JBDA | 07 ✨

2.3K 91 25
                                    

Lisa melangkah keluar daripada bilik mandi sebelum ke arah bilik pakaian. Pakaian seragam sekolah MHS berwarna maroon dipakai pada badan. Rambut blonde cair yang basah dikeringkan dengan hair dryer sebelum disikat rapi dan diikat dengan gelang getah rambut.

Tudung putih sekolah dipakai selepas memakai anak tudung hitam. Dibaiki sekejap apa yang patut. Blazer maroon yang tergantung pada hanger diambil sebelum dipakai pada tubuh.

Siapa sangka sedar tak sedar, sudah hampir seminggu dirinya menetap di rumah keluarganya.

Sebelum gadis beruniform sekolah keluar daripada bilik, tangannya sempat mencapai beg sekolah yang berisi iPad sekolah , Oppo F9 , iphone 11 pro , kunci kereta Veneno Roadster dan cermin mata biasa kerana dirinya mempunyai silau mata.

Lisa turun menuruni tangga mewah sebelum berlalu ke ruang makan. Kesemua ahli keluarganya berkumpul di sana kecuali dia dan abang sulung yang berada di luar negara.

"Morning." Sapa gadis itu sopan.

"Morning Lisa. Take breakfast first before you go school." Puan Sri Sharifah Suhaina menegur Lisa.

"Alright mom." Lisa melabuhkan punggung pada kerusi diantara Andreo dan Nisa.

Spaghetti Carbonara yang berada dalam bekas, diletakkan sedikit atas pinggan. Tangan mencapai sudu dan garfu. Doa makan dibaca sebelum spaghetti masuk ke dalam mulut.

"Hari ini Abriana dan Abriell follow siapa?" Soal Nisa, memecahkan kesunyian di ruang makan.

"Kitorang follow kak Nisa hari ini." Jawab Abriell polos.

"Sebab? Kenapa tak follow abang Andreo?" Kening Nisa terjongket.

"Kau lupa ke budak? Aku akan ada latihan nanti. Atlet basketball kan, kau apa tahu. Aku kena pergi ke tempat lain dahulu nanti sebelum pergi sekolah." Andreo membuat riak bangga.

"Setakat atlet basketball, apa ada hal lah sangat." Lisa mencicip air milo perlahan.

"Eleh, macam lah kau--- "

"Aku atlet renang , netball , memanah , menembak , berlari , dan berkuda sampai peringkat antarabangsa tak bagitahu pun kat orang. Kau setakat atlet basketball , itu pun nak kecoh." Lisa memotong percakapan Andreo tanpa rasa bersalah.

Spaghetti dimasukkan lagi ke dalam mulut. Riak tak bersalah terpamer pada wajah.

"Lis, kau baru sahaja beritahu." Nisa membuat wajah tanpa riaksi , expressionless face .

"Oh, ye eh?" Lisa menayang sengihan tak bersalah. Sengaja !

Andreo memutarkan bebola mata.

"Tch! Ambil kau menang sana!" Andreo bangun daripada tempat duduk .

Sempat tangannya menarik tudung Lisa kehadapan sedikit sebelum berlalu ke dapur untuk membasuh tangan.

"Setan kau Oreo! Nak merajuk pun, tudung tak payah main lah!" Jerit Lisa bengang, tangannya naik membaiki tudung yang sudah berserabut.

"Your language young girl." Puan Sri Sharifah Suhaina menegur anak gadisnya.

"Sorry." Lisa mencebik.

Tan Sri Tengku Ariff Anaqi menggeleng perlahan. Faham sangat akan perangai anak-anak mereka. 

Jangan Bermain Dengan Aku (Mafia)!!! [ON GOING] [𝚂𝙻𝙾𝚆 𝚄𝙿𝙳𝙰𝚃𝙴]Where stories live. Discover now