

'Mama tunggu Adly tau! '

haiii authorr backkk heheheh

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 24, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Prince Hazel's : His PrincessWhere stories live. Discover now