Chapter 5

21 0 0
                                    

Waktu senja menunjukkan masuknya waktu solat fardu Maghrib. Rizwan menutup tingkap bilik. Matanya merenung lembut matahari sudah terbenam. Cahaya matahari menerangi bangun pencawang langit.

Senyuman lembut terlakar. Hatinya semakin tenang melihat keindahan ciptaan Ilahi. Menujukan bahawa Allah maha berkuasa. Tapi, mengapa kita masih lalai dengan suruhan-Nya? Mata Rizwan dilayukan. Langsir ditarik. Bandar dipusing ke belakang. Baru saja Rizwan ingin membuka langkah. Kakinya tiba-tiba berhenti.

Mata Rizwan membulat besar. Anak matanya sudah mengecil melihat wajah figura yang amat dirinduinya. Matanya terkebil-kebil menahan air mata dari terus mengalir di hadapan gadis yang dia kasihi.

"King Cool..." Nada suara Syahira berubah sayu. Senyuman nipis terlakar. Air matanya mengalir deras. Tak percaya, Rizwan akhirnya sedarkan diri.

"Awak... awak pergi mana? Kenapa awak tercedera? Awak buat saya risaukan awak, tahu tak!" Rizwan memandang sayu wajah sembam Syahira. Air mata dikesat kasar. Bahu Syahira berhinjut-hinjut menahan sebak di dadanya. Dia tak sekuat dulu. Dia tidak tahu. Sejak Rizwan bertakhta dihatinya. Hatinya meraung kesakitan apabila melihat raja menenangnya cedera.

"My Queen Cold..." Rizwan mula mendekati gadis itu. Tangan menekup abdomen menahan kesakitan. Kaki yang terhinjut-hinjut masih cuba dikuatkan untuk terus melangkah.

Mata coklatnya merenung lembut wajah Syahira. Nafas ditarik sedalam dalamnya. Matanya terpejam serapat-rapatnya. Jiwanya terasa dipukul bertubi-tubi. Setiap air mata Syahira yang tumpah cukup membuatkan hatinya sakit.

"I'm here... Don't cry... My heart this broken see your tears. I so bad, right?" Hujung lengan baju Syahira ditarik. Tersentak Syahira dengan tindakan tidak dijangka Rizwan. Rizwan menarik senyuman tawar. Bibirnya mengigil hebat. Hatinya terkilan akan kelalaiannya.

"No!" Kepala digeleng kasar. Cepat-cepat Syahira kesat air mata yang masih tersisa di pipinya. Nafas ditarik sedalam dalamnya. Kemudian dilepaskan. Matanya membalas renungan Rizwan.

"You not bad! Awak adalah kekuatan saya. Awak adalah ketenangan saya. Awak adalah segala-galanya untuk saya. Saya..." Jeda.

Lidah Syahira terkelu. Dia sangat terkilan dengan tindakan Rizwan. Jejaka itu sanggup korbankan tubuhnya untuk melindunginya walaupun dari jauh!

"Saya yang teruk. Saya tak cari awak... Sedangkan awak sanggup jadikan tubuh awak sebagai perisai untuk saya! Awak kena tembak untuk halang peluru kena tubuh saya. Saya rasa diri saya terlalu lemah!" Lidah Rizwan terkelu. Matanya membulat besar. Dia tidak jangka Syahira tahu punca dia masuk hospital. Kakinya terasa lemah. Niat dia hanya satu. Tidak mahu Syahira risaukan dirinya!

"Why Riz? Why!" Kepala Syahira tertunduk lemah. Air matanya kembali mengalir. Kali ini lebih deras! Syahira gigi bibir bawah. Sebak di dadanya ditahan sebaik mungkin. Malangnya. Rasa kesal ini lebih kuat!

"Kalau Jack tak beritahu saya. Sampai bila-bila saya tak tahu! Kenapa awak protect saya sampai macam ni sekali!" Nada suara Syahira naik seoktaf. Anak kata Rizwan dipandang lebih tajam. Dia tidak salahkan Rizwan sepenuhnya. Tapi, memaksa orang sekeliling merahsiakan keadaan Rizwan. Buat hatinya lebih terkilan!

"I ask you, why!" Dada kanan Rizwan ditolak kasar hingga jejaka itu terundur ke belakang. Rizwan tertunduk lemah. Dia terima dengan kemarahan Syahira.

"Why don't you answer my question? answer now!" Tubuh Rizwan ditolak bertalu-talu. Sehingga tiada peluang untuk Rizwan. Kaki Rizwan berundur ke belakang setiap pukul Syahira tepat ke dadanya.

"Why!"

Pap!

Pergelangan tangan Syahira dicengkam kuat. Mata Rizwan memandang tajam wajah Syahira. Giginya diketap kuat. Timbul urat-urat di kekura tangan dan dahinya. Nafas Rizwan turun naik. Dia rasa tercabar!

ASY NURMAIRA Where stories live. Discover now