Dadanya terasa sempit. Tercungap-cungap mencari udara. Pandangannya masih gelap akibat ditutup dengan kain. Sesekali dia berusaha melepaskan diri walaupun kaki dan tangannya masih terikat. Gemuruh makin hebat di jiwa apabila telinganya menangkap derapan kaki maki mendekat.
"Hello..." Terasa kelat apabila menelan air liur. Ranit peluh muncul di dahinya apabila mendengar suara mengilai. Dia dapat merasakan belaian tangan lembut. Nafasnya makin sesak. Nafas hampir terhenti apabila terasa besi tajam menyentuh lehernya.
"Eliy. Cool down." Tegas satu lagi suara. Halkumnya bergerak-gerak apabila tangan gadis itu mencengkam rahangnya. Kepalanya terdongak. Tidak dapat tidak. Orang bersama gadis itu memukul bahu gadis itu.
"Ala... Nurmaira. Cuba jangan serius memanjang." Cebik Eliy. Senyuman sinis terlakar. Namun, pandangan membunuh Syahira cukup mengejutkan Eliy.
"Punca dialah aku hampir hilang orang yang paling aku sayang." Tegas Nurmaira lagi. Dahi lelaki itu berkerut. Dia cuba mengenali suara yang pernah didengar sebelum ini.
"Buka." Tegas Nurmaira. Eliy duduk di sebelah. Dia mendekati wajahnya ke telinga mangsanya. Senyuman menakutkan terlakar dibibirnya. Aroma darah cukup menguji kesabarannya.
"Welcome to the hell, My honey." Tangan lelaki itu mengigil hebat. Nafasnya sukar diaturkan. Kedua-dua tangannya terikat di kerusi ditarik. Dia dapat rasakan aura membunuh pada gadis sebelahnya. Eliy menarik kain dari mata mangsa.
"Ahh..." Mangsa menggelengkan kepalanya. Kepalanya terasa sakit akibat dipukul benda keras di kepalanya. Apabila matanya dicelikkan. Pandangannya masih kabur. Setelah beberapa kali cuba membuka mata. Wajah bengis Nurmaira buat dia tersentak.
"Heh! Baru tengok muka aku dah takut. Belum lagi terima seksanya aku." Sinis sahaja nada suara Nurmaira. Dia berpeluk tubuh. Senyuman sinis terlakar dibibir Nurmaira. Mangsa terasa bahang dengan haba unggun api menyampar wajah.
"Siapa yang upah kau untuk tukar buku ni?" Nurmaira menunjuk buku biru tua depan mata mangsanya. Anak mata mangsa mengilau. Mencari cara untuk terlepas dari pandangan helang Nurmaira.
"Aku... Aku yang rancang hancurkan rumah tang..." Kata-kata mangsa terhenti apabila Eliy menghentak kaki ke tengah-tengah peha mangsa. Namun, sempat mangsa meluaskan kakinya dari terus menjadi mangsa Eliy.
"Aku malas nak simpan makhluk beban dalam rumah aku. Jadi..." Eliy gelongsorkan kakinya hingga betul-betul depan titik kelemahan musuh. Eliy memandang wajah Nurmaira.
"Aku saja nak kata. Kalau boleh. Aku nak je bakar kau dan bos kau macam..." Nurmaira memusingkan badannya ke belakang. Kakinya melangkah ke unggun api. Cahaya oren dari unggun api menyerangi wajahnya. Nurmaira tertawa sinis pada dirinya sendiri. Bodoh. Itu untuk dirinya sendiri.
"Buku ni." Nurmaira menghalakan buku itu ke tengah-tengah unggun api. Dia melepaskan buku itu dari genggaman tangan. Matanya merenung tajam buku itu yang sudah terbakar dijilat api. Dia memberi arahan pada Eliy dengan isyarat mata. Nurmaira memandang lelaki itu dengan angkuh. Senyuman sinis terlakar.
"Say goodbye for world, Halim." Nada dingin Nurmaira jelas kedengaran. Suara lelaki itu bergema di tengah hutan. Nurmaira melihat seksaan kejam Eliy. Pandangannya penuh dendam terpancar di wajah Nurmaira. Nampaknya, kejadian bulan berdarah bakal berlaku buat kali kedua!
YOU ARE READING
ASY NURMAIRA
Action"Kau tak faham bahasa lagi ke? Aku tak cintakan kau!" Perubahan tunangnya cukup mengejutkan bagi Rizwan Asyrizal. Baru dua minggu dia berjumpa dengan tunangnya, Nur Maisara Syahira. Gadis itu sangat gembira menjumpainya. Di saat dua hari lagi mereka...