Bab 39

149 2 0
                                    

Aisya kalut, kunci keretanya hilang.

Puas dia cari di bilik tidurnya, bilik Qaisara dan seterusnya di ruang tamu. Habis semua almari dia selongkar, hinggakan almari yang baru sampai semalam pun dia geledah.

Walau dia rasa mustahil, tapi mengenangkan Qaisara yang banyak akal yang mustahil sudah tidak dirasakan mustahil lagi.

"Cinta, cari apa?," suara yang menegurnya tiba-tiba menyebabkan dia beristifar seketika.

"Abang, terkejut Sya," Aisya mengurut dadanya seketika. Dia menarik nafas sebelum menatap wajah Adam yang berdiri betul-betul di sebelahnya.

"Sya cari kunci kereta, dah lambat ni," Aisya merungut, dia menggigit bibir.

Kepalanya masih cuba mengingati di mana kali terakhir dia menyimpan kunci kereta kelisa putihnya tetapi gagal.

Senyuman nakal Adam tiba-tiba menangkap penglihatan mata, Aisya memandangnya tajam sambil memeluk tubuh. Adam ketawa kecil lalu mengambil kunci kereta yang terdapat keychain berbulu putih itu dari dalam poket seluarnya dan digoyang-goyang kan di hadapan muka Aisya.

Aisya tarik muka tak puas hati.

"Abang, Sya dah lambat tau," terus Aisya cuba meranggut kunci itu di tangan Adam. Tetapi belum sempat dicapai, Adam mengangkatnya lebih tinggi.

Haih, ini dah lebih ni. Sudah pasti dia tak sampai.

"Abang!," Aisya memandang tidak percaya. Dia akhirnya cuba juga lompat untuk mencapai kunci keretanya tetapi masih juga tidak berjaya.

Adam senyum nakal.

"Abang hantar," tu bukan cadangan, nada suaranya sudah berbentuk arahan.

Aisya menggeleng pantas, dia tidak mahu menyusahkan Adam dan dia juga perlu ke kilang melihat proses jahitan koleksi terbarunya.

"Tak nak, Sya nak pergi sendiri. Sya tak nak susahkan abang," bantah Aisya lembut.

"Cinta tak pernah susahkan abang lagipun kereta Cinta tak boleh nak start,"

"Tipu!," sukar Aisya mempercayai suaminya kerana sebelum ini pun dia hampir terkena dengan helah yang sama.

Adam peluk tubuh dan tersenyum nakal. Aisya sudah mula resah, jangan lah keretanya buat hal lagi.

"Try lah kalau tak percaya," pantas Adam memberikan kunci kereta pada Aisya.

Terus Aisya berlari keluar ke arah keretanya. Beberapa kali cubaan menghidupkan enjin akhirnya dia bersandar lemah di tempat duduk pemandu.

"Abang," panggil Aisya manja, dikerlingnya Adam yang duduk di sebelahnya.

"Ya Cinta," lembut Adam menjawab, dia sudah tersenyum nakal.

Dia tahu dia menang.

"Tolong hantar..," lembut Aisya meminta, tangan suaminya di peluk.

Hah!, nanti dia mintalah Kak Tasneem menempah grab untuknya ke kilang.

"Tak nak, siapa suruh tak percaya cakap abang tadi," terus Adam keluar daripada kereta. Saja jual mahal.

Aisya memandang langkah Adam tidak percaya, hah! jangan buat pasal, dia dah lambat ni!

Aisya terus berlari anak mendapatkan Adam.

"Abang, please," rayu Aisya lagi sambil memeluk pinggang Adam daripada belakang. Tidak jadi terus Adam melangkah, senyuman yang hampir merekah disembunyikan dengan wajah yang beku.

Saja jual mahal.

"Tapi ada syarat," Adam memusingkan tubuhnya. Terus tegak Aisya berdiri, entah kenapa dia rasa semacam apabila melihat wajah nakal Adam.

Adam Aisya [COMPLETE]Where stories live. Discover now