Bab 23

188 3 0
                                    

"Sya cuma perlukan masa untuk berfikir dan sebab itu Abang Mirul ajak Sya buat Umrah hari tu," terang Aisya perlahan.

Bayangan kenangan dulu serta merta hilang dan digantikan dengan wajah anak perempuannya yang setia menatap dia dengan senyuman.

"Sya minta maaf jika perkara tu buat mak terasa hati dengan Sya, Sya tiada niat langsung," pujuk Aisya perlahan.

Tangan Saleha digenggam erat.

Saleha menarik nafas panjang lalu membalas pegangan tangan ibunya.

"Walau apa pun keputusan Sya, Mak dan Abah terima ya nak. Mak dan Abah akan sama-sama terangkan pada keluarga Datin jika...,"

Aisya melihat pernampilannya di cermin, dibetulkan sedikit tudungnya lalu dipusing-pusingkan badannya beberapa kali bagi memastikan penampilannya hari ini sempurna. Tudung hitam dikenakan dengan jubah Madinah yang dipenuhi corak sulaman warna biru gelap pemberian Datin Latifah elok tersarung di tubuh.

Pandai Datin Latifah memilih jubah untuknya, sederhana coraknya tetapi tetap cantik di pandangan mata.

Tahu pula tu, warna kegemarannya warna biru.

Entah kenapa gembira hatinya lain macam bila Saleha memaklumkan yang mereka akan keluar berjalan-jalan bersama dengan keluarga Datin Latifah. Sudah hampir dua hari dia tidak menemui Qaisara, rindunya membuak-buak buat si kecil itu.

Dalam kegembiraan, ada juga perasaan sayu bila mengenangkan hari ini merupakan hari terakhir, dia dan keluarganya berada di Madinah sebelum esok mereka akan pulang ke tanah air.

Berat sungguh Aisya mahu meninggalkan bumi Madinah yang banyak memberi kenangan yang bebekas dalam hatinya.

Dalam diam, dirinya berimpian ingin ke sini lagi suatu hari nanti.

"Cantik anak mak," puji Saleha yang hanya memerhati.

Aisya ketawa, cuba melindungi perasaan malunya apabila baru sedar dia diperhatikan sedari tadi.

Dia berpusing melihat ibunya, kemudian mengenyit mata.

Saleha tertawa kecil. Pantang betul Aisya ni mendengar pujiannya, mesti ada saja kelakuannya.

"Jom lah mak, Makcik mesti dah tunggu di lobi tu," Aisya mendapatkan ibunya.

Saleha tertawa kecil.

"Mak dia atau orangnya?," tanya Saleha, lengannya yang dipeluk Aisya dibiarkan saja.

"Dua-dua," balas Aisya, bersahaja.

Saleha kaku apabila matanya dapat menangkap sesuatu.

Matanya mencari-cari mata anaknya.

"Aisya dah ada jawapan ke?," tanya Saleha.

Tangannya menggapai tangan kiri Aisya lalu diramasnya perlahan.

Ada sesuatu di situ yang seperti jawapan kepada penantian dia selama ini.

Aisya yang baru perasan akan kelakuan ibunya hanya mengangguk malu.

"Alhamdulillah," syukur dia apabila melihat cincin merisik itu elok tersarung.

Tidak sabar dia untuk memberitahu bakal besannya mengenai perkara itu. Sudah lama dia bercita-cita mahu bermenantukan anak tiri kawan baiknya itu. Bukan kekayaan yang dia nampak pada Adam, tetapi sifat melindunginya yang sering membuatkan Saleha yakin Adam dapat menjaga anaknya dengan baik.

Melindungi dalam diam.

Aisya tersenyum melihat reaksi ibunya. Jika keputusan ini membahagiakan keluarganya, mungkin tidak salah dia bersetuju.

Adam Aisya [COMPLETE]Where stories live. Discover now