JBDA | 12 ✨

52 2 7
                                    

"If Abriana and Abriell nak pergi shopping dulu, pergi lah. Abang ada urusan penting dengan kakak awak dua orang ni sekejap." Andreo memecahkan kesunyian setelah beberapa minit mereka sampai di Kristal Mall.

"Kad kredit dah ada dengan diri sendiri kan? Sudah siap shopping, call abang." Kedua tangan Andreo menggosok kepala kembar bungsu.

Abriana dan Abriell hanya mengangguk perlahan, faham yang abang mereka ingin lakukan. Rambut perang yang serabai dibaiki dahulu sebelum mereka akan berpisah jalan. Sudah lah susah untuk jalin rambut The Ballerina Bun , malah senang saja untuk Andreo serabutkan rambut. Nasib hanya sedikit sahaja rambut yang terkeluar.

"Berbaik lah. Ingat sikit yang dia tu still adik kembar kau." Abriell menepuk belakang Lisa dua kali sebelum mengejar langkah Abriana yang sudah pergi dahulu.

Lisa hanya mampu senyum tipis mendengar kata-kata Abriell. Tidak tahu ingin berbuat apa.

"Jom berbincang di meja sana." Andreo berjalan ke tempat meja dan kerusi kosong yang dikhaskan untuk berehxplat.

"Soo--- kau-orang nak explain kenapa atmosfera antara kau-orang ni jadi macam ni, atau kita nak settle kan dengan macam mana?" Andreo tanpa berbasi-basi terus berterus-terang menyoal kembar seiras di hadapannya.

Lisa hanya memandang dingin. Badan tersandar selesa pada kerusi. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Lansung tidak berasa ingin bercakap.

"A-aku--- aku tertampar Lisa dalam kelas pagi tadi." Perlahan-lahan Nisa membuka mulut, menyusun kata yang sesuai.

"TER tampar konon." Gumam Lisa perlahan. Cukup untuk sampai ke pendengaran Andreo dan Nisa bahawa dia sedang menyindir.

"Aku dah minta maaf! Apa yang susah sangat untuk kau maafkan aku?" Suara Nisa bergetar.

"Oh really?" Suara Lisa sinis.

"Enough you two." Andreo mencelah untuk hentikan pergaduhan si kembar.

Tangan kanan naik memicit kepala yang berasa berdenyut. Pening dengan perangai si adik-adik. Keluhan berat terlepas tanpa sedar.

"Yo bro!" Sapa seseorang dari belakang.

Tanpa segan silu, jejaka itu melabuhkan punggung di kerusi kosong sebelah Lisa. Beg yang digalas pada bahu, diletakkan atas riba. Alissa Agnella hanya mampu memutarkan biji mata melihat gerangan tersebut.

"Yo Ad!" Andreo berlaga tangan dengan Adam.

Yes, gerangan tersebut ialah Tengku Adam Mirza. Salah seorang daripada manusia yang membuatkan Lisa rasa menyampah.

"Kau-orang talk fasal apa? Dari jauh atmosfera nampak macam tak elok. Apa cerita?" Adam berterus terang dengan jujur tanpa belit.

"Aku tengah nak selesaikan masalah kembar ni. Dari tadi asyik gaduh." Andreo tersandar pada kusyen kerusi.

Adam kelu lidah. Jejaka itu berpaling menghadap Lisa. Adam Mirza mencapai tangan kanan Alissa yang tidak memegang apa-apa. Dipegang kemas tangan tersebut agar tidak terlepas selepas beberapa kali bergelut.

"Lis. If kau masih marah lagi fasal kejadian dalam kelas tadi, aku betul-betul minta maaf. Aku janji atas nama Fire Dragon, kejadian macam tu tak akan berulang lagi." Adam bertutur kata dengan lembut dan tenang.

Belakang telapak tangan Lisa dicium seketika sebelum dibawa ke pipi. Secara refleks kedudukan Lisa menjadi tegak.

"Maafkan aku please?" Iris mata Adam tatap lembut iris mata Lisa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jangan Bermain Dengan Aku (Mafia)!!! [ON GOING] [𝚂𝙻𝙾𝚆 𝚄𝙿𝙳𝙰𝚃𝙴]Where stories live. Discover now