BAB 9

804 62 11
                                    

HUMRA hanya pandang Puan Hilda dan Puan Aileena tengah rancak berborak. Dia duduk di sofa yang berada tidak jauh dari pintu wad. Mesti korang hairan kan kenapa Puan Hilda ada di sini? Ini semua kerja Elhan. Elhan yang bagitahu semua kisah dia dengan mamanya dekat Puan Hilda. Rupanya Puan Hilda dengan mamanya dulu pernah rapat sebab papa dia dengan papa Elhan berkawan semenjak papa dia melabur di syarikat papa Elhan. Puan Hilda tua lima tahun dari mama. Di sebabkan sejarah hitam dulu, mamanya dengan mama Elhan terputus hubungan kerana mereka di halau dari rumah. Lagi pun mamanya sendiri yang menjauhkan diri dari semua orang.

Puan Hilda berkali-kali meminta maaf dekat mama sebab tak tolong mama masa mama perlukan sokongan. Puan Hilda kata mereka sudah cari Puan Aileena dan Humra tetapi mereka langsung tak jumpa. Humra sediri pening, pusing sana pusing situ. Mereka semua sebenarnya pernah berkenalan. Cuma Humra saja tidak berapa ingat mereka.

"Maafkan kakak, Leena. Kakak tak tahu masalah korang dulu. Kalau kakak tahu kakak pertahankan Leena. Kakak dapat tahu semuanya bila Ardin dah kahwin dengan Sarah. Bila kakak cari Leena kakak tak jumpa Leena. Bila kakak tanya Ardin dia kata dia tak tahu. Kakak minta maaf Leena." Entah kali ke berapa Puan Hilda meminta maaf dekat Puan Aileena.

Dia rasa serba salah kerana tidak dapat membantu Aileena sewaktu wanita itu kesusahan. Dia terkilan sangat. Di waktu Ardin dan Aileena bercerai mereka tiada di sini. Mereka pergi ke luar negara melawat anak sulung mereka belajar di United Kingdom dahulu.

Puan Aileena hanya senyum. "Bukan salah kakak pun. Leena reda dengan semua yang terjadi dulu. Ujian yang Allah datangkan dekat Leena tu tanda Allah sayang Leena kak." Puan Aileena menggenggam tangan Puan Hilda yang sudah mengalirkan air mata. Dia pula yang rasa bersalah apabila melihat Puan Hilda menangis di sebabkannya.

"Kenapa tak cari kakak. Kakak dah anggap Leena macam adik kakak sediri dah. Selama ni kakak rasa serba salah sangat dekat Leena sebab kakak tak sempat nak tolong Leena dulu." Puan Aileena laju mengelap air mata Puan Hilda yang terjatuh di pipi.

"Maafkan Leena juga kak. Leena jauhkan diri Leena dari kakak. Leena tak nak jumpa kakak sebab Leena tahu Ardin akan ada dekat situ. Dia tak suka Leena dia jijik dekat Leena kak. Sebab tu Leena jauhkan diri dari kakak sekeluarga dan orang lain," terang Puan Aileena. Dia jauhkan diri dari semua orang kerana tidak sanggup mendengar cacian dan makian dari orang ramai. Hidup dia dengan suaminya dulu jadi perhatian orang ramai di sebabkan suaminya di kenali orang ramai kerana bekad suaminya adalah pemilik Hotel mewah di Malaysia.

"Sekarang ni kakak bersyukur sangat sebab dapat jumpa dengan Leena. Hari-hari kakak doa supaya dapat jumpa Leena balik. Allah makbulkan doa kakak. Kakak jumpa Leena dengan Humra. Kakak tak sangka yang Humra anak kamu dengan Ardin. Kecil sungguh dunia ni." Puan Hilda senyum lalu menoleh ke belakang memandang Humra yang hanya memerhati dia dan Aileena berborak.

Humra turut tersenyum dekat Puan Hilda. Humra hanya mendengar tanpa menyampuk. Dia langsung tidak ingat tentang kisah mereka dulu. Di umur 14 tahun dia hilang ingatan. Kata mamanya, dulu dia pernah kemalangan dengan pemandu papanya. Di waktu itu, dia cedera teruk di kepala dan menyebabkan dia amnesia. Dia langsung tidak ingat memori lamanya. Sehingga sekarang dia tidak ingat melainkan hanya satu saja memori yang di ingatnya itu pun baru setahun yang lepas dia dapat memori tu. Dia tidak mahu memaksa kepalanya ingatkan memori lamanya kerana dia tidak suka kepalanya sakit berdenyut seperti mahu pecah apabila dia mencuba mengingati memori lamanya.

"Leena pun tak sangka kak," ujar Puan Aileena perlahan. Sungguh dia bersyukur kerana Puan Hilda tidak memandang hina dekat dia. Dia ingatkan tanggapan Puan Hilda turut sama seperti Ardin. Di sebabkan dia tidak kuat lagi mendengar hinaan dari semua orang jadi dia jauhkan diri dari semua orang.

"Kamu beruntung Leena dapat anak macam Humra. Dia baik, rajin dan pemurah. Pandai kamu didik dia Leena," puji Puan Hilda ikhlas.

Puan Aileena hanya senyum saja. Memang dia beruntung dapat anak seperti Humra. Anaknya itu tidak pernah menyusahkan dirinya. Dia hanya didik anaknya mengikut ajaran islam dan yang selebihnya adalah anugerah dari Allah.

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now