#9

25 0 0
                                        

"Lisa!"

Belum sempat punggung lisa nak mencecah katil, Anis dah memekik. Di hadapan dia. Aqil pula berada di atas sofa di hujung bilik tengah baca surat khabar.

"bagi aku duduk dulu Anis." Balas Melissa sambil dia naik ke atas katil dan mula baring. Dan tak lupa tangan dia menarik selimut sekali sambil dia berbaring. Mahu menutup diri dia.

"Jangan nak mengelak!" tangan anis pula cepat naik menyelak selimut itu.

Melissa tak jadi nak baring. Kemudian dengan muka tak senang duduk dia bangun dan duduk bersila di atas katil. Dan anis mengambil kerusi plastik yang tersedia untuk pelawat dan duduk di atasnya.

"Sekarang cakap tadi kau keluar meluru tanpa sempat nak ikat rambut kau, sebab apa?" itu soalan pertama daripada Anis.

"Aqil kau tak ada soalan ke?" tapi Melissa malah bertanya soalan kepada Aqil pula.

"Jangan mengelak la lisa!" Anis dah nak mula hangin. Melissa pula yang berasa takut.

"Kau jawab soalan Anis dulu, baru aku tanya kau soalan." Tapi Aqil tenang saja masih membaca surat khabar. Langsung tak terkesan dengan angin puting beliung Anis. Suka hati kau la Aqil.

"Kenapa orang yang bernama Aliff Iskandar boleh jadi suami kau?" Melissa diam dan mendengar.

"Dan sejak bila kau ada suami Melissa?" Melissa nak jawab tapi anis sambung tanya lagi.

"Kita dah kenal 3 tahun dan baru sekarang aku tahu yang kau dah berkahwin?" dan sekarang anis dah berhenti ke?

"Ada lagi ke?" tanya Melissa dengan tutur kata perlahan.

Tapi anis hadiahkan jelingan tajam dekat dia. baiklah. Melissa anggap itu saja soalannya.

"Aku dah kahwin. Ya. Tiga tahun yang lepas dengan Aliff Iskandar. Tapi kitorang kahwin bersebab. Aku, aku yang bersalah dalam hal ini. Aku buat sesuatu dekat Aliff dan benda itu sangat susah untuk keluarga dia maafkan. Terutama sekali dia sendiri. Aliff Iskandar." Melissa diam dan ambil nafas.

Anis setia mendengar. Dan dia yakin Aqil pun setia mendengar walau ada surat khabar sebagai tabir di tangan dia.

"Tapi, aku tahu aku bersalah. Dan aku sedar apa salah yang aku dah buat. Tapi, lelaki itu. Aliff Iskandar dia hukum aku dengan perkahwinan ini. Dia ikat aku, sebab dia nak balas dendam. Jadi, aku takut. Dan aku lari. Sampailah aku sampai dekat hospital ini dan sambung belajar dekat sini. Dan tak lupa aku bersembunyi juga dekat sini." Melissa hembus nafas lega. Tapi, ada lagi

"Dan aku tinggal dengan keluarga tiri aku. Sekarang. Dan itu salah satu sebab aku selalu ada dekat hospital."

Melissa diam dan senyum. Senyum pahit. Daripada Aliff kepada keluarga. Tiba-tiba dia bercerita pasal keluarga dia pula kan?

"Tapi aku ada ayah. Ayah kandung. Jangan risau apa yang aku tipu pasal diri aku cuma pasal Aliff dengan keluarga tiri aku." Sebab sebelum ini Melissa kata dia yatim piatu kepada Anis dan Aqil. Dan dia tinggal dengan nenek dia.

"Any questions?" tanya Melissa kepada Anis dan tak lupa Aqil juga. Setelah panjang lebar dia jelaskan, takkan sampai boleh buat mereka berdua terdiam terus?

"Ayah kau. Ayah kau tahu pasal Aliff? Dan keluarga tiri kau pun, diorang tahu tak?" soalan pertama datang daripada Anis. Melissa berpaling menghadap kepada anis.

"Tahu. Keluarga tiri aku pun tahu. Mereka ada dengan aku masa 3 tahun yang lepas. Dan tak lama selepas aku lari, ayah aku jumpa aku dekat sini. Dan mereka turut ikut berpindah dengan aku."

"So, you are free from Aliff Iskandar?" datang pula soalan lain dari Aqil yang tengah membaca surat khabarnya.

"Bukan tadi kau kata bagi anis dulu tanya?" balas Melissa yang cuba mahu bertarik tali dengan Aqil.

"Okay, anis dulu." Kata Aqil. Melissa senyum manis kemudian dia berbalik kepada Anis.

"Dan Anis, anything?"

"Kau tak nak cakap apa yang kau buat dekat Aliff?"

Bagi Melissa, soalan ini membuatkan dia diam sekejap. Bagi dia masa untuk berfikir.

"Aku tahu bukan mudah kau nak cakap. Tapi tak apa. kau jujur dengan aku pasal Aliff dan keluarga kau pun dah cukup. Cuma ada satu benda aku nak tahu."

"Apa?"

"Nama sebenar kau."

"Hah?" nama sebenar dia? biar betul Anis.

"Soalan apa benda ni?" Melissa mahu tergelak dengar soalan Anis. Dan tak lupa Aqil di hujung sana, di atas sofa dah menurunkan surat khabar sebagai tabir dia. nampaknya..

"Betul. Aku pun nak tahu nama sebenar kau." Kata Aqil.

"Tapi kenapa?"

Berkerut dahi Melissa cuba memikirkan soalan luar alam dari mereka berdua.

Harga Sebuah KemaafanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang