Chapter 9

471 23 8
                                    

abangnya terkejut dengan reaksi adiknya lalu dia pergi ke tempat adiknya.

" kenapa dengan dia dik ? "

" perempuan tu... "

" hm ? "

adiknya ragu ragu ingin memberitahu kepada abangnya itu...dia menghela nafas dan menenangkan dirinya lalu dia memberitahu kepada abangnya tentang perempuan itu.

" perempuan tu rupa rupanya mute, tak boleh bercakap bang ! teruskan...dia ni ada masalah mental juga ! "

" HAA ?! "

Hayden terkejut apabila mendengar informasi tentang perempuan itu.dia tidak percaya bahawa perempuan secomel itu mempunyai sakit mental juga dia seorang yang tidak boleh bercakap.

" iya bang ! dia tak boleh bercakap ! "

Hayden hanya menghela nafasnya dan menyambung melihat komputer adiknya itu.

" ada apa apa informasi lagi ke ? "

" takde dah ! "

adiknya melihat abangnya dengan perasaan membuak buak ingin tahu.

" abang nak masih ke dengan perempuan tu ? "

abangnya berfikir seketika dan lalu dia pun memutuskan keputusannya.

" abang nak lah ! "

" walaupun dia ada sakit mental ? "

" iyaa ! "

" walaupun dia mute ? "

" iyaa dik ! "

" abang pandai ke bahasa signal ni ? "

" nanti abang belajar ! "

adiknya hanya menggeleng geleng kan kepalanya dan mengeluh sedikit tentang abangnya. cinta itu buta, tidak memandang rupa dan fizik...semuanya datang dari hati dan akal fikiran kita sendiri.

" ya allah, kena sampuk dah abang aku ni ! "

abangnya hanya memberikan adiknya death stare tetapi adiknya memandang abangnya dengan biasa sahaja.

" abang ni...bila nak mula stalk stalk tu ? "

adiknya melihat abangnya dengan muka yang bersahaja. anak ni dah mabuk cinta, jadi biarkan lah dia kalau dia nak bercinta.

" esok ? "

adiknya hanya mengangguk beberapa kali dan memegang bahu abangnya.

" ni bang ! lokasi dia sekarang...abang cek lah ! manatau dia tukar lokasi esok ? "

abangnya hanya duduk di situ dan melihat dengan lebih dekat komputernya dan terfikirkan satu idea.

" dik, malam ni...ada kerja lagi abang nak buat ! "

adiknya hanya terdiam lalu terkejut melihat abangnya dan menepuk dahinya. apa lagi anak ni nak buat.

" apa lagi abang nak buat lagi malam ni ? "

" adalah, takpe dik...yang ni...abang atur sendiri ! "

adiknya hanya mengangguk dan sebelum dia keluar dari biliknya, dia menoleh ke arah abangnya.

" kalau perempuan tu tak nak dengan kau bang, pergi je balik kat aku...dan boleh dikatakan disebabkan kau...aku protect juga perempuan tu ! tapi aku tengok dulu dia tu, dia macam mana...baru aku protect ! "

pantang adiknya kalau abangnya dipergunakan hanya disebabkan kaya dan dia seorang mafia jadi dia mengambil keputusan untuk meneliti dulu tentang perempuan yang disukai abangnya tetapi kalau dia dapat tahu yang perempuan itu menggunakan abangnya semata mata untuk duit ataupun hawa nafsunya. habis kau oleh aku !

Hayden hanya mengangguk, dia tahu yang adiknya itu sangat sayangkan kepada dirinya sampai dia sanggup gadaikan dirinya semata mata untuk abangnya itu.

" iya dik, abang tahu ! dahlah okey ! pergi sambung kerja kau kat bawah tu ! "

adiknya hanya mengangguk dan membiarkan abangnya mengenal pasti lebih lanjut tentang perempuan itu.

tiba di waktu malam

di rumah Hayden, terdapat sebuah bilik kosong di dalamnya dan ianya sangatlah gelap juga tidak mempunyai sebarang barangan pun di dalam bilik itu.

Hayden pun berniat untuk memenuhkan tempat itu dengan pelbagai peralatan seperti tempat untuk tidur, makan, elektronik dan sebagainya...akan tetapi, Hayden menggunakan bilik itu selebihnya untuk barangan elektronik hal kerana dia hendak memasang kamera dan sebagainya untuk stalk perempuan itu.

Hayden pun memulakan pengemasannya di bilik itu dan ianya mengambil beberapa jam untuk menyiapkan semua benda yag hendak diletakkannya dalam satu hari.

Adrian yang berehat di atas sofa mereka di ruang tamu pun melihat abangnya.dia merasa kasihan kepada abangnya lalu dia pergi ke tempat abangnya.

" nak adik tolong ke ? "

" adik sudi ? "

Adrian tidak bercakap dan dia hanya mengangguk lalu tersenyum kepada abangnya.

abangnya pun hanya tersenyum kembali kepada adiknya dan dia merasa amat bersyukur kerana adiknya hendak menolongnya.penat tau Hayden buat sorang sorang ni.

Setelah beberapa jam

semuanya pun telah siap...bilik itu mempunyai barang keperluan seperti katil, peti ais kecil, tandas...akan tetapi, bilik itu dipenuhi demgan perkakas elektronik seperti komputer ataupun kamera dan sebagainya.

adiknya menghela nafas lalu melihat abangnya dengan muka yang kepenatan.

" kenapa ada banyak barang elektronik ni bang ? "

" abang nak stalk la, apalagi ? "

adiknya terdiam seribu bahasa kerana dia ingatkan abangnya akan menggunakan peralatan elektroniknya untuk buat stalking.

" abang tak nak guna komputer adik ke ? "

" tak nak lah, biar abang guna peralatan sendiri...ada abang nak buat...hehe ! "

abangnya ketawa jahat manakala adiknya gerun melihat abangnya yang ketawa macam orang gila itu.abang aku ni dah kena sampuk ke ?

adiknya pergi ke tempat abangnya dan memegang kepala abangnya lalu :

" ashhadu allaa ilaha illallah wa ashhadu anna Muhammadar Rasulullah, keluar lah setan dari abang ku ini ya allah "

adiknya membuat buat seperti dia tengah ruqyah kan abangnya manakala abangnya melihat adiknya dengan pandangan death stare. tachod titew.

adiknya terkejut lalu dia mengemaskan dirinya dan melihatnya dengan muka yang bersahaja.

" abang nak buat sendiri kan semua ? "

" iya dik ! "

" okeyla bang kalau macam tu, semua benda dah selesaikan jadi...adik cau dulu la ! jangan terlampau berkurung pula sebab nak tengok perempuan tu dengan teliti ! "

adiknya keluar dari bilik abangnya dan abangnya hanya tersenyum, dia mengambil tempat untuk tidur lalu dia pun menutup matanya dan menunggu keesokan harinya.

keesokan harinya

" hari yang aku tunggu dah tiba ! "

Dr.Hayden RayyanTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang