Syahira merenung bingkai gambar. Senyuman pahit terlakar dibibirnya. Hatinya terpukul pilu. Jiwanya sepenuhnya telah direntap kasar. Dengan penuh syahdu, Syahira memeluk erat bingkai gambar itu.
Setitis demi setitis air matanya mengalir ke pipinya. Syahira tersenyum tawar. Kenangan arwah adiknya makin kuat.
"I miss you... I really sorry. I can't protect you..." esakan Syahira mula kedengaran. Matanya memandang pilu wajah gadis yang tersenyum manis. Kemudian dia melihat dirinya yang berusia 10 tahun. Sedang memeluk erat insan yang paling disayangi.
"Mira... Derma paru-paru ni?" Syahira terkedu. Matanya membulat besar melihat Masya dan Zara tertunduk menekur lantai. Kepala digeleng. Tak percaya dengan apa yang baru didengari.
"Hira nak jumpa dia." Baru saja Syahira ingin bangun dari baringnya. Zara cepat-cepat menghalang. Mata Syahira terpejam rapat. Giginya diketap kuat. Dirinya sangat bengang!
"Kak Zara tipu Hira! Mira masih hidup! Lepas! Panggil Mira sekarang!" Masya yang melihat Syahira meronta-ronta untuk melepaskan diri tertunduk lemah. Air matanya mengalir deras. Matanya terpejam rapat. Dia tidak mampu berbicara. Dia juga tidak mampu untuk meyakinkan adiknya. Bahawa Nur Syamira Arsara telah menghadap Ilahi.
"Lepas! Adik benci kakak! Mira tak mati! Penipu! Adik ben..."
Pang!
Kepala Syahira terpaling ke kanan apabila menerima tamparan hebat dari Zara. Nafas Zara turun naik. Bibirnya mengigil hebat. Matanya memandang tajam wajah adiknya. Dirinya sangat tertekan!
"Mira mati kena langgar lari dengan kereta! She try protect you! Mana sifat kakak dalam diri kau! Kenapa kau tak lindungi dia? Kau dengan Masya sama je!" Masya tersentak. Matanya membulat besar mendengar kata-kata kejam Zara. Kakinya melangkah mendekati Syahira yang terkedu.
"Orang yang sepatutnya layak dibenci adalah kau!" Bahu Syahira terhinjut apabila Zara meninggikan suara. Mayanya terpejam rapat. Terasa hangat turbin matanya. Hatinya telah hancur berkecai.
"I... kill her?" Kepala digeleng kasar. Masya berlari mendapatkan adiknya yang sudah mengigil ketakutan.
"Hira... bunuh Mira?" Dengan payah. Kelopak mata dibuka secara paksa. Pandangannya berubah kabur. Tangannya mengigil hebat. Dadanya terasa sangat sesak.
"No! Mira pilih untuk selamatkan adik. To...tolong jangan salah diri sendiri..." Tubuh kecil Syahira dipeluk erat. Air mata mula memenuhi turbin matanya. Hatinya makin rapuh mendengar esakan kecil Syahira.
"Kau bunuh dia! Kau tak layak hiduplah!" Zara makin geram apabila Masya cuba menenangkan hati Syahira. Giginya diketap kuat. Baginya, punca Syahira. Mira mati. Hatinya makin benci akan adiknya!
"Too much Zara. Too much!" Tempikan itu mengejutkan Zara. Kepalanya dipaling ke belakang. Matanya memandang wajah wanita serba putih baru masuk ke dalam wad.
"Aku kandungan dia 9 bulan. Aku besarkan dia. Aku didik dia. Aku jaga kau dengan dia. Aku tak pernah bahagia kasih sayang aku dekat kau orang semua. Kau! Boleh kata darah daging kau pembunuh?" Zara terkedu. Lidahnya terkelu mendengar suara wanita yang membesarkan dirinya berubah sayu. Mata wanita itu berkaca hebat. Dia menahan sebak di dadanya saat ini.
"Jangan dekat dengan Hira!" Masya terkejut apabila tubuhnya ditolak kasar oleh Syahira. Dada Syahira berombak ganas. Pernafasan tidak teratur. Kepalanya makin sakit. Rasa ingin mati.
"Hira dah bunuh Mira... Hira... Hira sepatutnya mati kena langgar! Kenapa aku bodoh biarkan adik aku selamat aku... Kenapa!" Syahira memeluk lutut. Wajah disembamkan ke pehanya. Masya memandang Syahira penuh kekesalan di hati. Tidak dia sangak adiknya turut terkena tempias kemarahan Zara!
YOU ARE READING
ASY NURMAIRA
Action"Kau tak faham bahasa lagi ke? Aku tak cintakan kau!" Perubahan tunangnya cukup mengejutkan bagi Rizwan Asyrizal. Baru dua minggu dia berjumpa dengan tunangnya, Nur Maisara Syahira. Gadis itu sangat gembira menjumpainya. Di saat dua hari lagi mereka...