Gadis berpakaian uniform sekolah MHS berwarna maroon menjadi tumpuan seisi kelas. Sampai sahaja di hadapan Lisa, tanpa amarah gadis tersebut memeluk tubuh Lisa dengan erat. Kedengaran esak tangisannya dibahu Lisa.
"Kau--- jahat... Hik... Tiga tahun--- Hiks... kau tinggalkan aku--- Hik... sorang diri! Kau--- Hik... tahu tak hik, aku rindu--- Hiks... kau gila--! Hiks!" Teresak-esak si gadis yang memeluk Lisa itu, sambil memukul belakang wajah seirasnya.
Lisa tersenyum nipis mendengar kata-kata gadis yang memeluknya.
"Ya. Ya. I'm sorry. Kau tahukan sebab aku pergi sana? Tak payah lah nangis. Aku dah ada kat depan kau ni. Tak cantik dah budak ni. Nanti aku balik rumah mama then kita spent time sama-sama okay? Dah! Dah! Tak payah nangis lagi. Habis basah hoodie aku." Bisik Lisa di tepi telinga gadis itu dengan nada memujuk.
Lisa membalas pelukan. Tangan kanan naik menggosok belakang badan si gadis.
"Hik.. Kau-- Janji?" Gadis itu mengangkat wajah. Dipandang Lisa dengan pandangan berharap.
"Alahai kembar aku ni. Ya! Aku, Tengku Alissa Agnella berjanji pada Tengku Anissa Agnese bahawa aku balik rumah family kita. Tapi kau jangan bagitahu sesiapa. Dah, stop menangis! Malu lah akak mafia kita ni menangis." Pujuk Lisa dengan suara perlahan. Hanya mereka berdua sahaja yang dengar.
"Kau yang mafia! Aku tak!" Nisa mencebik bibir. Lisa sengih.
Iris biru kehijauan Lisa memandang seisi kelas yang bakal dihuninya. Pandangan terarah pada Tengku Adam Mirza.
Ditangan Adam terdapat objek segi empat tepat nipis teknologi tetapi disorokkan sedikit.
"Tengku Adam Mirza! Datang sini. Aku tahu kau rakam video. Cepat! Tolong aku." Lisa memanggil Adam yang sedang merakam Nisa sedang menangis.
Adam tersentak. Iphone ditangannya hampir terjatuh.
Jejaka idaman sekolah itu menjadi tumpuan kelas.
"Ayok! Lisa marah!" Adham bersebelahan Adam, mengusik kembarnya.
' Mampus! Macam mana pula dia tahu apa yang aku buat ni? Padahal aku dah cover. ' Adam gelisah.
Lisa menjeling tajam Adam apabila si jejaka masih lagi tidak bergerak dari tempat duduk. Kelam kabut Tengku Adam Mirza menyimpan iphone ke dalam poket blazer.
"Nak apa?" Soal Adam yang berada di hadapan Lisa.
"Tarik Nisa! Dia tak nak lepaskan aku. Cepat lah!" Gesa Lisa sambil mencuba lepaskan pelukan.
"TAK NAK! Nak peluk kau!" Nisa merengek. Pelukan diketatkan.
"Aku balik rumah nanti, kau peluk lah sepuas-puas yang kau nak." Kata Lisa geram.
Penghuni 3 Azurite menahan tawa melihat gelagat Tengku Anissa Agnese, Beuty Queen Miracle HighSchool.
"Kau perasan tak yang diaorang macam rapat?"
"Macam dah lama kenal kan?"
"Haah, muka dorang pun nampak sama juga!"
"Diaorang kembar ke?"
Beberapa pelajar kelas 3 Azurite tertanya-tanya. Pelbagai soalan yang menganggu minda mereka.Miss Syazana pasrah dengan pelajar kelasnya membuat jejak kasih.
YOU ARE READING
Jangan Bermain Dengan Aku (Mafia)!!! [ON GOING] [𝚂𝙻𝙾𝚆 𝚄𝙿𝙳𝙰𝚃𝙴]
Mystery / ThrillerIdea asal : ShazLexa Cover cantik : @ Sinopsis selalu berubah-ubah! Menetap di luar negara hanya disebabkan satu kejadian, kini dia kembali dengan perubahan perwatakan yang baru. Disebabkan satu kejadian, kesemuanya berubah. Dia? Siapa dia? Dia hany...