Bab 46

149 3 1
                                    

Tiba-tiba telefon bimbit Aisya berbunyi, Aisya hanya biarkan saja pada mulanya tetapi setelah beberapa kali deringan telefonnya berbunyi tanpa henti Aisya akhirnya melepaskan pelukkan suaminya.

"Abang, kejap ya," pinta Aisya. Adam hanya membiarkan. Aisya mengangkat panggilan setelah melihat nama Datin Herlina di skrin.

Mendengar perkhabaran Datin Herlina, Aisya kaku. Raut wajahnya berubah mendung, air mata yang sudah kering kembali tumpah.

Mengucap Aisya seketika sebelum mematikan panggilan.

"Abang!," kalut suara Aisya memanggil, mendekati suaminya.

Tangan suaminya di pegang kemas.

"Abang, kita kena ke hospital sekarang. Kak Nabila!," sebaris nama itu buatkan Adam tergamam, dia kaku.

Merenung lantai.

"Abang, sampai bila abang nak mengelak?. Kak Nabila dah nazak abang, please," Aisya merayu, hatinya risau bila Datin Herlina baru sahaja menghubunginya sebenar tadi menyampaikan khabar Nabila sudah nazak di hospital.

"Abang...," Adam membuang pandangan ke tempat lain, dia sudah memaafkan tetapi dia masih belum bersedia untuk berhadapan dengan Nabila dan akhirnya dia masih kaku di tempat duduknya dan membisu seribu bahasa.

Aisya mengeluh.

"Tak apa lah kalau abang tak nak pergi. Tapi please izinkan Sya pergi," Aisya merenung mata Adam, mengharapkan pengertian.

Adam menarik nafas panjang.

"Abang hantar...," perlahan Adam berkata.

Aisya tersenyum lalu mengangguk.

"Terima Kasih," ucap Aisya lalu memeluk pinggang suaminya. Memberi kekuatan dan mencari kekuatan sesama mereka.

Dalam perjalanan ke hospital, Aisya menghubungi ibu mertuanya.

"Mama, Sara dah tidur ke?," setelah saling membalas salam, Aisya bertanyakan khabar anaknya pada Datin Latifah.

Mujurlah tadi Adam telah meminta abangnya untuk menghantar Qaisara ke rumah ibu mertuanya sebelum mereka balik dari hospital petang tadi.

"Ya, Sara dah tidur. Sya dekat mana ni sayang?," lembut suara Datin Latifah bertanya, ada kebimbangan dalam suaranya.

"Mama tengah buat apa ni?," tanya menjawab Aisya segera bertanya keberadaan mertuanya, ingin memastikan kedudukan ibu mertuanya sebelum dia memberikan khabar buruk.

"Mama tengah baring sebelah Sara, dia baru lena terus Aisya call mama. Macam tahu-tahu saja," Aisya menjeling jam di kereta Adam.

Sambil itu matanya juga melihat sekilas suaminya yang hanya membisu dari mula mereka keluar rumah tadi. Patutlah sudah pukul sepuluh malam.

"Mama, Sya dengan Abang Adam on the way ke hospital,"

"Kenapa? Sya tak sihat ke?," kalut suara itu bertanya.

Tanpa sedar Aisya menggeleng kepala.

"Tak, tak. Alhamdulillah Sya sihat cuma...," jeda, Aisya menelan air liur. Tidak pasti macam mana mahu menerangkan kepada ibu mertuanya.

Tanpa sedar kereta dipandu Adam bergerak perlahan kemudian berhenti di bahu jalan. Adam memberi signal ke kiri lalu tangannya dihulurkan kepada Aisya.

Aisya menjeling sekilas lalu menyerahkan telefon bimbitnya kepada Adam.

"Ma, Nabila tengah nazak di hospital sekarang. Kami on the way ke sana," senafas Adam memberitahu.

Setelah mendiamkan diri seketika, Adam menarik nafas.

Adam Aisya [COMPLETE]Where stories live. Discover now